Saturday, 21 April 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 2



“Kak Ana!!!!! Telefon!!!” Suara Intan dari bawah menghentikan lamunanku. Segera aku bangun dan turun ke bawah. “Eh kak..Akak nangis ke?” soal Intan ketika bertembung dengan ku di tangga. “Takda lah..mata akak letih sangat..tengok buku lama sangat kot”, jawabku sambil tersenyum dan mengesat air mata yang bertakung di mataku. Tak sedar pulak aku menangis tadi. “Hello”ujarku dengan loghat Irishku..manalah tau, kalau kawan-kawan sekelasku yang menelefon. “Helo. Ana. Ni Hisham lah..Tak cam ke suara aku yang lemak merdu ni?” “Oh..Sham..Aku ingatkan mat saleh mana tadi..”jawabku sambil tergelak kecil. “Ada apa kau telefon aku malam-malam buta ni?” “Takde lah..saja je..aku dah letih la baca buku..Tu yang aku telefon kau tu..Tak boleh ke?” “Memangla tak boleh..Kalau takde hal,aku malas la nak cakap dengan kau..” jawabku tegas.



“Ish..jangan la gitu Ana..Sebenarnya gini..tadi ada junior kata dia nampak kau kat Tasik Lough tu, kau tengah termenung. Aku pun naik risau la pulak. Ye la kan..sebagai classmate kau..aku concern lah, exam dah nak dekat ni..Kau tension study ke?” “Emm..tak ada lah..saja je aku ambil-ambil angin. Hari-hari tengok muka orang sakit, letih jugak aku..Kau jangan la risau. Okla Sham, aku dah mengantuk la..dah pukul 11 malam ni..Aku letih harini..” “Takpe lah kalau macam tu..Jumpa kau kat hospital esok ye! Bye..” “Sham, Thanks coz ambil berat….” Aku terus meletakkan gagang.

Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang. “Kak! Oo Kak!” Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh. “Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak ke…Sempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke..” Kata Zizi sambil tersenyum lebar. Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu.

2 Julai 2003
Aku telah ditunangkan dengan seseorang. Baru semalam abah memberitahu kepadaku. Aku bertunang?? Aku? Sampai hati abah..buat macam ni kat aku..Sampai hati.. Aku akan hidup dengan orang yang aku tak kenali! Aku benciiiii!! Benci abah! Benci abah! Benci abah! Hisham!! Aku rindu kan kau! Aku tak boleh terima orang lain! Kenapa kau diam? Kau tak pernah perasan kah yang aku sukakan kau selama ini..Kau dah terlambat Sham!! Aku benci hidup ini! Kenapa????? Kenapa aku?

3 Julai 2003
Aku telah cuba memberontak dengan abah. Aku katakan aku tak mahu terima keputusan itu. Aku dah ada pilihan hati sendiri. Tapi abah memaksa! Memaksa aku! Aku sepatutnya menjadi anak kesayangan abah! Bukankah selama ini aku anak kesayangannya? Anak yang paling manja dengannya? Aku takkan bercakap lagi dengan abah. Mak? Mak pun sama. Tapi abah yang memaksa aku! Aku rasa benci dengan abah. Sangat benci. Abah menengking aku tadi. Tak pernah seumur hidupku aku dimarahi begitu oleh abah..Aku benci abah!! Takkan aku sentuh cincin berkarat tu!
11 Julai 2003
Aku baru balik dari rumah Izzah. Penat aku menempek kat rumah Izzah di Johor nun. Biarlah! Asalkan aku boleh lari dari keluargaku. Seminggu aku di sana, gembira sikit hati aku.


14 Julai 2003
Abang Long sekeluarga dan Kak Ngah sekeluarga pulang ke rumah hujung minggu. Tak henti-henti mereka bertanyakan soal tunangku kepada abah. Mereka sendiri tak faham kenapa abah terlalu tergesa-gesa. Nah abah! Abang Long dan Kak Ngah membela aku! Aku menutup diari ku. Abang Long dan Kak Ngah. Rindu sungguh aku pada mereka. Kami taklah rapat sangat. Maklumlah..Abang long 21 tahun tua dariku, manakala Kak Ngah pula 19 tahun lebih tua dariku. Masing-masing sudah ada anak-anak sendiri yang hampir sama baya denganku. Mak melahirkan mereka ketika dalam usia akhir belasan tahun. Sedangkan aku lahir ketika mak sudah berusia 40 tahun. Alhamdulillah..mujur aku selamat..Tak ada apa-apa masalah. Ibu yang melahirkan anak di usia lewat ni kemungkinan anak untuk cacat tinggi contohnya Down Syndrome. Alhamdulillah..Allah selamatkan aku… Oh! Aku belum solat Isyak lagi!!
bsambung...

Read More...

Friday, 20 April 2007

MUSLIMAH MESTI KERAS HATI.....



Di petik Dari Saifulislam yahoo.group...



Oleh: lah Abwa

“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau
istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa
saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman.
Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak
marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan
telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan
“sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah
majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak. Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan.

Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .

Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan Kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya. Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang
bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana
menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang
wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."
Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.
Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana. Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat.

Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “sesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” FIKIRKAN

Read More...

~CALON PILIHAN ABAH~





Part 1




Aku duduk termenung sendirian di tepi tasik..burung² swan berenang-renang di tasik.. Entah kenapa aku tergerak hati hendak ke situ harini.. Rasa-rasanya sepanjang hampir 5 tahun aku di sini, di bumi Ireland ini..itu baru kali kedua aku pergi berjalan ke situ.. Kali pertama masa aku tahun satu dulu..Itu pun kakak senior yang bawakkan..saja nak tunjuk² keindahan Bandar kecil itu.. Selepas tu..aku agak sibuk dengan pelajaran..Tak sempat lagi nak berjalan-jalan mengambil angin di situ..Aku bertekad nak menjadi doktor…sejak kecil lagi..itulah harapan abahku… Akan aku usahakan.. meskipun aku rasa aku ini tidak lah sebijak mana jika nak dibandingkan dengan sahabat² aku yang lain.. Aku duduk di atas bangku..merenung jauh ke arah rumpunan di tengah² tasik itu..Tapi fikiran ku sedikit pun tidak memikirkan tentang swan² tadi atau pun rumpunan itu.. Hati aku keresahan..Kepalaku kerunsingan..Peperiksaan akhir akan menjelang tak lama lagi..Kini sudah bulan Mac… sebulan lagi aku perlu bertarung di medan peperiksaan.. Dan kemudian..aku akan pulang bercuti ke Malaysia..menemui keluargaku…dan menemui semula segala masalah yang menghantui fikiranku selama ini.. Aku mengenakan zip di baju sejukku..Tidak tahan rasanya kesejukan angin Irish ini.. Sudah masuk bulan Mac..Sepatutnya semakin kurang sejuk kerana musim bunga sudah mula mahu menjenguk…Hairan pula aku…Tahun ini…lain pulak jadinya…Sejuk sungguh sejak dua tiga minggu ini..




Aku menarik nafas panjang dan menghembus dengan pantas…Terhibur pula aku melihat asap wap panas yang keluar dari mulutku.. Aku tergelak sendiri bila mengenang hampir 5 tahun lalu…Aku baru sampai ke sini..Bukan main jakun lagi aku melihat asap itu…eheheh…Comel aku masa tu..baru berumur 19 tahun…sekarang usia aku dah merangkak masuk angka 24.. Hari yang dijanji-janjikan itu sudah hampir tiba..Aku buntu…Tidak tahu apa harus aku fikirkan..Apa harus aku lakukan…Aku melihat jam tangan..sudah hampir pukul 6.30 petang. Sekejap lagi masuk waktu maghrib..Aku segera bangun dan berjalan dengan agak pantas pulang ke rumah.. Tiba sahaja di rumah, aku terus masuk ke bilikku dan segera bersolat.. Setelah selesai berdoa, aku menuju ke meja study ku. “kak Ana!! Jom makan!! Izzah dah siap masak!!”, teriak adik serumahku, Nurul Izzah. Hari ini giliran Izzah memasak..Giliran aku hari Jumaat. Kami berlima tinggal di rumah sewa itu, aku, Izzah, Zizi, Semah dan Intan. Izzah dan Zizi dalam tahun 4 pengajian, manakala Semah dan Intan adalah pelajar tahun 2. Aku lah yang paling tua di rumah itu..Aku dalam tahun akhir..Kami semua bakal doctor ! Insya-Allah…. Aku segera turun ke bawah dan menuju ke dapur. Adik-adikku semuanya telahpun sibuk menyedok lauk..Masing-masing lapar agaknya…Letih seharian di hospital dan kuliah. “Kak Ana diam aje harini..kenapa? Tak sihat ke?? Aii..teringatkan sapa pulak tu kak..” soal Intan dengan nada menyindirku. Aku Cuma tersengih melihatnya.. “Ada laaa”, jawabku dengan nada penuh berahsia.. “Alah akak ni…suka sangat berahsia…kita kan serumah…kalau apa-apa masalah,bagitau la kami..”.. Sampuk Semah. Sekali lagi aku tersengeh. Seronok pulak aku tengok gelagat adik-adik ni..Muncung aje muka.. Aku sempat mengerling Izzah. Cuma dia saja yang tahu masalah yang melandaku sejak tahun lepas. Selesai saja makan, aku terus naik semula ke bilik untuk meneruskan proses mengulang kaji pelajaranku. Maklum lah..aku di tahun akhir, tak ada masa untuk tengok tv atau bersenang-lenang berborak-borak di bawah. Sayup-sayup aku terdengar suara Zizi, Semah dan Intan bergelak ketawa menonton siri ‘Friends’ di bawah. Tiba-tiba, pintu aku diketuk dan Izzah masuk sambil tersenyum. “Study ke kak..Petang tadi akak pegi mana? Dekat maghrib baru balik..Ada orang call akak tau tadi”, kata Izzah sambil menyengetkan mulutnya. Aku tahu siapa yang dimaksudkan. “Dia lagi ke Izzah? Izzah…akak pening lah fikir masalah ni..Izzah pun tau kan..akak sukakan Hisham tu sejak akak mula-mula datang sini lagi..tapi nak buat macam mana..Dah takdir akak begini agaknya”, balasku. Izzah merenungku. Di wajahnya ada rasa simpati terhadapku. “Emm..Okla kak..Izzah tak nak kacau akak study..Jangan fikir sangat pasal tu tau…Ingat, akak ada exam final tak lama lagi…” Izzah keluar meninggalkan aku yang kononnya study..




Ingatanku melayang ke peristiwa tahun lepas, sewaktu aku pulang ke Malaysia semasa cuti musim panas. “Ana..Abah nak cakap sesuatu dengan Ana ni..” kata abah suatu malam setelah hampir sebulan aku duduk di rumah. “Gini Ana..2 bulan lepas, ada orang masuk meminang Ana. Jadi..abah dah terima pinangan tu untuk Ana. Abah percaya dia tu lelaki yang baik untuk jadi suami ana.” Abah berhenti untuk melihat riak wajahku ketika itu. Mata aku bulat memandang abah tak berkelip. Aku kelu. Betulkah apa yang abah cakap kan ini? Abah terus menyambung “ Dia bukan orang lain ana..saudara kita jugak.. Ana ingat lagi tak Abang Deris dan Kak Ilya? Anak depa yang sulung lah yang depa pinang untuk Ana. Abah harap ana tak da halangan. Ana kan anak manja abah..” Abah tersenyum memandangku.




Tiba-tiba emak muncul di ruang tamu itu dan duduk di sebelah aku yang masih terkejut dengan berita yang baru sahaja abah sampaikan..Emak memegang tanganku erat. “Anak mak ni dah besar..Cantik dan manis pulak tu..Lagi manis kalau Ana sarungkan cincin ni ke jari Ana tu..” Aku memandang kotak baldu merah yang emak hulurkan. Apakah semuanya ini!!!!!jeritku di dalam hati..Sampai hati mak dan abah buat begini kepada aku. Kenapa mesti buat keputusan tentang masa depanku, tentang hidupku tanpa meminta persetujuan ku???kenapa?? Tangan dan bibirku terketar-ketar menahan sebak dan geram sekaligus. Tiba-tiba aku teringatkan Hisham, jejaka yang menjadi pujaan hatiku sejak aku mula-mula belajar di Ireland. Mataku mula berkaca-kaca dan setitik air mata jatuh di pipi ku. “Sampai hati mak dan abah..” kataku perlahan-lahan tanpa memandang wajah emak atau abah. Aku terus berlari masuk ke bilikku..Aku menangis semahu-mahunya…Dari dalam bilik aku terdengar suara emak dan abah. “Itulah abang..Yah dah cakap..Ana mesti tak suka abang terima lamaran tu..Patutnya abang tanya lah dia dulu..” “Yah..Abang dah dah fikir lama pasal lamaran tu..Abang tahu apa yang terbaik untuk Ana..Insya-Allah si Azmi tu boleh jaga Ana baik-baik..” Aku menekup telingaku dengan bantal..Tak sanggup lagi aku dengar kata-kata abah itu. Sungguh tak munasabah keputusan abah! Sampai hati abah.. Aku benci Abah!!!

Read More...

HiBuran LAGiii.....

Cat ListeNing to Hip-Hop



Cat LIsteniNg to Metal



Cat LIstening tO HauSe MusiC



Cat LIsteniNg to SteVie WonDer




Cat LIsteniNg to GangSta Rap

HibuRan LAgi... Sampai KuciNG pun BerhiBur... FikiR2kaN...

Read More...

Wednesday, 18 April 2007

KeMaNa-MaNa & Di MaNa-MaNa SaHaJe







Dlm kehidupan seharian kite kat bumi ukraine yg serba asing ni..

setiap ape yg kite buat org akan tgk...klu kite lalu pun org akan tgk muke kite ..coz kite ni foreigners...

forsure la kite lain dan nampak berbeza dr mereka...dan diorg akan teka kite either kita ni kitaieski(chinese) klu yg berkulit cerah,
indiskis(indian) atau africanski (african)klu yg kulit gelap ataupun klu yg dah biase tgk foreigners slalunyer leh teka ngn btul la malaiziski....(malaysian)

tp yg pasti klu diorg tgk kite pkai platok (tudung) diorg mmg tau yg kite ni musliman..
so dmana2 saje kite pergi actually kite bkn saje bawa name kite dan maruah kluarga..tp kite turut mmbawa imej Islam tu sendiri....

begitu juga la klu kite kat class atau kat lecture bkn stakt lecturer akn tgk kite tp among malaysians pun mcm tu gak...
klu kite buat silap org mmg akn kutuk kite...tp org akan lebih kutuk islam tu sendiri....
contohnyer....klu kite nyer class mix dgn non muslim klu kite ni emotional and asyik marah2 maka diorang akn kate bkn islam suruh bersabar ke??? pastu bile kite x prepare utk class tuh .. diaorg akan kate..apelah muslim ni pemalas...

so kat sini kite kena berbalik pada tujuan asal kite dtg sini ...kite dtg utk blajar..so as student menuntut ilmu tu amanah buat kite... so kena la g class n g lecture...tp.. klu kite x pg lecture pastu suruh plak kwn tolong tulis...
attendance tu..so kire kite x amanah pada diri sendiri...

mcm mane plak..tu mungkin kite xsedar tp non muslim yg tgk mencebik..je..pastu diorg siap leh ckp..mcm ni ke org islam..korg bukan x leh menipu ke????


lecture radiology lecture hall No 5 CSMU


amik satu lg contoh..mase tamil new year ari tuh..inspector dah ckp dah cuti hanya utk indians sahaja tp...esok pg yg ramai xdtg leture student melayu muslim....
student indian still ade yg dtg... mane pegi nyer student melayu ni...ramai yg melepak kt bilik..tido x bgn lagi dan ade yg sibuk sama2 meraikan tamil new year ni...so kite x pyh nak ckp pasal masalah ummah yg besar2 tgk benda kecil mcm ni pun kite x leh nk jage...

nampak simple dan remeh je isu tu...tapi klu kite just anggap islam tu hanya agama...hanya sekadar Agama yg kite anuti sejak kecik dan kite warisi turun temurun.. maka ia akan kekal begitu.. terpisah dari diri dan kehidupan..dan kite x akan rase kemanisandan keindahan nye...

malahan lebih teruk lagi..kite telah mnjadi sebahagian yg mencacat dan memburukkan imej Islam...di mata mata mereka yg x faham dan xkenal Islam

Akan tetapi ....
ISLAM SEBENARNYA bukan sekadar AGAMA tapi ia adalahSATU CARA HIDUP...yg
meliputi semua aspek kehidupan...

so sahabat2 sekalian kite muhasabah balik diri kite...pandanglah Islam dgm mata hati dan
amalkan ia secara keseluruhannya... maka kita akan rasai kemanisan dan keindahan nya....
Ayuhlah sahabat2 sekalian...
Bersama-samalah kite menjaga IMEJ Islam itu dan memartabatkan nya di mata dunia.......
Wallahuaallam...

Read More...

Tuesday, 17 April 2007

AKADEMI FANTASIA...




Demam AF kembali lagi.....
bukan setakat di Malaysia malahan student di Ukraine pun turut merasainye...
Bahang dan panas...saban hari dimana2 saja org akan sibuk bercerita pasal AF ...
lecture hall,time PT ,sampai kadang2 sblum tunggu naqibah start usrah pun masih sempat bercot cet cotcet pasal AF ...
pasal gelagat dan aksi bintang2 kesayangan mereka....pasal mutu persembahan para peserta dlm konsert..x terkecuali gosip2 panas dikalangan peserta AF....
malahan ade yg sampai mampu menitiskan air mata bile bintang kesayangan mereka terkeluar....pelik tapi benar...inilah yg terjadi...

memang x dinafikan kite smua mmg cenderung utk mendengar music...tapi jgnlah sampai music itu memenuhi keseluruhan hidup kite...
cube muhasabah diri klu kite sebagai medical student pun boleh memenuhi ruang hidup kite dgn AF ape lagi org lain yg lebih lapang dan senggang(x busy)...

klu kite yg kononnye yg lebih educated pun boleh terjebak dlm kancah hiburan melampau seperti ini apatah lagi mereka yg x educated...

lihat balik mcm mana kite mmpu menitiskan air mate hanya kerana bintang kesayangan kite tersingkir sedangkan..terlalu payah utk kita menitiskan air mata di depan Allah SWT meratapi dosa kite yg menggunung tinggi...

ade juga yg berlari2 balik dr class hanya kerana x sabar2 nk tgk diari atau konsert ..sedangkan dia lupe yg dirinyer tak solat lagi...

adakah AF lebih penting dari solat???? tepuk dada tanya iman....

coretan ni xberniat utk memerli atau membidas sesiapa ..just nak buka minda semua supaya kite lebih bijak menilai..erti kehidupan yg terlalu singkat utk kite bazirkan...
kite x tahu sama ade kite masih berpeluang melihat sinaran mentari ciptaan Allah SWT pada hari esok....
masih adakah esok utk kita...??? same2 kite renungkn...

klu di Malaysia ramai yg mengatakn sungguhpun AF hanya santapan hiburan semata2 tp ia byk membawa impak yg baik pada mayarakat....antaranya dapat mengeratkan silaturrahim....coz the whole family akan gathered same2 utk tgk AF...nah...bkn kah itu satu kesan yg positive..anak2 tidak keluar melepak atau merambu pada malam minggu.....

Subhanallah...bukan kah lebih meyedihkan klu itu yg berlaku...rapuh nye institusi kekeluargaan jika AF yg dijadikan sandaran....kesannya habis AF maka anak2 x kan lagi duduk berkumpul....bukankah lebih baik klu solat jemaah yg kite jdkan sandaran atau setidak-tidaknye...kenduri kendara...

Ayuh bukalah minda , jgn terlalu terpengaruh dgn hiburan yg melalaikan ...xsalah sukakan hiburan tapi jadikan hiburan hanya satu aktiviti sampingan...yg tidak menggugat hubungan


kite dgn yg lebih HAK....iaitu ALLAH SWT.....



Wallahuaalam....

Read More...