Tuesday, 14 November 2006

- Kerana DIA -

Aku lihat umi menangis.Umi mengesat air mata yang berjujuran perlahan…Gagang telefon umi letak.Umi pandang aku…kemudian beralih ke arah Muaz dan Mardhiah.

“Umi…nape?”aku cuba bertanya
Umi senyum.Tak de jawapan lagi.Umi tarik nafas perlahan.Aku tak paham.Sangat tak paham…sebagai budak yang berusia 10 tahun….otak aku seperti terhenti untuk cuba mengagak-agak atau meneka kenapa umi menangis.“Abi tepon ke umi????”
Tak der jawapan lagi.Aku mula diam.Teringat pesan abi…jangan desak orang dengan bertanya berkali-kali kerana itu pun sifat kurang sabar.

“Mizi,abi kamu syahid …”
Umi tidak meneruskan kata-kata.Hanya air mata yang mengalir.Aku terkebil-kebil.Beberapa minit kemudian ibu tenang…Ibu memelukku…adik-adik…kemudian umi berlalu.
“Umi nak hubungi opan ngan atuk.Mizi jage adik-adik.”

…Air mata ini sentiasa menitis bila terkenang masa dan saat itu.Skang pun dah tahun 2006.14 tahun berlalu.Memori ku tak cukup kuat untuk ingat setiap fakta detail mengapa apa dan siapa yang terlibat dalam sejarah itu.Yang kutahu…abi syahid di Palestin ketika mengikuti misi gerakan intifada’.Waktu itu Abi sedang melanjutkan pengajian di peringkat master di Al-Azhar.Kemudian Umi kater….Abi turut serta dalam gerakan bantuan mempertahan kan masjidil aqsa…tahun tu tahun 1992.Tak ramai orang Malaysia yang terlibat.Hanya sorang dua.Ntah…aku tak paham sangat masa tu…tak paham langsung.

Tp…aku merasa bannga kerana ustaz kater Abi seorang mujahid.Abi syahid kerana mempertahankan agama.Aku masih tak paham ape die mujahid masa tu.tp aku mmg yakin abi mmg hebat.Tegas dalam mendidik lembut dalam mengasihi.

Tapi sekarang lain…Aku dah paham aper itu jihad.Aper itu dakwah.Aper itu perjuangan.Tapi aku takut aku tenggelam.

Umi…umi mmg tabah.Selepas Abi pergi…Umi buat segalanya untuk kami.Sungguh sukar untuk dipercayai…umi seorang doctor mulanya.Umi berhenti kerana mahu mendidik anak-anak.Bukan permintaan abi.Setelah abi pergi…orang ramai sibuk mengata…kononnya umi kurang bijak membuat pilihan.Umi tak berpikir panjang.Bila dah tak da suami…kan susah nak cari makan.

Tapi umi tenang.Klu dulu sebelum umi letak jawatan umi istikharah…kini umi yakin dengan aper yang berlaku.Walau nasib nampak seperti tak menyebelahinya…umi tetap tenang.Umi pernah cakap…”Allah takkan kenakan hambanya.Sifat manusia…kononnya bersyukur bila bahagia.Namun bile ditimpa musibah…menyalahkan Allah kononnya tak sayangkan dia…Mizi raser patut atau tak???”

Umi saje cakap cam tu sebab aku la yang mula bersuara akan ketidak puasan hati kerana selalu dgr cakap-cakap orang.Masa tu aku cuma mampu geleng.Kurang bijak untuk memberi alasan.Namun aku tahu memang tak patut bersyukur kala gembira bila berduka tak ingat itu ujian semata.Ala….cam ustaz selalu cakap…as a servent patut tak klu kiter hanya berterima kasih bila raja bagi hadiah then salahkan raja bila hadiah tu rosak dek kelemahan kita yang tak reti nak jaga.Simplekan…

Skang aku dah besar.Dah masuk tahun 4 aku stady dalam bidang medic yang sememangnya jadi cita-citaku sejak kecil.Aku masih ingat….waktu di sekolah rendah,andai ditanya oleh guru akan cita-cita…ramailah antara kami akan bgtau yang cita-cita kami untuk jadi doctor.Bila ditanya mengapa…masing-masing memeberi jawapan…untuk membantu orang lain…..ringan kan beban orang…khidmat masyarakat…tapi bagiku…umi pesan sume kena letak lllahi taala.

Hehhehh….sebab kerana lurus,aku pernah dipanggil ckgu bahasa ku kerana isi karangan yang katanya kurang relevan.Masa tu kami dikehendaki membuat karangan Cita-citaku.Aku menulis kan cita-citaku sebagai doctor.dan antara sebab aku dipanggil adalah kerana kutulis tujuan untuk menjadi doctor adalah untuk jihad di jalanNya…Ckgu panggil dan ckgu tegur.Dia tak marah tapi isi tu pelik klu tulis dalam exam katernyer…
Hhehehheh.Lawak gak bile terigat masa dulu…

Tapi kini…aku cuba meletakkan seluruh hidup ini di jalan Allah.Aku cuba jejaki langkah para sahabat.Jejak Al-Banna yang berusaha demi agama…jejak Abi kerana Ilahi.

Umi kini berniaga kecil-kecilan.Hanya dengan menjual kuih..dia mampu menyekolah kan kami…Aku di negara mat saleh ni…Muaz di negara matahari terbit nu…dan Mardhiah di bumi anbia’.Hebatnya umi….jauh dilubuk hati….aku kagumi kehebatan umi…mujahidah Abi.Semuanya kerana keyakinan Umi pada Ilahi…semuanya ketakwaan Umi kepada-Nya.Semuanya kerana Dia….



....bersambung.... :P

No comments:

Post a Comment