Sunday 18 January 2009

BismillaH


BismillahiRahManirahim

Alhamdulillah.. bergerak juga akhirnya Blog ISIM yang sudah lama terbiar dimakan anai-anai ini. Sebagai pembuka kata di tahun 2009 ini, kami Pihak ISIM igin memohon seribu kemaafan diatas segala kelemahan dan kecuaian yang telah dilakukan secara sedar ataupun tidak. Kami juga mengucapkan Selamat Bercuti buat Pelajar-pelajar 5th Year dan 4th year yang baru sahaja selesai menghabiskan Exam mereka. tidak lupa juga Diucapkan Selamat Kembali ke bangku Sekolah buat pelajar-pelajar tahun Akhir.



InsyaAllah ISIM akan bakal menganjurkan banyak lagi program-program yang menarik pada semester yang akan datang. Usrah-usrah umum akan kembali bergerak seperti biasa selepas selesai sahaja cuti yang sangat menyeronokkan ini. Gabungan Naqib-Naqibah yang semakin bertenaga insyaAllah akan memberikan satu lagi sinar baru buat semua pelajar Muslim tidak kira warna kulit dan pangkat.

Banyak perkara yang berlaku yang rasanya perlu kita bincangkan terutama perkara yang berkaitan dengan masaalah yang berlaku di bumi Ukraine ini. Pelbagai Fitnah dan maksiat berlaku di sana-sini. Isu akedemik pelajar muslim yang merosot turut mendapat tempat di mata ISIM.

InsyaAllah kita akan cuba mengatur strategi dan mengambil langkah yang terbaik untuk kebaikan semua pihak. Kebajikan ahli-ahli usrah khususnya dan seluruh pelajar muslim umumnya adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya agar tidak ada yang tercicir diantara kita.

Sunnah Rasulullah SAW untuk nasihat menasihati sesama kita perlu diperkuatkan. Asas kita, Al-Quran dan As-Sunnah perlu digenggam dengan kuat agar kita tidak lari dari landasannya yang sebenar.

Marilah kita bersama-sama menuju kearah yang lebih cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat. Salam Sayang dan IstiqamaH daRi Kami.. Ukraine IslaMiC MedicaL StudenT.. (ISIM)

4 comments:

  1. assalamualaikum

    salam ziarah..bagus entri blog ni..kalian semua ni pljr perubatan di ukraine ke?

    ReplyDelete
  2. salam...

    semoga kalian tsabat dan tabah menghadapi mehnah dan tribulasi di sana..

    ReplyDelete
  3. Tahniah teruskan, sebarkanlah fikir risau Rasulullah s.a.w...selamatkan diri dan seluruh umat dari api neraka, masuk syurga Allah, bayi yg terakhir lahir kat dunia ni dpt ucap kalimah Lailahaillallah.

    pck-teruskan2

    ReplyDelete
  4. salam ziarah..... :)

    ReplyDelete