Bismillahirrahmanirrahim..
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..."(ArRahman)
Cerita dari seorang tua...
"Aku dulu tak pernah solat dan hanya solat di hari raya kerana itupun aku dipaksa.Aku dulu tak pernah taat pada ibu cuma taat bila inginkan wang bagi memenuhi keperluanku.Aku dulu tak pernah ingatkan Dia hanya bila aku berduka.Tapi sekarang aku bertaubat...Aku ingin solat tapi tak mampu lagi kerana sudah tua.Sekarang aku ingin kan ibu utk aku taat tapi ibu sudah lama pergi meninggalkan aku.Kini aku ingin selalu ingat padaNya tapi rasa berdosa membuatkan aku sengsara.."
Cerita dari seorg miskin...
"Aku dulu kaya hingga gedungku tidak terkira.Aku dulu seorang berharta hinggakan semua mengaku aku saudara.Aku dulu berjawatan tinggi hinggakan aku lupa pada diri.Tapi kini aku muflis harta yang ada lesap sekelip mata.Aku kini sehelai-sepinggang..tiada orang ingin berkawan.Baru kini aku tahu siapa diri andai diri disisihkan Ilahi.."
Cerita dari seorang susah...
"Aku dulu hidup senang.Gembira dan ceria siang malam.Tiada rasa susah di hati sebab keprluan hidup cukup sekali.Tapi satu kelemahan aku...aku lupa yang Maha Satu.Sungguh pun seronok aku tahu diri tidak bahagia.Tapi aku mengabaikannya.Dan kini...hidupku tidak seperti dulu.Siang malam aku derita.Kerana hidup kacau-bilau.Yang kusayang dan kucinta telah tiada dan ini kutahu akibat melupakan Yang Esa.."
Sahabat...
Mari bersyukur dengan apa yang ada di tangan.Andai yang ada hanyalah sejemput rezeki maka dengan syukur mungkin ia menjadi segantang.Mari redha dengan setiap ketentuan Ilahi kerana dengan redha akan membuat hati tenang.
Sahabat...
Bila-bila aku dan kamu akan diuji.Dengan nikmat yang ada akan diambil kembali.Tapi kita selalu leka kerana itu tidak bersedia.Kerana aku dankamu fikirkan muda sebab itu menjadi lupa.Apabila Allah ingin menguji,maka tiada syarat kelayakkan...Jika aku atau kamu terpilih..sungguh kita akan diuji tuhan.
Semoga sabar dan tabah selalu.
Thursday, 27 December 2007
Setinggi-tinggi syukur padaNya
Tuesday, 25 December 2007
-SILENT MODE-
Aku tgk tarikh terakhir blog ni di update.Dah sebulan dah…
Nampaknye blog nih sedang silent mode.Aku sendiri tak tau kenapa.Yang pasti…semuanya perasan busy.Tak gitu??
Sedar tak sedar dah lama aku tak menulis dalam blog ni.Akulah yang mula-mula sekali perasan busy.Ini blog usrah.Maka yg menulis entry kat sini pastinya ramai.Terdiri dari adik,kakak dan abang-abang nuqaba’.Hebat dan tahniah kerana
Alhamdulillah…semakin hari aku makin nampak aturan Allah atas kehidupan di muka bumi ni.Teringat aku akn tajuk terakhir dari kitab KHOSOSIL ‘AMMAH LIL ISLAM,kitab karangan Dr.Yusuf Qardhawi.Antara yang TETAP dan FLEKSIBEL…dan begitulah kejadian alam dan manusia.Bagi memenuhi fitrah kejadian makhlukNya,telah Allah tetapkan ada perkara yg akan sentiasa TETAP walau masa terus berubah dan ada perkara yg boleh BERUBAH kerana ia adalah satu perkara yang berkembang.
Aku lihat balik diri aku…Payah untuk aku menulis dan menghuraikan pada kamu mengenai APA YANG TETAP dan APA YANG FLEKSIBEL….sebab tu bukan tujuan utama entry ini ditulis.Baca tajuk di atas tak??tajuk entry…SILENT MODE.Kenapa silent mode?sebab skang nih aku raser kite semua sedang silent…BERDIAM DIRI…atau BERHIBERNASI.Adakah kerana winter telah tiba…dan kita umpama penguin atau beruang kutub terpaksa berhibernasi utk meneruskan kehidupan??
Sahabat yang dikasihi…
Blog nih bukanlah satu blog yg banyak memberi info kepada anda.Info dari segi teknologi ke…dr segi isu semasa ke…sbb ape yang difokuskan di sini adalah kehidupan kita di bumi Ukraine.Mahu tak mahu…andai kamu membaca blog ini..maka apa yang kamu akn dapat adalah segala pengajaran dari segala kejadian dan peristiwa kehidupan di bumi Ukraine ini.Peringatan…jika inginkan penambahan info yg lebih mengenai isu-isu semasa…kejadian alam sejagat,bencara alam di Bangladesh,kemerosotan hasil ikan laut dalam atau ketidakadilan PBB dalam mengatasi masalah Timur Tengah..maka blog ini bukanlah pilihannya.
Argh..aku tak tahu apa yang sedang aku cuba sampaikan.Segalanya bercampur-baur.Maka berbahagialah sesiapa yg membaca entry ini dan berjaya memahami isi kandungnnya kerana jelas sekali kamu adalah org-org yg bijak berbahasa.Tapi semua ini terjadi kerana aku juga sedang silent mode.
“Jika kamu tidak menyibukkan diri dgn hal agama..maka Allah akan sibukkan kamu dgn hal dunia..”
Hal dunia yang buat aku celaru.Kerana itu kite kene tukar silent mode ini.Sahabat-sahabat…terlalu banyak masalah untuk diselesaikan.Masalah diri aku…diri kamu…diri kawan-kawan.Aku tahu…dan kamu pun tahu…yang “Org mukmin ini adalah cermin bg MUKMIN yang lain”.Dari kamu aku nampak keburukan aku dan dr aku kamu nampak keburukan kamu.Dan sama-sama kita perbaiki agar menjadi insane yg lebih baik.
Tapi dalam silent mode begini bagaimana kita nak bgtahu org tentang masalah dan kesalahan yg berlaku kerana kita tahu SILENT adalah tidak berbunyi.
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah couple makin meruncing?
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah berkesedudukan makin tak terkawal?
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah solat makin dipandang ringan?
Siapa yang mesti menyedarkan kite yang masalah ukhwah makin dipandang remeh?
Siapa??Siapa??siapa??
Udah-udah lah tu…Sile tukarkan mode anda….dan aku sekali.Takkan nak terus berdiam diri sedangkan dunia nih nabi dah pesan sedang nazak pada 1400 tahun yg lalu.Takkan nak terus berdiam diri lagi sedang umat makin kacau bilau.Kalau kamu dan aku tak tak fikirkan dunia dan tak fikirkan umat…fikirkanlah diri kamu dan diri aku sendiri.Tengok diri kita..umur sudah 21…22 tahun….tapi masih bergelar hamba biasa.Ingatlah adik,abang dan kakak-kakak sekelian...Umar Al-Fateh buka Constantinopal ketika berumur 21 tahun.KITA????Lupa diri bila gembira,hilang semangat bila berduka…kedekut masa untuk Allah…sayang harta untuk agama.Suka meminta bila memerlukan tp tiada ketaatan.
Ya Allah…aku dan kamu lemah.Lemah diri…lemah iman…
Mari bertukar mode…
Thursday, 22 November 2007
TIME WAITS NO MAN
Demi masa..Sesungguhnya manusia kerugian kecuali org yg beriman dan
mengerjakan kebajikan dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn
kesabaran...
Wednesday, 21 November 2007
UTAMAKAN YG LEBIH UTAMA
We always confuse to make desicion ....which road should we take? this picture remind
me a poem by Robert Frost "The Road Not Taken"
Alamak mcm mana ni ade practice bola la kul 4..tapi krg kul 4.19 dah masuk
maghrib..mcm mane ni...klu pegi kul 4 xdpt la ikut jemaah maghrib kat masjid ..tapi rugi aaa plak klu g main bola lambat kwn2 dah booked indoor kul 4...ala xpelah ari ahad je xjemaah kat masjid..hari2 lain aku solat jemaah...Pernah tak situasi mcm ni atau situasi yg seangkatan dgnnya berlaku kat korang???
Mesti pernahkan....itu dah mmg lumrah kehidupan byk benda dlam dunia ni menuntut pengorbanan..dan byk perkara yg kite lalui menyebabkan kite brada dalam persimpangan... contohnya antara nak layan movie time weekend atau bace buku2 ilmiah... atau bgn awal pagi pdhari ahad utk g usrah atau enak dibuai mimpi hingga kul 10 pg..... atau kite memilih utk tidak mengikuti program Agama kerana kurang senang dgn sikap sesetengah urus setia program...dan mcm2 lagi ..so yg mana satu pilihan anda???
berbalik kepada situasi bdk yg nak main bola ni...so rase2 tindakan mane yg wajar.....pada bdk ni die cuma rase rugi utk pergi lambat main bola...tapi klu die fikir betul2 sebenarnya die patut rase rugi utk tinggalkan solat jemaah kat masjid yg pahalanya 27kali ganda berbanding solat bersendirian... so mane yg patut die pertimbangkan...
Dalam hal2 mcm ni tepuk dada tanya iman..sebagai seorang muslim kite perlu bijak dalam membuat keputusan..Sebenarnya dalam apa jua keaadaan kite perlu mengutamakan perkara yg lebih utama... so korbankanlah keseronokkan dunia yg sementara ini utk mencari keredhaan Allah swt...
Seperti yg selalu dinyatakan oleh Ustaz Hasrizal dalam sesi ceramahnya 7 habits in higher effective muslims... put 1st thing 1st... utamakan yg lebih utama...
Oleh itu sentiasa letakkan Allah sebagai perkara terpenting dalam kehidupan ...InsyaAllah kehidupan kite akan lebih terancang dan sistematik.... dan kite tak perlu lagi mghadapi situasi sukar brmain dgn perasaan utk mmbuat keputusan....
Wallahualam
Friday, 9 November 2007
~CINTA YANG SATU~
Read More...Pertama telah kupandang makhluk yg banyak ini .Maka aku saksikanlah bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat .Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yg membawa maut dan sebahagian lagi hanya ke tepi liang kubur.Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri .Tak seorang juapun turut masuk kedalam kubur dan menghiburkannnya didalamnya.Yang demikian tak kudapati kecuali amal soleh.Sebab itu kuambil ia menjadi kekasihku supaya ia kelak menjadi pelita dalam kuburku,menghibur dan tidak meninggalkan aku seorang diri...
~Imam Ghazali~
Itulah hakikat cinta sebenarnya ...hakikat cinta dunia yg sering kita kejarkan..yg sering diagungkan dalam kata2 pujangga....tak kurang juga lirik2 lagu...Namun sedarkah kite bahawa semua yg ade dimuka bumi ini akan kite
tinggalkan....dan mase yang akan kite bawa hanyalah amalan2 ketika di
dunia yg fana ini....Sayangnye kite manusia sering lupa dan asyik ditenggelamkan arus cinta
duniawi yg melalaikan....cinta pada keduniaan...cinta pada kekasih hati..cinta
pada jawatan dan professionalisme..dan mcm2 lagi...Tapi dimanakita letakkan cinta kita pada Allah dan Rasulullah...di bawah sekali ke?selepas kite mengecapi semua kenikmatan dunia...begitukah yg sewajarnya...???
Adakah kite rase masih terlalu awal buat kite mengejar cinta Allah.. nanti dah tua mase tu la baru nak mengabdikan diri sepenuhnya pada Allah...nikmatilah dulu mase muda..Adakah begitu?Terlalu yakinkah kite yg Allah akan pinjam kan kita umur smapai kite tua? Atau kita akan kembali dalam usia yg muda?ketika buku amalan kite masih kosong....
Fikir -fikirkanlah dan renunglah kembali kedalam diri ini...dalam usia yg menginjak 20 an ini ape yg boleh kita bawa sebagai bekalan...peneman kita di liang lahat...yg menjadi cahaya kegelapan.... Tergolongkah kita dikalangan mereka yg diredhai Allah swt......????
Wallahuaalam ...
Monday, 5 November 2007
MY MOM IS AMAZING
With so many just like me
Monday, 29 October 2007
MARI BERLABUR!
Kawan,
Aku saja coretkan kisah ini agar jadi renungan buat semua.Agar jadi peringatan untuk kita sebab kebarangkalian untuk kita dijangkiti penyakit AL-WAHN sangat besar kerana kita umat akhir zaman.
AL-WAHN?Penyakit apakah ini?Berjangkitkah ia??
Kamu tidak akan mendapat jawapan andai kitab yang kamu rujuk adalah DORLAND MEDICAL DICTIONARY.Kamu juga takkan paham akan penyakit ini kalau hanya membaca kitab KUMAR and CLARK sebab penyakit ini hanya terdapat dalam HADITH yang disebutkan oleh Rasulullah.
Kamu perlukan duit untuk belajar,aku juga perlukan duit untuk belajar.Kamu perlukan duit untuk bayar hostel fees,aku juga perlukan duit untuk bayar hostel fees kerana aku bukanlah anak angkat Barbanin hingga dapat skidka(diskaun) dalam pembayaran yuran.Kamu perlukan duit untuk girlfren atau boyfren kamu,aku juga..eh,aku memang tak perlukan duit untuk itu(buek habih boreh yo!!).Tapi hakikatnya kita sama-sama memerlukan DUIT untuk kehidupan dan pengajian kita.
Timbul isu…PELABURAN INTERNET.Aku bukan nak berbincang dengan kamu mengenai pelaburan ini sebab aku memang tak berminat dalam bidang ini dan aku bukan lah seorang ECONOMIST.Aku juga bukan nak bercakap mengenai hukum pelaburan ini sebab aku bukanlah seorangMufti yang meletakkan fatwa dan hukum.Tapi apa yang hendak aku ceritakan hanyalah satu kisah kehidupan…
DIA,PELABURAN INTERNET dan …
Dia seorang student.Medical student di Ukraine.Sudah bertahun dia belajar di Ukraine tanpa mendapat scholar atau pinjaman dari mana-mana pihak.Tapi dia bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya.Perbelanjaan yang ada CUKUP-CUKUP dan membuatkan dia cukup menghargai dan mensyukuri apa yang dia ada.
Dia bukanlah dari keluarga yang mewah.Bukan dari keluarga ORANG ADA-ADA.Dia sayangkan keluarganya sebab seluruh keluarga berkorban untuk melihat dia memegang ijazah kedoktoran.Tapi dalam masa yang sama,dia merasa sangat terhutang budi kepada seluruh ahli keluarga yang bersusah-payah kerananya.Dari abah(kerana abah yang berusaha untuk mencukupkan keperluan pembelajaran) hingga adiknya yang bongsu(kerana catuan belanja sekolahnya oleh abah)...merupakan manusia-manusia yang sama-sama bersusah-payah untuk melihat dia berjaya.
“ Abah ada buat bisnes sikit.Insyaallah kalau berjalan lancar,tak payah lah kamu susah payah nak buat pinjaman Mara.”
“Abah buat bisnes apa ni?”dia bertanya.
“Abah ikut Cikgu Deraman.Laburkan sikit duit.Pelaburan internet.Setakat nih alhamdulillah…semuanya berjalan lancar…”
Dia geleng kepala.Dia memang tak bersetuju dengan corak pelaburan ini.Dia bukanlah bijak pandai dalam bidang ini.Tapi oleh kerana dia seorang yang rajin mengSURF internet dan mengambil tahu isu semasa,sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami sistem pelaburan ini.Dia sudah baca pendapat dari para mufti dari seluruh dunia…Arab Saudi,Mesir etc.Dia juga tahu 12 APRIL 2007,majis fatwa kebangsaan telah memutuskan pelaburan internet adalah HARAM.
“Abah,perlu sangat ke abah join pelaburan tu?
“Perlu…untuk adik-adik kamu.Untuk kamu…kalau hanya bergantung dengan kerja abah yang makan gaji ni…takut tak termampu…”
Takut tak termampu….
Perkataan itu asyik terngiang-ngiang di teliganya.Ustaz dia pernah berpesan,akan Allah bekalkan rezeki bagi orang yang menuntut ilmu.Dia sendiri hafal ayat seribu dinar..
“ Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia kan membukakan jalan keluar baginya.Dan Dia kan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkakan nya.Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka akan Allah cukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bg segala sesuatu..”(at-Thalaq(2-3).
“Abah,saya tahu kesusahan abah kerana saya..kerana kami adik-beradik.Tapi saya yakin ada rezeki untuk saya.Abah…andai saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana faktor kewangan…saya tak kisah.Bagi saya..saya hanya inginkan wang dari sumber yang jelas….Saya tak jelas bagaimana sistem pelaburan yang ayah join ni...”
Dia cuba menerangkan serba-sedikit apa yang dia fahami mengenai pelaburan ini.Abah mengangguk tanpa banyak soal.Tapi dia tahu yang abah memang berkeras dengan kehendak untuk terus melabur dalam pelaburan ini.Dia cuma mampu berdoa.Dia tidak mahu tersilap langkah.Hati abah perlu dijaga tapi hukum Allah wajib dipatuhi.
Dan…Allah makbulkan doanya.Andai cara ini bukanlah cara yang halal untuk mendapatkan rezeki,maka dia memohon agar Allah sendiri mengeluarkan abah dari bidang ini.Allah memang mengeluarkan abah.Tapi dengan keadaan abah tidak mendapat apa-apa.
Dia menitiskan airmata.Dia sedih bukan kerana abah telah kehilangan modal yang dilaburkan.Dia menangis bukan kerana tak sempat melihat abah gembira dengan hasil pelaburan yang abah anggap menguntungkan.Tapi dia menangis kesyukuran kerana Allah telah menyelamatkan abah.Dia tahu abah sedih kerana apa yang abah usahakan tidak membuahkan hasil.Tapi apa gunanya hasil yang banyak dan melimpah-ruah jika tiada keberkatan.
Ada hikmah di sebalik kisah.Begitulah hidupnya.Abah sudah celik mata.Abah sudah faham yang dalam perniagaan kena berhati-hati.Abah sudah mengerti dalam dunia perniagaan,ada kawan sanggup makan kawan dan itulah yang Cikgu Deraman lakukan.Tapi abah tak marah sebab abah kata Cikgu Deraman pun orang bawah-bawah.
Dia jadi lebih gembira bila dia nampak keyakinan abah pada janji Allah.Abah sudah tidak terlalu risaukan bayaran pengajiannya sebab abah yakin Allah sudah tetapkan rezeki untuknya.Dia sukakan kehidupannya sekarang.Bukannya tak mahu lebih maju dan lebih mewah kerana Islam itu juga mengajar umat nya mencari harta.Tapi dia tahu ramai manusia tewas kerana harta,ramai manusia lupa diri bila hidup senang tiada kesusahan…
Itu kisah dia.Dia terus jalani hidup sebagai seorang student.Tapi macam mana pula dengan aku dan kamu?
Kawan,Aku ulangi lagi sekali…
Kamu perlukan duit untuk belajar,aku juga perlukan duit untuk belajar.Kamu perlukan duit untuk bayar hostel fees,aku juga perlukan duit untuk bayar hostel fees kerana aku bukanlah anak angkat Barbanin hingga dapat skidka(diskaun) dalam pembayaran yuran.Kamu perlukan duit untuk girlfren atau boyfren kamu,aku juga..eh,aku memang tak perlukan duit untuk itu.(buek habih boreh yo!!)Tapi hakikatnya kita sama-sama memerlukan DUIT untuk kehidupan dan pengajian kita.
Tapi kita tak sedar..
Aku perlukan iman dan islam untuk mendapat keredhaanNya,kamu juga perlukan iman dan islam untukNya.Aku perlukan iman dan islam untuk rasa tenang,kamu juga perlukan.Aku perlukan iman dan islam untuk sentiasa merasa cukup dan syukur dengan apa yang ada,kamu juga perlukan iman dan islam untuk merasa cukup dan bersyukur…Eh,betul ke?Anggap saja betul..
Kalau betul… pernah dengar pelaburan IMAN?Aku saja namakan ini pelaburan kerana manusia kan sukakan keuntungan.Untuk aku dan kamu yang bergelar mukmin,telah Allah sediakan pelaburan IMAN yang mana darinya boleh kita dapatkan keuntungan.
“SESUNGGUHNYA Allah menghitung kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan, kemudian dijelaskan lagi, barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kebaikan dan masih tidak melaksanakannya, (maka) Allah menulis baginya kebaikan yang sempurna.Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kebaikan dan kemudian melaksanakannya, maka Allah menuliskan baginya sepuluh kebaikan hingga 700 kebaikan, dan berkali-kali ganda banyaknya. Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kejahatan tetapi tidak melaksanakannya, Allah akan menulis baginya kebaikan yang sempurna. Dan barang siapa yang berniat (untuk melakukan) kejahatan dan melaksanakannya, (maka) Allah menulis baginya satu kejahatan (sahaja).” - hadis riwayat Bukhari, Muslim, Musnad Ahmad.
Hah…percaya atau tidak inilah dia pelaburan IMAN.Dengan hanya berlaburkan IMAN,maka aku dan kamu akan mendapat pahala yang berganda-ganda.Satu amalan yang dilakukan dengan iman akan diganjarkan sepuluh kebaikan hingga beratus-ratus ganda banyaknya.
“Perumpamaan orang yang menginfakkan harta di jalanNya seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkai ada seratus biji.Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki,dan Allah Maha luas lagi Maha mengetahui”(al-Baqarah:261)
Aku tahu kamu bijak sifir.Oleh itu aku tak mahu menghabiskan masa dengan mengirakan untuk kamu jumlah ganjaran yang bakal Allah berikan pada kita andai kita menginfakkan harta di jalanNya seperti yang Allah janjikan dalam firmanNya di atas.
Tapi aku pelik,kenapa kamu nampak macam tak berminat?Aku pun sama…Pendek kata kenapa kita tidak terUJA dengan plan pelaburan yang Allah janji kan ini?Senang saja…sebab kita mengejar apa yang boleh dilihat oleh mata.Apa yang boleh dipertontonkan pada manusia yang lain.Apa yang boleh di banggakan di dunia..sedangkan keuntungan pelaburan Iman telah Allah janjikan untuk AKHIRAT SANA.Ini lah dia al-wahn.Cintakan dunia takutkan mati.Hanya dengan janji keuntungan yang berlipat ganda,kita sudi melabur dalam pelaburan yang masih tidak jelas kehalalannya.Tidak fikir hukum Allah asal kita mewah di dunia.
Aku nasihatkan diriku sendiri.Kalau kamu juga ingin mengambil pengajaran,maka renung-renungkan lah.Allah segala-galanya bagi kita.Andai kita sedar akan hakikat itu maka kita akan berusaha untuk berlabur bagi bekalan untuk akhirat sana.Allah Maha mulia… tanpa memerlukan sembahan kita,Dia tetap akan sentiasa MULIA.Allah Maha Pemberi hingga kan Dia selalu memberi walaupun tanpa kita minta,walaupun kadang-kadang tanpa kita syukuri.Maka satu saja…patuhilah hukumnya walaupun nampak berat bagi kita.
Ahh…aku tak tahu kamu akan faham atau tidak apa yang aku bicarakan.Aku nak highlightkan yang aku memang cakap mengenai PELABURAN INTERNET.Tapi baik kamu rujuk web ni, http://www.zaharuddin.net/ supaya kamu lebih faham apa yang aku maksudkan.Dan kamu bacalah web ini, http://www.wangcyber.com/pelaburan-internet-perniagaan-internet.htm supaya akan bertambah ilmu kamu. "Moga aku dan kamu dipelihara dari penyakit al-wahn…ya Allah peliharalah kami.Ameen"
Tuesday, 16 October 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Monday, 15 October 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Cork city, Ireland.
Bandar Alor Setar.
Saturday, 13 October 2007
MaKanaN untuk EiDUL-FiTR
Assalamu'alaikum wrh wbt.
sedikit makanan untuk hati dan akal,di kala kita menyambut hari raya penuh kegembiraan.
Khutbah Eidul-Fitr[12102007@sportzal].selamat membaca:)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
وَللهِ الْحَمْدُ
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّّ اللهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ َلا شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِيْهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:
Sempena hariraya aidilfitri yang mulia ini marilah sama-sama kita memuji Allah di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua terutamanya nikmat Islam dan nikmat iman. Dalam pada itu marilah kita sama-sama memaksikan satu azam yang tinggi untuk terus kembali kepada fitrah; iaitu Islam, sejajar dengan roh sambutan aidilfitri yang menyarankan kita kembali kepada fitrah Islam dan iman.
ALHAMDULILLAH, puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat kebahagiaan dan kegembiraan di pagi Jumaat yang
penuh dengan keberkatan ini. Kegembiraan yang kita rasakan pada hari ini bukanlah disebabkan kita sudah bebas dari belenggu puasa. Bukan pula disebabkan kita berupaya melakukan amalan yang dilarang di dalam bulan mulia. Tetapi sahabat semua, kegembiraan kita pada hari ini adalah disebabkan oleh dua perkara:
Pertama: Gembira kita pada hari ini kerana kita telah berjaya menahan nafsu kita selama sebulan untuk kita berpuasa semata-mata kerana Allah. Kita telah berjaya mengisi masa di bulan yang indah ini dengan berbagai amalan wajib dan sunat seperti mengerjakan Sembahyang Terawih,
Tadarus Al-Quran, memberi sedekah, beriktikaf di waktu malam untuk mendapatkan Lailatulqadar, membanyakkan doa dan zikir, mengamalkan sunah nabi dan sebagainya.
Kedua: Gembira kerana kita mendapat jaminan pengampunan dari Allah Subhanahu Wataala kerana telah berjaya melaksanakan puasa di bulan Ramadan.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Pada hari ini, seluruh umat Islam di seluruh dunia memuji dan membesarkan Allah. Mereka mengiktiraf kekuasaan Allah dalam keadaan senang mahupun susah. Walaupun ada orang Islam yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid sepanjang tahun, mereka akan bersusah untuk
datang ke masjid pada hari yang mulia ini, duduk mendengar peringatan, bertegur-tegur sesama muslim yang lain, bersedekah, bersolat jemaah sambil memuji Allah. Alangkah indahnya hari yang mulia ini, umat Islam tampak hebat dan kuat umpama sebuah gunung. Alangkah indahnya, jika hari seperti ini dapat dirasai pada esok, lusa dan seterusnya, masjid akan terus bergema dengan pujian kepada Ar-rahman, umat Islam semakin hari semakin kuat, maka tidak ada lagi maksiat yang dirisaukan, tidak ada keluhan yang takutkan azab Allah s.w.t. yang khas untuk ahli maksiat
Sidang hadirin muslimin dan muslimat sekalian,
Di pagi fitrah ini, marilah kita berfikir dan hadirkan kerisauan atas nasib diri kita dan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini. Sudah jelas lagi tersuluh umat Islam hari ini telah menjadi seperti mana yang digambarkan oleh rasulullah s.a.w. dalam satu hadis “akan datang satu zaman di mana umatku akan diratah oleh musuh seperti makanan di dalam talam” apabila ditanya “ya rasulullah, mengapakah kejadian seperti itu boleh berlaku? adakah disebabkan bilangan kita sedikit?” rasulullah menjawab ”tidak, bahkan bilangan kamu ramai, tetapi seperti banyaknya buih di lautan. Pada waktu itu umatku dilanda penyakit al-wahm”-”ya rasulullah apakah itu al-wahm?”-”Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati”
Maha suci Allah s.w.t. yang tidak tidur dan lalai. Di tanganNya terletak segala pengetahuan terdahulu dan mendatang. Islam itu datang dari Dia yang Maha Hebat dan tidak perlu dinilai semula. Segala persoalan dan penyelesaian sudah pun diberi. Tidak perlu lagi kita membelenggu akal mencari sebab kerosakan akhlak dan agama. Tidak perlu lagi kita mengasah lidah, menuding jari pada orang kafir, kerana sebagaimana yang telah disabdakan oleh nabi kita, masalah umat Islam datang dari diri kita yang berpenyakit. Rata-rata, mereka telah melupakan janji yang mereka buat pada Allah s.w.t. ketika di alam roh lantaran ditipu perhiasan dunia. Kebanyakan orang Islam sudah lupa akan tujuan mereka berada di atas muka bumi ini lalu mereka takut untuk bertemu dengan Tuhan mereka. Ya Allah ampunkan kami yang hina dina ini. Selamatkan kami dari kejahatan diri yang menjerumuskan kami ke nerakaMu.
Allahuakbar, Allahuakbar, All
ahuakbar
Wahai saudaraku yang dimuliakan Allah sekalian,
Setiap kali berakhirnya Ramadhan, maka kita akan berasa gembira dan teruja untuk menyambut aidilfitri dan hari-hari seterusnya. Lantaran kegembiraan yang amat sangat ditambah dengan penyakit hati yang kronik, maka tidak ,pada hari raya yang pertama lagi, kita dengan sengaja melupakan segala jerih payah, penat lelah, serta perngorbanan pada jalan Allah yang kita buat sepanjang Ramadhan, justeru kita terus melupakan ramadhan dan tidak pula mengharap pada Ramadhan yang akan datang. Betapa lemahnya iman kita berbanding dengan para sahabat. Kebanyakan mereka menangisi bulan Ramadhan yang bakal berlalu. Air mata mereka menjadi bukti cinta mereka untuk beramal dan berbakti pada Allah. Kerinduan mereka hanya terubat dengan solat malam yang membengkakkan kaki, ayat-ayat Al-Quran yang disulam tangis, majlis-majlis zikir dan suasana sunnahmengikut nabi Muhammad s.a.w.
Di dalam khutbah ini, saya ingin menasihati diri saya dan rakan-rakan sekalian, takutlah kepada azab Allah s.w.t. serta takutlah pada hari kebangkitan dan perhitungan. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, berpesan-pesan pada perkara kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran. Mudah-mudahan kita tidak menjadi orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat. Jangan lah kita menjadi orang yang masih terikat dengan dosa-dosa lama. Sekiranya kita masih lagi membiarkan diri kita dalam melakukan maksiat, sesungguhnya kita telah tergolong dalam orang-orang yang celaka. Janganlah kita menjadi seperti orang yang dikhabarkan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Luqman ayat 7: واذا تتلى عليه ءايتنا ولى مستكبرا كان لم يسمعها كان في اذنيه وقرا فبشره بعذاب اليم
Maksudnya: dan apabila dibacakan ayat-ayat kami kepadanya, dia beraling menyombongkan diri, seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan di dalam telingan
ya tersumbat. Oleh sebab itu, berilah khabar dengan seksa yang pedih.
Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah, sesungguhnya diri ini sedih atas iman yang lemah, izinkanlah saya yang hina ini untuk memberi nasihat dan teguran.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah
Janganlah kita berpecah-belah dan benci membenci antara satu sama lain. Janganlah kita terus menerus mempamerkan dosa dan kesalahan kita, kerana ekoran perbuatan kita, umat Islam lain dilanda fitnah besar. Kerana bisa kala setitis, lumpuh badan semuanya. Allah berfirman di dalam surah ali-Imran ayat 103: ...واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا
Maksudnya: Dan berpeganglah kamu pada tali(agama) Allah dan janganlah
kamu berpecah belah. Kepada muslimat, tundukkanlah pandangan, peliharalah aurat dan tingkah laku kamu kerana kamu merupakan bakal ibu kepada mujahid dan imam orang Islam. Kepada pasangan-pasangan yang belum bernikah, jauhila zina dan perkara2 yang menghampirkan kepada zina,takutilah azab Allah yang maha pedih. Anda dinasihati untuk bernikah secepat mungkin untuk mengurangkan dosa-dosa kami yang hanya membenci tetapi kecut untuk bersuara. Kesalahan kamu merupakan dosa saya dan kawan-kawan yang lemah iman. Atas kesedaran dan kefahaman yang sedikit ini, kami merayu supaya amalan tinggal sebilik bagi pasangan bukan muhrim dibanteras. Janganlah disebabkan ini, kami terpaksa menanggung azab di hadapan Allah, Na’uzubillahi minzalik. Marilah kita pegang tangan erat-erat, langkah bersama menuju kepada kebaikan, Marilah kita menghidupkan masjid yang menyeru kepada kejayaan. Semakin hari masjid kita semakin lengang, dan lebih menyedihkan, kini solat Jumaat pun sudah mula diabaikan. Ingatlah, hari ini kita merasa aman dengan dunia, sedangkan itulah petanda kehancuran kita. Alahai sahabatku, beringatlah, beringatlah, beringatlah. Belum sampai lagikah peringatan tentang azab Allah yang maha dahsyat itu? Jangan lupa kita hanyalah hamba yang bertanggunjawab untuk mengenalNya, khalifah yang sementara dan da’ei sepanjang hayat.
Ya Allah, sesungguhnya aku telah pun menyampaikan
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ
الْحَمْدُ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنُؤْمِنُ بِهِ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لأَّ إِلهَ أِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ الْخَلاَئِقِ وَالْبَشَرِ.
اَللَّهُمَّ فَصَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَأ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah semua,
Allah berfirman di dalam surah ali-‘Imran ayat 112
ضربت عليهم الذلة اين ماثقفوا الا بحبل من الله وحبل من الناس وباؤ بغضب من الله وضربت عليهم المسكنة
Maksudnya: mereka(orang-orang Islam) ditimpa kehinaan di mana mereka berada. Kecuali dengan tali(agama) Allah dan tali perdamaian dari manusia. Dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan Allah serta ditimpa kemiskinan.
Izinkan sekali lagi untuk saya yang kerdil dan hina ini, mengingatkan diri saya serta rakan-rakan semua, marilah kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan sesama insan. Batalkanlah segala api permusuhan dan dendam kesumat. Mohon maaf dan berilah kemaafan. Mudah-mudahan kita mendapat kebaikan. Di samping usaha kita mengejar dunia, janganlah lupa untuk berbekal di hari akhirat. Ketahuilah, kekayaan yang dikejar itu sebenarnya datang dari Allah, miskin juga datang dari Allah. Siapa yang bijak, dia pasti akan meminta pada yang memberi, dengan sebaik-baik permintaan. Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman, “sekiranya hambaku meletakkan kerisauannya hanya untuk agama, maka akan Aku luaskan dadanya,perkayakan hatinya, tetapi barangsiapa yang risaunya untuk dunia, aku akan letak segala masalah dunia di kedua pelupuk matanya”
Hati ini begitu rindu dengan kehidupan para solehin dan mujahidin. Mereka bertungkus lumus untuk agama. Biar miskin, biar dihina bangsa sendiri, asalkan pandangan Allah tidak terpaling. Ya Allah satukan hati-hati ini dalam kebaikan, bangkitkanlah kami bersama mereka yang Engkau beri nikmat di dunia dan di akhirat, iaitu dari kalangan para nabi, orang-orang soleh, orang-orang yang benar dan para syuhada’.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أِتَّقُوا اللهَ وَكُوْنُواْ مَعَ الصَّادِقِيْنَ. وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلاَئِكَتِهِ المُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(Al-Ahzab 056)
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الأَرْبَعَةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلَىٍّ ابْنِ أَبِى طَالِبٍ وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا المُطَهَّرَاتِ مِنَ الأَدْنَاسِ وَعَنْ بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالْقَرَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. وَاَرْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ.
عِبَادَ اللهِ،
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
(An-Nahl 090)
فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.