Sunday, 18 January 2009

BismillaH


BismillahiRahManirahim

Alhamdulillah.. bergerak juga akhirnya Blog ISIM yang sudah lama terbiar dimakan anai-anai ini. Sebagai pembuka kata di tahun 2009 ini, kami Pihak ISIM igin memohon seribu kemaafan diatas segala kelemahan dan kecuaian yang telah dilakukan secara sedar ataupun tidak. Kami juga mengucapkan Selamat Bercuti buat Pelajar-pelajar 5th Year dan 4th year yang baru sahaja selesai menghabiskan Exam mereka. tidak lupa juga Diucapkan Selamat Kembali ke bangku Sekolah buat pelajar-pelajar tahun Akhir.



InsyaAllah ISIM akan bakal menganjurkan banyak lagi program-program yang menarik pada semester yang akan datang. Usrah-usrah umum akan kembali bergerak seperti biasa selepas selesai sahaja cuti yang sangat menyeronokkan ini. Gabungan Naqib-Naqibah yang semakin bertenaga insyaAllah akan memberikan satu lagi sinar baru buat semua pelajar Muslim tidak kira warna kulit dan pangkat.

Banyak perkara yang berlaku yang rasanya perlu kita bincangkan terutama perkara yang berkaitan dengan masaalah yang berlaku di bumi Ukraine ini. Pelbagai Fitnah dan maksiat berlaku di sana-sini. Isu akedemik pelajar muslim yang merosot turut mendapat tempat di mata ISIM.

InsyaAllah kita akan cuba mengatur strategi dan mengambil langkah yang terbaik untuk kebaikan semua pihak. Kebajikan ahli-ahli usrah khususnya dan seluruh pelajar muslim umumnya adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya agar tidak ada yang tercicir diantara kita.

Sunnah Rasulullah SAW untuk nasihat menasihati sesama kita perlu diperkuatkan. Asas kita, Al-Quran dan As-Sunnah perlu digenggam dengan kuat agar kita tidak lari dari landasannya yang sebenar.

Marilah kita bersama-sama menuju kearah yang lebih cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat. Salam Sayang dan IstiqamaH daRi Kami.. Ukraine IslaMiC MedicaL StudenT.. (ISIM)

Read More...

Sebarkan SalaM Di AntaraMu



SAlam adalah salah satu daripada asma Allah SWT. Mengucapkan salam, baik kepada orang yang kita kenal mahupun yang tidak akan membangkitkan rasa aman, mempereratkan ikatan, dan menumbuhkan rasa cinta. Rasulullah sendiri telah berwasiat tentang perkara ini. Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahawa Rasululullah telah bersabda,

"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!" (Hadis Muslim)


Dengan ucapan salam ini sahaja, kita boleh menilai sejauh mana iltizamnya kita terhadap syiar Islam. Ucapan "Selamat Pagi...", "Hello..", "Hai.." "AloooHa.." dan yang seumpamanya adalah sangat jauh sekali bezanya jika kita nak bandingkan dengan ucapan "AssalamualaiKum Warahmatullah.."

Bukankah Dalam SAlam yang kita sebutkan itu terdapat ayat-ayat doa yang indah dan menenangkan..

Assalamu Alaikum - (SAlam Sejahtera Keatas kamu)

Warahmatullahi - (Dan Rahmat Allah Keatas kamu)

Wabarakatuh - (dan keberkatan Allah keatas kamu)


Fesyen Hari ini

AsooomeKomm!!

Assamualeikum!!
SemeekoMM!!

Akum!!

Kum!!

Terlalu banyak fesyen salam yang dapat kita lihat hari ini berlegar-legar di kalangan masyarakat kita. Kita boleh panggil fesyen-fesyen baru ini dengan nama .: Salam MelaYu-kini :. mungkin kerana budaya dan kebiasaan membuatkan lidah kita sedikit keras untuk mengucapkan salam dengan betul.

Mungkin juga disebabkan oleh Viral ataupun bacterial infection yang berada dalam mulut kita menyebabkan Makhraj huruf yang keluar terpesong sedikit. Apapun sebabnya, sebutan yang salah boleh membawa kepada maksud yang amat bertentangan.

Contohnya perkataan AssaaMualaikum.. Sepatutnya Assalamualaikum.. Oleh kerana tertinggal Huruf "La" Maksudnya dah bertukar menjadi "Celakalah keatas kamu"..

cuba bayangkan.. Kita berjumpa dengan kawan kita lalu memberikan salam celaka terhadapnya. tidakkah itu satu benda yang amat bertentangan dengan nilai yang murni? Semuanya disebabkan oleh diri kita yang kurang ilmu dan yang lagi teruk berlagak bagaikan Ulama.

Hukum Menjawab Salam

Wajib

malah kita dianjurkan untuk menjawabnya dengan ucapan yang lebih baik.

Contoh:-

"Assalamualaikum Warahmatullah"

Maka adalah terlebih baik bagi kita untuk menjawab

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"
Nampak tak betapa cantiknya Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Sahabat Rasulullah Abu Dzar ra telah berkata bahawa Rasulullah telah bersabda,

"Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (Hadis Muslim)

Dalam surah An-Nisa ayat 86 Allah telah berfirman:-

"Apabila kalian diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balslah penghormatan itu dengan penghormatan yang lebih baik daripadanya atau balaslah (dengan yang serupa)"

Abdullah Mas'ud ra berkata bahawa ada seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW

"Manakah ajaran Islam yang paling baik? "

lalu Rasulullah menjawab " Memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal " (Muttafaqun Alaih)
Hak Untuk memberi Salam
Diantara kita, siapakah yang terlebih berhak untuk memberi salam?? Islam sangat mengajar kita dalam ber'Prioriti'.

Nabi SAW pernah bersabda " Yang mengenderai kenderaan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk, yang sedikit kepada yang banyak, dan yang muda kepada yang tua. Keutamaan orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah lebih besar."

Tapi mesti diingat juga Sabda Nabi yang lain.
Dari Umamah ra, ia berkata bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, diantara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu berhak mengucapkan salam?"

Lalu Rasulullah menjawab " Yang lebih mencintai Allah"

Nah.. Lihat.. Para Sahabat Rasulullah dahulu berlumba-lumba untuk memberikan salam lebih dahulu daripada yang lainnya. Maka timbullah kasih sayang antara mereka atas keberkatan dan cinta mereka Terhadap Allah. Allah satukan hati-hati mereka dan kuatkan kaki mereka untuk menentang musuh.

Ucapan salam yang berupa doa yang lahir dari hati sanubari yang bersih terus sahaja sampai ke langit untuk diperkenankan Allah Rahmatnya dan Barakahnya. Alangkah indahnya bila kita hidup dalam penjagaan dan Kasih Sayangnya??

Kita beroleh 2 Kasih sayang. Satu kasih sayang antara manusia dan satu lagi kasih sayang antara kita dengan Tuhan pencipta, Allahu Rabbul Jalal.

Khalifah Umar Al-KhattaB pernah berkata " Tiga Hal yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus (Hanya kerana Allah) ialah:-

- Lebih dahulu mengucapkan salam
- Memanggilnya dengan panggilan yang ia sukai
- Memberikan tempat duduk dalam suatu majlis

Sebarkanlah SAlam Wahai SahabaT.. InsyaAllah Allah akan satukan hati kita Umat Islam Seluruh dunia. Ubat Mujarab dan simple yang Rasulullah Ajarkan buat mengubati masaalah Perpecahan Ummat tetapi diabaikan oleh masyakat Islam yang konon-kononnya sudah berfikiran Modern. Lihat betapa Hebatnya Pemikiran Rasulullah.. Jauh kehadapan..

Engkau Pemimpin Idolaku Ya RasulullaH....

WallhuA'lam..



Read More...