Friday, 18 May 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Subhanallah,cantik laut kat belakang istana alupka.
Part 10

Masa berlalu pantas… Petang esok aku akan pulang ke Malaysia. Malam selasa yang lepas, aku telah menelefon emak memberitahu berita gembira tentang peperiksaanku. Abah seperti biasa masih di masjid ketika itu. Memang aku sentiasa terselamat daripada menghadapi abah. Emak menangis kerana terlalu gembira. Suaranya seperti sudah tidak sabar-sabar lagi hendak berjumpa denganku. Aku akan turun di Alor Setar. Mungkin emak dan abah lah yang menjemput. Kak Ngah tinggal di Alor Setar. Tetapi dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Kak Ngah seorang peguam yang bergiat cergas dalam politik. Apa perjuangannya, aku sendiri tidak begitu mengambil tahu.
Aku memandang bilik itu. Dindingnya berwarna kuning, menceriakan bilikku. Aku sendiri tidak pasti sama ada aku akan tinggal di situ lagi atau tidak setelah pulang ke sini nanti. Semuanya bergantung kepada di mana aku ditempatkan untuk housemanship ku nanti. Sekiranya permohonanku untuk membuat houseman di bandar Cork itu diluluskan, bilik itu akan tetap menjadi bilikku lagi. Aku bergaduh agak hebat dengan abah sebelum pulang ke sini musim panas lalu. Abah mahu aku terus pulang ke Malaysia setelah tamat pengajianku. Pada mulanya, memang aku telah bersetuju begitu. Tapi setelah dipaksa oleh abah untuk menerima calon pilihannya, aku menjadi keras kepala. Aku mengambil keputusan untuk menyambung terus di sini. Aku sendiri tidak tahu masa depanku. Entah-entah aku akan tinggal di sini sampai sepuluh tahun. Agaknya sampai rambut aku ini sudah naik uban, baru aku hendak pulang. Entah lah..

Terfikir pula aku tentang emak. Kasihan emak. Dia mangsa pertelingkahan aku dengan abah. Aku mengemaskan baju-baju untuk dibawa pulang. Aku mengambil seplastik besar cerderahati yang telah aku beli di bandar tempoh hari untuk aku hadiahkan kepada keluarga dan saudara-mara. Abah? Untuk abah? Aku menghadapi masalah besar mencari hadiah untuk abah. Perlukah aku membeli hadiah istimewa untuknya sepertimana yang aku selalu lakukan selama empat tahun berturut-turut. Akhirnya, aku teringatkan jam abah yang terjatuh di dalam sungai ketika dia di kebun, seminggu sebelum berita pertunanganku dikhabarkan. Aku telah berjanji akan membelikan jam baru untuk abah. Jam yang aku beli tempoh hari memang mahal. Meskipun hati aku bengkak dengan tindakannya, tetapi dia tetap insan yang istimewa. Dia abahku. Mungkin hadiah ini dapat menyambung kembali kasih sayang abah padaku. Aku susun semua baju-bajuku dengan kemas di atas katil. Pening pula rasanya melihat baju-baju ini.
Aku keluar sebentar menuju ke Tasik Lough petang itu. Aku perhatikan tasik yang tenang itu dengan burung-burung nya. “..Mengelamun jauh nampak…Boleh aku duduk sama?” Tenunganku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Hisham! “Waalaikumussalam…oh..Hisham..emm..duduk lah..Kau pun ada kat sini ye?” “Aku datang cari kau..” Hisham berhenti dan merenungku dari sisi. “Izzah kata kau ada kat sini”sambung Hisham. Aku berasa tidak senang dilihat begitu. Aku menginjak dudukku ke tepi supaya lebih jauh dengan Hisham. Malu aku rasanya duduk berdua di situ.

“Kau merenung ingatkan sapa ni Ana…Rindukan aku ye..”kata Hisham berseloroh. Senyumannya melebar. Aku tergelak mendengarnya. “Ana..Boleh aku cakap sesuatu tak…”Tanya Hisham perlahan dengan nada agak serius. Terhenti ketawaku di situ. Aku seakan boleh mengagak apa yang bakal diperkatakannya. Tidak pernah aku mendengar suaranya se serius itu. Mataku masih memandang tasik. “Cakaplah..” “Ana, pandanglah aku. Kenapa kau macam tak suka aku kat sini?” “Tak adalah…Kenapa, cakap lah…” Kataku sambil memusingkan badanku ke arahnya sambil tersenyum nipis. “Ana…”Hisham terhenti di situ. Dia menundukkan kepalanya seolah-olah mencari perkataan untuk diperkatakannya. Perlahan-lahan kepalanya diangkat dan memandangku. “Ana…Aku sayangkan kau..Aku nak ambil kau jadi teman hidup aku..Sudi tak kau…” Mata Hisham seolah-olah berkaca sedikit.
Aku merenung Hisham dalam-dalam.. Hisham, Aku juga menyayangimu! Hisham, betapa aku gembira kalau kau ungkapkan ini dari dahulu lagi…Hisham…Aku tak mampu menyusun kata untuk ku jawab pada kau. Hisham merenung mataku seolah-olah mencari-cari sinar harapan. Air mata aku mengalir perlahan-lahan dan jatuh dengan laju apabila aku menutup mataku. Seksa rasanya untuk aku ucapkan walau satu perkataan pun. “Ana..kenapa menangis ana…Cakaplah something Ana.. Aku ada menyinggung perasaan kau ke…”Tanya Hisham lembut. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku tak mampu lagi duduk di situ. Aku tak mampu lagi melihat wajah Hisham. Aku bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan Hisham tanpa menoleh ke arahnya. “Ana..!!” Jerit Hisham dari jauh. Beberapa orang Irish memerhatikan aku yang sedang tersedu menahan tangis.

bsambung...

Read More...

Tuesday, 15 May 2007

ALLAH KNOWS





Allah knows what best for us


So why shoud we complain ...


We always want sunshine


But he knows there must be rain..



We always want laughter


And the merriment of cheer ....


But our heart will loose their tenderness


If we never shed a tear...



Allah test us often


With suffering n with sorrow..
He test us not to punish


But to help us meet tomorrow...



For growing trees are srengthened


If they can with stand the storm ..
And sharpness of the chisel


Gave the marble its grace and form ..



Allah test us often


For every pain He gives us ...
Provided we are patient


Is followed by rich again ...





So whenever we feel that


Everything is going wrong...
It just Allah way



TO MAKE OUR SPIRIT STRONG....

Read More...

Friday, 11 May 2007

SaKiT HaTi LaGi..

Aku tak tahu yang maner kah dikatakan hati.

Ikut bahase…HATI = LIVER = QALBUN.Tapi masalahnyer kat sini,bile kiter cakap pasal perasaan kite akan cakap pasal hati.Tapi aku still tak tahu organ mane yg dimaksudkan.hati itu LIVER kah…HEART kah???contoh ayat: believe in your heart...Percaya dalam hati kamu ke.. @ percaya dalam jantung kamu?? (cam tak sesuai la pulok).Nape org tak cakap..believe in your liver???(haha..korang kompius gak tak???)

Skang kite tgk pulok ape function 2 organ nih…
HATI = LIVER : main function for detoxication
JANTUNG = HEART : main function for distributing blood in organism body

Haa…..ape kene mengena detoxication ngn perasaan (klu yg kite panggil hati tu LIVER) and ape kene mengena distribute blood ngn perasaan (klu yg kiter panggil hati tuh HEART.) makin kompius?

Ke kiter nak salahkan bahase….org putih cakap lain,org kurang putih cakap lain.ke kiter nak salahkan pulok org yg bercakap..maksudnyer,depend on ape yg die sedang cakap.secara medical@sciene ke or secara perasaan(cewahh….)

Actually yg aku nak bawak kat sini bukan nak aja korang maksud liver ke..heart ke…sebab ilmu yg ade nih pun tak cukup nak terang kan kat org.Cume aku nak ajak korang paham 2 mender dalam satu mase.

ISU : hati yang sakit = sakit hati = penyakit hati.

Kategori : path anatomy(sesuai dibace oleh student 3rd year(summer exam) :P)

HATI YANG SAKIT:
Menurut sains hati leh dikire tak normal atau mengalami pathology klu terjadi 4 keadaan:

1)hepatosis

2)hepatitis



3)cancer





4)cirrhosis






SAKIT HATI:

Menurut psychology lak hati manusia nih leh sakit ikut level org tuh.Klu yg hati nyer lemah…banyak le keadaan yg buleh buat hati die sakit.Berikut keadaan yg leh mempengaruhi sakit hati:
1)kawan dok ngutuk belakang(ngumpat)
2)nyampah tgk rumate sendri berbaik-baik ngn org lain tp ngn korg wat bodo je
3)kawan korang menipu anda
4)berebut ngn member sesuatu n die yg dapat sambil gelakkan korang bagai nak rak sebab korang kalah
5)koranglah yg patut menang tp juri kater korang tak layak…(ade eke???)
6)cikgu suke bias…
7)member korang kaki pau..tp korang langsung tak tau nak pau die balik cam ne…
Dan beberapa keadaan lagik..

HATI YANG SAKIT:

Etiology:
1)jangkitan makhluk halus(virus,bacteria)
2)silap target atau kekaburan(autoimmune disease)
3)over dose(poisoning…drugs,toxic)
4)buruk sifat(gaye hidup…alcoholic,smoking,bad diet,malas senam…)
5)taqdir..(trauma,eksiden)


SAKIT HATI :

Etiology:
1)jangkitan makhluk halus(setan…ayok!!)
2)silap target atau kekaburan(tader ilmu agama,tu yg kabur je.tatau cam ne nak jg hati)
3)over dose(asek ikut hati die je)
4)buruk sifat(mmg asek buat maksiat)
5)taqdir..(yg nih taleh pakai.bukan alasan beb cakap Allah yg buat ati korang huduh…)

HATI YANG SAKIT:

Symptoms:
1)sakit kat bahagian right hypochondrium
2)ade intoxication symptom(muntah,penin2,loya)
3)lemah badan
4)berubah warne(jaundis-kuning)


SAKIT HATI:

Symptoms:

1)sakit giler kat hati(aku pun tatau nak terang cam ne)
2)ade intoxication symptom(raser nyampah,nak sepak,nak baling buku kat org tuh)
3)lemah badan(tak bermaya sebab terlalu ikut hati yg sakit tuh..pompuan le selalunyer ni)
4)berubah warne(merah…atau kehijauan(hulk)… :P)


HATI YANG SAKIT:

Pathogenesis:
Etiology--> destruction of hepatocytes-->hepatosis/hepatiti-->cirrhosi-->intoxocation-->hepatic coma


SAKIT HATI

Etiology-->bengang-->tak sabar n tak muhasabah diri-->kumpul banyak2 raser tak pueh hati tu-->setat kutuk org yg buat die sakit hati-->tak tazkiyatun nafs-->cirrhosis-->jauh dr Allah,org tengok pun nyampah



HATI YANG SAKIT

Prevention:
1)jage pemakanan(kebersihan)
2)jage life style(tader sex rambang,tader smoking,tader alcohol)
3)ikut cakap doctor(amik drug ikut arahan..bertindak mengiku arahan!!!)
4)bersyukur pada pencipta(ni aku yg bagi.exam kang jdn jawab cam nih.kang nicheparenko tak terima,aku tatau)


SAKIT HATI

Prevention:
1)jage makan(amik yg halal je.yg shubahat tinggalkan.jgn ikut sgt selera tuh)
2)jage life style(jgn campur yg haq ngn yg batil.)
3)ikut cakap ustaz(pergi le kelas agama.apa gune ilmu medic klu agama kiter same cam kite mase tadika dulu.tader improvement)
4)bersyukur pada pencipta(korang akan tau yg korang mmg tak patut sakit hati kat sesape sebab hati yg satu nih hanyer patut diisi ngn kasih saying agar korang…kiter sentiase tenang)

HATI YANG SAKIT

Treatment:
1)chemoterapiutics
2)transplantation


SAKIT HATI:

Treatment:
1)tazkiyatun nafs therapiutics(pernah dgr?kene banyakkan ngaji solat sunat…zikir…gi majlis ilmu…mintak ampun kat allah yg hati korg uh penuh ngn kemarahan n kebencian)
2)transplantation…(mintak allah gantikan HATI yg baru sebab hati tu bukan milik KORANG lagikàrujuk kisah seorg laki yg mintak nasihat dr ulamak untuk bersihkan hati die)


Korang tau tak ape penting yer hati.aku tanak cakap hati untuk seorg manusia.semua org tau pentingnyer hati ni.klu tader hati maka matilah manusia.tp sbg seorg mukmin..hati bukan sj utk memberi kehidupan pada kiter tp jugak kehidupan akhirat yg kekal abadi.

Korang pernah dengar kan hati itu cermin.Baik hati korang…baiklah appearance korang.Buruk…huduh hati korang…huduh ke peragai korang(aku pun termasuk la nih)

Ape yang aku nak cakap…JAGElah hati.korang leh tau takat mane sihatnyer hati korg.korang leh tgk cermin tgk takat maner diri korg.korg leh tanyer kawan korang(yg dipercayai,bukan yg kaki ampu eh…) setakat maner korang nyer perangai kat diorg.dan korang sendri leh raser yg hati korang nih adalah hati yang sakit @ sakit hati @ penyakit hati.Korang tak perlu jadi cam mamat kat sebelah nih...terpakse dengar muzik kununnyer...sebab hati die tg tak tenang!!!

Hati yg sihat akan buat badan korang lebih sihat.Dan hati yg tak sakit akan buat korang sihat dan tenang.

Hati yang sihat akan buat korang leh buat ape je korang nak.Dan hati yang tak sakit akan buat korang leh buat ape je korang nak tanpa raser banci n marah.

Dan bile korang mmg ade hati yg sihat(bukan hati yg sakit@sakit hati@penyakit hati)maka korang akan jd org yg lebih hebat dari ape yg korang cita2kan selama ini.Percayalah..walapun mase darjah 2 dulu bile ckgu tayer cite2 korang ape,then korang kater nak jd DOKTOR…skang korang akan tau yg cite2 korang bukan takat nak jd doctor tp HAMBA ALLAH yg berjawatan doctor.

Ah…aku malas nak tulih panjang2(ni pun penyakit hati..oh tidak..) sebab aku tanak korang sakit hati bc entry kali nih or terus jd sakit kepala.hehe..yg pasti..amik le sesuatu yg elok dr ape yg aku tulis nih.yg tak elok…Korang anggap je aku salah taip.Arasso??hah...jangan lupe...korang tatap lah picture cirrhosis of liver then...korang image rupe paras liver korang skang cam ne.klu dah teruk benau keadaan nyer...korang sendri leh imagine..ntah2 buruk liver korang same buruk ngn cirrhosis of liver tuh..(ntah2 ati aku nih pun same..huhu)wallahua'lam

"YA ALLAH,AMPUNI SELURUH DOSAKU,BAIK DOSA KECIL MAHUPUN DOSA BESAR,DOSA PERTAMA MAHUPUN DOSA TERAKHIR,ATAU DOSA DI SAAT BERSAMA ORG LAIN ATAU KETIKA BERSENDIRIAN…”doa rasulullah(riwayat Muslim)

Read More...

Thursday, 10 May 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 9

24 Mei 2004! Keputusan peperiksaan ku telah keluar. Belum sempat aku pergi ke hospital untuk melihat keputusanku, Hisham sudah menelefonku dengan suara yang tersangat ceria. “Ana!!! Tahniah!!! Kau dah lulus!!! Dr Nurul Hanaa Aisyah!!!” jerit Hisham di gagang telefon. Aku hampir mengalirkan air mata mendengarnya. Terlalu seronok! “Alhamdulillah!! Encik di sana macam mana? Sudah boleh aku panggil Dr Hisham??” “Iya, ini Dr Hisham bercakap..Ahahah” Gembira sungguh suara Hisham dengan hilai tawanya itu. Beria-ria dia mahu aku masakkan sesuatu untuknya. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur. Akhirnya, aku bergelar doktor…Doktor Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar. ..Anuar…Abah…Abah, Ana dah jadi apa yang abah idam-idamkan selama ini. Semua kehendak abah Ana turuti…Semuanya!! Termasuk masa depan Ana sendiri!

Hari itu aku memasak nasi minyak dengan lauk ayam masak merah yang istimewa untuk Hisham dan orang-orang rumahnya seramai 3 orang itu. Aku buatkan kek pisang dan kek cokelat untuknya. Aku kasihankan Hisham kerana sudah beribu-ribu kali dia menyuarakan keinginannya untuk merasa masakanku. Adakah aku sekadar kasihankan Hisham? Atau aku mahu memancing kasih sayangnya? Aku sendiri tidak pasti. Aku bungkuskan dalam bekas kemas-kemas dan aku hantar ke rumahnya. Hisham separuh menjerit melihat kedatanganku dengan makanan yang menyelerakan itu. “Ana! Aku sayang kat kau!!! Bestnye! Tak sabar aku nak makan!!” “Ish kau ni..Tak malu! Aku kesian je kat kau..Sebab tu aku masak”, kataku dan berlalu pergi. Hisham ni buang tabiat agaknya. Hatiku berdebar-debar mendengar kata-kata Hisham tadi.

Aku berjalan pulang dengan senyuman panjang. Hisham..Dia seorang yang baik, peramah, periang, mengambil berat tentang aku…dan menyenangkan hati aku dengan lawak jenakanya itu. Dia anak orang berada, kacukan darah Cina dan Melayu. Ibunya berketurunan Cina yang dipelihara oleh orang Melayu sejak kecil. Kulit Hisham cerah dan wajahnya ada iras-iras ibunya, tetapi matanya tidak sepet. Cermin matanya menyerlahkan kewibawaannya dan menampakkan ketegasannya. Badannya sederhana besar dan tingginya cuma lebih kurang 5 ke 6 sentimeter sahaja lebih daripadaku. Tapi aku sentiasa mengejeknya kurus dan tak bermaya. Kasihan dia..Aku tersenyum sendiri.

Setibanya di rumah, Izzah, Zizi, Intan dan Semah sedang rancak bersembang di ruang tamu dengan mulut masing-masing penuh dengan nasi minyak yang aku masak tadi. “Kak!! Sedapnya kak!! Dah lama tak makan best best macam ni” kata Zizi. Yang lain-lain menyambung panjang lebar tentang nasi minyak dan kek itu. “Ai kak…akak ke mana tadi…Semah nampak akak macam on the way pegi rumah Hisham tadi…Ha…ada apa-apa ke kak..” Semah bertanya dengan nada penuh makna. Aku sekadar tersenyum. “Ntah-ntah, summer ni kita kena pegi Kedah makan nasik minyak sekali lagi…”, Sambung Intan sambil tertawa. Aku turut sama ketawa dan mula mencedok nasi untuk makan bersama mereka. Semuanya sudah tamat menghadapi peperiksaan. Riuh-rendah rumah kami malam itu dengan gelak ketawa kami menonton VCD Senario The Movie yang dipinjam Izzah dari Hanif petang tadi.


bsambung...

Read More...

Wednesday, 9 May 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 8
Malam tadi aku menghabiskan masa bersembang-sembang dengan Izzah, Zizi, Intan dan Semah sehingga lebih kurang jam 12 malam. Kemudian segera aku kembali ke bilikku, bersolat dan turun ke bawah menonton segala CD dan DVD yang ada. Aku melepaskan geram setelah lama berkurung di bilik.

Pukul 4 pagi aku menunaikan solat subuh. Waktu musim-musim panas begini, waktu subuh masuk awal. Setelah itu, aku terus merebahkan diri di atas katil dan tidur dengan penuh lena. ‘Tiiiit’ bunyi mesej di telefonku mengejutkan aku dari tidur. Dengan mata yang masih rapat terpejam, aku meraba-raba mencapai telefonku sambil menggosok-gosok mata. Sudah pukul 1 tengah hari! Terkejut sungguh aku! Aku telah tertidur selama hampir 8 jam! Aku bingkas bangun. Tetapi duduk semula dan kemudian baring. Aku tersenyum sendiri. Bukankah peperiksaan sudah tamat? Aku terlupa..

Bolehlah aku bermalas-malasan hari ini. Segera aku membuka mesej yang baru aku terima tadi. ‘Tahniah cik Nurul Hanaa Aisyah! Anda telah pun tamat menduduki peperiksaan anda! Bilalah agaknya saya boleh merasa masakan anda? Inilah masanya untuk anda masakkan untuk saya!’ –Hisham. Aku tersenyum lagi membaca mesej lucu Hisham itu. Malas aku hendak membalasnya. Peperiksaan sudah tamat. Mati kutu aku dibuatnya. Baru semalam ia berakhir, aku sudah tak keruan pagi ini memikirkan masa kosong yang begitu banyak. Tiba-tiba teringat pula pada emak dan abah di rumah. Ingin sahaja aku mencapai telefon dan menelefon emak. Tapi ketika ini pukul 9 malam di Malaysia. Pasti abah ada di rumah. Terpaksa lah aku tangguhkan dahulu. Aku mencapai tiket kapal terbangku di dalam laci yang aku beli 2 bulan lepas. Aku membelek-beleknya dengan teliti. Tarikh berangkat ialah 29 Mei 2004 dan tiba pada 30 Mei, hari Ahad. Pulang semula ke sini pada 1 Julai 2004. Sekejap sahaja cutiku kali ini. Memang aku tidak berniat untuk lama di Malaysia. Tarikh graduasiku dijangkakan pada 8 Julai 2004. Emak dan abah memang sudah bercadang untuk ikut bersama ke Ireland pada 8 Julai itu untuk menyaksikan anak bongsu mereka ini menerima ijazah dan sekaligus bergelar doktor. Insya-Allah…

Aku terasa seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiranku yang telah lama aku tinggalkan tanpa penyelesaian. Baru aku teringatkan tentang abah dan calon pilihannya itu. Hati masih sakit, tetapi rinduku masih tebal pada abah. Aku bangun mencapai kotak suratku di tepi meja tulisku. Namanya sahaja kotak surat. Ia Cuma kotak kasut yang aku balut dengan pembalut berbunga-bunga warna merah hati. Aku letakkan poskad-poskad kiriman kawan-kawan lamaku yang sama-sama belajar di perantauan, surat dan kad-kad raya yang boleh dihitung dengan tangan sahaja jumlah nya serta gambar-gambar abah. Selama ini gambar-gambar itu aku letakkan dalam bingkai-bingkai yang cantik sebagai sumber inspirasiku untuk belajar. Tapi sejak tahun lepas, gambar-gambar itu telah aku keluarkan dan menyorokkannya di dalam kotak itu. Samalah seperti aku mengeluarkan abah dari hatiku dan menyorokkannya entah di mana di ruang fikiranku. Tapi hari ini, terasa rindu pula hendak melihat gambar abah. Aku menarik nafas panjang dan membuka kotak itu. Lain yang aku cari, lain pula yang aku terjumpa. Kad kiriman Azmi, tunangku itu, aku baca sekali lagi…dan berulang-ulang kali lagi.. Azmi..Entah bagaimana lah dia. Entah bagaimana aku hendak menghadapi dirinya. Aku melempar kad itu ke tepi pintu bilikku. Tiba-tiba saja kemarahanku memuncak. Semua ini salah abah! Aku duduk di lantai menyandarkan badanku di katil sambil memeluk lututku. Azmi? Marahkah aku pada dia? Aku terasa seperti hendak mengoyak sahaja sampul kuning kad kiriman Azmi itu. Aku menekup wajahku sambil menangis. Ah! Tak guna aku fikirkan semua ini lagi. Aku tidak sabar menunggu 29 Mei, 2 minggu dari sekarang. Aku akan pulang ke Malaysia. Akan aku selesaikan masalah ini segera. Tak mampu rasanya hatiku menahan derita begini. Mampukah aku menyerahkan diri ini kepada orang yang tidak aku kenali? Dengan cara dipaksa oleh abah pula? Adil kah itu namanya? Aku bingkas bangun, mandi, bersolat, bersarapan dan keluar dari rumah.

Aku berjalan-jalan mengambil angin di luar. Entah ke mana hala tuju aku entah lah. Yang penting, hati yang gundah ini perlu aku hiburkan. Tanpa disedari, kakiku melangkah ke Tasik Lough. Aku memerhatikan pohon-pohon yang kelihatan agak rending di tepi-tepi jalan. Anak-anak Irish berjalan dengan riang beriringan tangan dengan ibu atau bapa mereka. Baru pulang dari sekolah agaknya. Comel sungguh! Aku tersenyum sendiri. Aku duduk di bangku di tepi tasik itu memerhatikan air tasik yang tenang mengalir.
Matahari tidak begitu terik. Namanya sahaja musim panas, tapi anginnya masih sejuk. Mujur aku ada membawa baju sejukku. Begitulah hari-hari ku berlalu selepas habis peperiksaan. Setiap hari, aku bangun dan terus keluar menuju ke tasik itu. Kadang-kadang aku bawa roti untuk aku taburkan kepada burung-burung swan yang ada di situ. Beberapa orang Pakcik dan makcik Irish yang selalu berjalan setiap petang di situ pun sudah mula mengenaliku dan mula bersembang denganku. Aku gembira dengan kehadiran mereka bercakap-cakap dengan ku. Cuma yang menakutkan aku ialah anjing-anjing mereka yang comel itu, hendak bermanja pula dengan aku!

bsambung...

Read More...

Saturday, 5 May 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 7



Masa berlalu begitu pantas. Aku telah berjaya dengan perlahan-lahan membuang gelodak emosiku dan menumpukan perhatianku terhadap peperiksaan. Kini cuma tinggal dua hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhirku. Aku menelefon juga emak untuk meminta restunya. Emak bersungguh-sungguh berpesan supaya aku menjawab dengan teliti. Kalau abah, mesti dia akan menyuruhku supaya banyak-banyak berdoa dan tawakkal. Selawat banyak-banyak. Itu nasihatnya yang biasa sebelum aku menghadapi peperiksaan. Teringin juga rasanya hendak mendengar kata-kata daripada abah sebelum menghadapi peperiksaan ini. Tapi hatiku ini seperti dipagari sesuatu.



Adakah ini dikatakan dendam? Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri sengaja mengelak dari bercakap dengan abah hari itu.Tak apa lah..Mak juga ada menyampaikan pesan dari abah menyuruhku menjawab dengan teliti. Lain pula pesan abah kali ini. Apalah agaknya yang abah fikirkan ketika ini. Apalah yang abah fikirkan tentang aku..tentang aku, anak perempuan bongsunya ini. Memang aku masih marahkan abah. Masih dalam rasa kecil hatiku pada abah.



Sudah 3 bulan aku tak bercakap dengannya..Aku juga yang selalu mengelak.. Mungkin abah juga ada menaruh rasa kecil hati padaku. Ah biarlah.. Aku menghadapi peperiksaan dengan penuh kesungguhan. Segala kesungguhan yang aku ada. Berbekalkan ilmu yang aku pelajari selama ini serta doa yang kupanjatkan kepada Ilahi, aku menghadapi segalanya dengan penuh tawakkal. Selama 3 minggu aku berada di medan peperangan dengan kertas-kertas ujian, ujian praktikal dan lisan, akhirnya…Alhamdulillah…Aku selamat menghabiskan kesemuanya..3 minggu berlalu sepantas kilat. Aku sudah merdeka..Cuma yang ada ialah debaran menanti keputusan yang bakal keluar seminggu lagi. Izzah, Zizi, Semah dan Intan masih lagi belum tamat menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka. Selesai sahaja ujian lisan terakhir tadi, aku bersama rakan-rakan sekelasku terus menuju ke restoren pizza terdekat bagi meraikan episod peperiksaan kami. Aku bersama Lin, Yan, Jes, Zubir dan Hisham makan dengan penuh berselera setelah 3 minggu makan tak kenyang, tidur tak lena.



Kawan-kawan Irishku yang lain semuanya beramai-ramai menuju ke pub yang berdekatan dengan kolej kami, menyambutnya dengan minuman najis yang haram itu. Tidak sesuai lah jika aku hendak bersama-sama mereka sekalipun aku agak rapat dengan mereka. Aku pulang ke rumah ditemani oleh Lin. Rumah Lin lebih kurang beberapa minit berjalan kaki dari rumahku. Setibanya di rumah, aku segera menghempaskan tubuhku yang masih keletihan itu di katil. Aku berbaring dengan tenang. Aku tersenyum sendiri..Alhamdulillah…Habis juga akhirnya…



Tiba-tiba aku teringatkan Izzah. Sudah lama aku tidak bersembang panjang dengannya. Kepala aku asyik memikirkan tentang peperiksaan sahaja selama 3 minggu yang baru berlalu itu. Aku bangun dan menuju ke bilik Izzah. Aku mengetuk pintu sekali dan terus masuk. Izzah baru selesai sembahyang. Dia segera berpaling ke arahku dengan telekung yang masih terlekat di mukanya sambil tersengih. “Dah habis exam??” “Sudah!!!!Alhamdulillah!!”, jeritku sambil terus meluru memeluk Izzah. Aku mula membuka cerita tentang peperiksaanku. Izzah masih ada satu lagi kertas yang perlu diduduki. Itupun masih ada 4 hari lagi sebelum peperiksaan itu. Jadi, bolehlah kami bersembang lama malam itu. Tak lama selepas itu, Zizi, Intan dan Semah pun turut sama berkumpul di bilik Izzah mendengar celotehku tentang peperiksaan akhir yang baru sahaja berlalu. Aku sungguh gembira hari itu…!



bsambung

Read More...