Tuesday, 2 January 2007

Kerana DIA




Perjalanan yang baru bermula itu kuraserkan lama.Aku pun tatau ngape.Petang tu macam petang yg terlalu muram..tader semangat untuk aku.Umi…Mizi raser nak jumpe umi..Aku cube membetulkan perasaan yg bersisa di hati ni supaya tader perasaan yg kurang enak bermain di hati.Aku nak focus supaya aku dapat menyampaikan dengan baik bahan usrah.

Aku teringat ahli usrah Haikal..Aidil,Razman,Zakwan….alahai budak-budak nih.Aku suke dengan semangat diorg.Aku ingat lagi cam ne aku kenal diorg.Mase tuh kami buat aktiviti Jelajah Kelab.he….dari perkenalan di kelab malam…terus menyebabkan mereka menjadi orang kuat jemaah usrah kami di sini.Masa itu,aku pun was-was ngn method dakwah yg bermula dr kelab.Dr.Faridz….murabbiku yg membawa kami.

Aku teringat Hassan Al-Banna…dakwahnya di kedai-kedai kopi.Mampukah aku berdakwah sepertinya.Tp..itulah pengalaman ku…aku tahu sekarang…andai hati telah menjadi pilihan Ilahi…tak kira siapa..tak kira di mana..pasti hidayah menjadi kurnia.

Aku tak tahu kenapa aku masih tak dapat menyedapkan hati.Aku cuba memuhasabah diri.andai aku ader membuat silap pagi itu…Aku bencikan perasaan sebegini..perasaan yg tader ketenangan.Takkan kerana Haikal aku jadi cam nih.Aku tak marah Haikal…insyaallah lepas nih aku nak jumpa dia.Aku tahu siapa aku untuk simpan perasaan marah.Aku teringat pesan umi…bahawa manusia tidak layak memarahi og lain kerana manusia memerlukan sesame sendri.Umi kate…cukuplah marah yg bersebabkan kepentingan agama kemudian selesaikan permasalahan itu.

Aku lagik raser tak sedap hati bile terlihat pak cik driver bas nih.Isk…die cam….cam….lahai..mabuk la lupok.Ikut hati nak je aku suh die stop.Aku mengira-ngira penumpang yang ader…aderla dalam 5 org.Hish….dah..aku malas nak piker.aku harap Allah tenangkan aku.Semoga aku cepat sampai ke destinasi..

Tiba-tiba……………………………………
……………………………………………………………………………………………....

Aku tatau aper berlaku pastu.Yang aku tahu skang…aku dah tak boleh bangun.Ya Allah…aku tak boleh bangun.Aku sendri kurang pasti dah berapa lame aku tersadai di sini.Hanya berbekal nikmat pendengaran aku tahu aku di hospital.Bunyi ECG…percakapan medical workers yg berada di sekitarku..membuatkan aku tahu aku di mana.

Apa yang kupikirkan hanyalah janji ku untuk sampai ke usrah.Klu mampu diri ini bngun..nak je aku terus berlari supaya aku sampai.Tp aku tak mampu…..Ya Allah…adakah kehidupanku berakhir di sini.Dikatil hospital yang aku sendri tak tahu di mana.

Aku teringat kater-kater Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi,pemimpin tertinggi HAMAS....”
Do we afraid to die??The death…it’s same either we was killed or because of cancer..We are waiting for our last day of life.Nothing change.If there are choice to die because of Apache or by cardiac arrest…I prefer Apache….”

Ya Allah…adakah telah tiba saat itu untuk aku.Aku tak tahu..yang aku mampu…mengimbas semua kenangn..mengingat segala peristiwa hidup yang mengajar ku erti perjuangan.Mengingati segala pesan umi..walaupun aku tak pasti adakah aku akan bertemu dengannya lagi…

Umi…klu ini saat akhir Mizi…adakah Mizi dah berjaya menunaikan tanggungjwab Mizi..sebagai anak umi…sebagai hamba Ilahi…
Umi…adakah Allah akan ampunkan Mizi atas segala dosa Mizi... dosa hati yang pernah kotor kerna lalai mengingatinya..Lidah yang pernah menucapkan kata sia-sia…
Umi…tiba-tiba Mizi takut…Mizi teringat akan sabda rasulullah yang mati itu sakitnya umpama bilahan 300 pedang…ya Allah…
Umi…saat nih Mizi sangat rindukan umi.Rindu sangat..tp Umi slalu pesan..klu Umi tader…Allah yang sebenarnya peneman Mizi…Kasih Allah lebih dari seorang ibu…Tp Mizi tak boleh tipu diri Mizi yang Mizi takut umi…..

Aku tak tahu…Hati ni seperti dilanda taufan kesedihan.Kucar…kacir…

Aku cuba bertenang…Aku tahu aku dalam keadaan koma....or…loss conciousness.Aku tahu dalam keadaan ni..hanya vital reflex je yang wujud pada patient.Some patient mmg akan ader feeling…or hearing reflex…aku tahu aku kategori yang tuh.Dan aku gak tahu yang pesakit buleh pulih dari koma…atau koma dalam keadaan yang terlalu lame..tau pergi terus.Ya Allah…mmg aku milikMu.Ambillah aku jika Kau mahu…Dengan ilmu kedoktoran yang sedikit nih…buat aku faham tahap keadaan ku kini.

“Assalamualaikum Mizi…”

“Waalaikum salam…”Aku cuba menjawab salam walaupun aku tau die takkan dengar.Aku cuba mengingat akan suara tesebut…siapa…hmm…Haikal…

“Ni ana…Haikal..”

“Kan betul….hehe..”

“Mizi…ana nak minta maaf.Ana nak minta maaf sangat.ana tahu disebabkan ana anta jdi cam nih….”
“Mizi…ana tak bermaksud untuk sakitkan hati anta…ana jugak tak bermaksud nak membantah apa yang anta katakana sebab anta amir ana..tp…ana may b terlalu iktkan perasaan…”
“Mizi…ana dah putus dengan Zara…Ana dah tader paper dengan die.Ana dah taubat.Ana tahu…sejak bercinta dengan Zara menyebabkan ana jauh dari anta.Sebab bercinta dengan Zara..ana dah malas buat keje kita.Ana lambat sangat sedar Mizi..bila ana sedar…anta pula terbaring kat sini.Sume sebab ana…”

Aku dapat rasekan panasnya air mata haikal yang mengalir jatuh ke tanganku.Ya Allah…aku bersyukut kerna kau telah mengmbalikan Haikal di jalan MU.ingin sj aku memeluknya.Memberikan pelukan seorang sahabat.Aku sentiasa menanti agar dia kembali.

‘Mizi…ana mintak maaf sebab tengking anta.Ana nak minta maaf sebab buruk-burukkan anta..Mintak maaf sangat…”
“Mizi…ana hanya minta Allah ampun kan ana..Ana hanya mintak ana akn terus bersama dengan anta sebab ana tahu ana terlalu bnyak terhutang budi dengan anta.”
“Mizi…doakan ana agar ana kuat…ana tak mahu tergoda lagik dengan dunia..ana tk mahu lagik mengabaikan persahabatan hanya keana pehubungan yg tiada landasan…”

Aku dengar Haikal tersedu-sedan.Ya allah..bagaimana nak kukatakan padanya supaya berhentilah menangis.Jadilah lelaki yang meletakkan dirinya hanya di jalan Mu.

“Mizi..ana tak dapat buat apa-apa untuk anta.tp ana dah minta Abi dan umi ana untuk bawa umi anta ke sini.Anta harap apa yang ana lakukan tak salah…Moga kehadiran umi anta akan bg satu semangat pada anta…barakallahu fik..”

Aku tahu selepas tu Mizi berlalu….Aku tak dapat menahan sebak.Sakit…terlalu sakit hati menahan kesedihan yg tak terluah.

“Haikal…andai aku tiada lagi..moga kau teruskan usaha kita di bumi salju ini…andai ini saat akhir hidupku…bg kau pula…mulakan langkah baru.Andai kau sedar cinta yang kau cari bukan yg hakiki…carilah Allah kerana Dia cinta abadi….”

Ya Allah….adkah aku hanya terbaring di katil ini.Menanti orang datang melawat…bercakap denganku tanpa aku mampu memberi sebarang reaksi..Ya allah bukan aku tak redha….tetapi aku sangsi.Sangsi dengan nasib ku di sana kerna aku tiada bekal yg cukup….sangsi dengan pengakhiran hidup.Ya allah….lama lagikah aku harus menanti untuk kau menjemput ku dari dunia ini….

“Mizi….”
Aku tejaga…dunia masih gelap.Aku tak tahu pukul berapa dan hari keberapa aku tebaring.Tp sentuhan dan panggilan nama itu cukup kurindui…."Umi…”

“Sayang Mizi…..”umi mengucup dahiku.Dapat aku raserkan kerinduan yg berbuku di hati umi.

“Muaz dan Mardhiah kirim salam….diorang doakan bang long cepat sihat…”Aku teringat akan adik-adik ku.Ya allah peliharalah mereka supaya mereka dapat jadi anak yang baik.Dapat teruskan niat n cita-cita umi dan abi.sebab.aku dah nak pergi…

“Mizi…umi pun doakan agar Mizi cepat sedar.Supaya Mizi dapat teruskan perjuangan..”
“Tp mi…Mizi dah tak lame…”.Aku dapat raser…mungkin saat itu saat akhir hidup ku…”
Aku tak dapat menahan air mata.Aku dapat raserkan..umi mengusap air mata yang jatuh dari penjuru mata ku.Umi…Mizi rindukan umi….Ya Allah…andai ini kali terakhir aku bersama umi..kau benarkanlah aku melihat wajanya…Andai ini saat akhir hidupku…kau benarkan aku melihat matanya…

“Mizi….umi halalkan apa yang umi bagi pada Mizi…sebab Mizi memang anak yang soleh.Umi juga nak ucapkan terima kasih sebab Mizi tak pernah susahkan umi…tak pernah merisaukan umi.andai umi dikurniaakn ribuan anak seperti Mizi…umi tetap berbesar hati sebab Mizi memang kebanggaan umi…”

Ya Allah…aku nak peluk umi…Aku terlalu merinduinya…..

“Tapi kita semua pinjaman…Mizi…moga Mizi redha dengan ketentuannya.Mizi jgn bersedih lagik…Memang sakit bila kiter memikirkan siapa yang akan menyambung perjuangan.Memang pedih bila memikirkan kiter pemula atau penamat.Tapi kiter akan raser tenang bila kita tahu yang kiter hanyalah penyambung rantai perjuangan…segalanya takkan berakhir….”

Kata-kata umi cukup untuk membuat ku tenang.Umi..tanpa kuperlu meluahkan kerisauan..kau terus memberi jawapan…

Ya Allah…satu saja pintaku…moga kau benarkan aku melihat umi..untuk kali terakhir…

“Doctor…patient moves….”aku dengar keadaan agak hingar.Aku tahu situasi ini…Bila patient yg koma sekian lama start menunjukkan reaksi…mulalah doctor..jururawat sibuk…
Allah kabulkan permintaanku.Aku nampak umi dengan wajah yang tenang.Aku juga sempat melihat sekeliling….Haikal dengan kedua orang tuanya…

“Mizi..sahabat yang lain di luar….”ujar Haikal..
Tapi aku tak dapat berkata-kata.Ingin sekali aku katerkan pada mereka jgn terlalu gembira kerana pertemuan ini pertemuan yg terakhir.Nak je aku katerkan pada medical wokers yang ader supaya tak perlu sibuk-sibuk cz aku mmg sekejap je untuk hidup.Dan akhinya..ingin kukaterkan pada umi…."Halalkan makan minum Mizi sebab Mizi dah nak pergi…..”

“Doctor…patient’s BP drop!’

Aku semakin sukar bernafas.Air mata umi meluncur laju….Dia membisikkan kalimah syahadah di telingaku…

“Umi…Mizi pergi dulu.Ampunkan Mizi andai Mizi bukan anak yang baik.Umi..ingin sj Mizi kejutkan semua pemuda agar mereka bangkit kerana kita hidup tak lama.Umi…ingin sj Mizi katerkan pada seluruh umat islam di dunia agar kita tidak lagi leka.Umi….perjuangan Mizi hanya sampai sini…moga apa yang Mizi lakukan mendapat redhaNya..semoga segalanya Kerana DIA”


Ahmad Tarmizi Abd Ghafur
0600a.m
United Kingdom

Read More...

Monday, 25 December 2006

Kerana DIA




Aku menarik nafas panjang.Aku tak tahu mengapa amarah ku tiba-tiba memuncak.Cepat-cepat aku mengambil wudu’ supaya marah ini hilang segera.Kemudian aku duduk di meja…Memandang daun pintu yang terbuka kerana baru berlalunyer seseorang.Ya sahabat ku…Haikal.

Aku tak tahu kenape hati ini digit pilu.Aku tak tahu adakah aku patut marah…atau bersedih kerananya.Haikal….Ya Allah….aku tak mahu kau pergi dari kami.

“Ana tak setuju dengan anta…”tegas Haikal tiba-tiba.Dia masuk ke bilik ku tanpa salam…kemudian menghamburkan kata-kata dengan kasar.Aku tak paham…

“Apa yang anta tak puas hati???Ana buat salah ke?”

“Dahl ah Mizi…Ana dah lali dengan lakonan anta selama nih.Hanya ana je yg tau hati budi anta.”
Aku menelan air liur.Tak paham lagi…

“Jap…jap….astaghfirullah….aper masalah ni…cuba bgtau pelan-pelan…”

“Ana tak setuju program usrah kiter yang akan datang iaitu ke Afghanistan…Ana tak setuju!!!!!!”

“Kenapa anta tak setuju???dan kenapa anta tak cakap dalam syura tadi?”

“Apa yang nak ana bantah.Jawapan syura kan bergantung pada bersetujuan majority….klu anta yang cakap..masakan ader orang lain yg akan membantah….Saper lah ana….Tp ana tak setuju ngn program nih!!!!”

Aku mengeleng kepala..terduduk seketika.Aku tau perasaan Haikal.Tp masih tak paham aper yg dia tak setujukan.

“Haikal….program ni hanya untuk sesiapa yang nak saje.Lagipun kiter wat kejesama ngn badan NGO dari Malaysia…Sume tu Dr.Faridz yang uruskan.Ana raser anta tak perlu risau…”

“Tarmizi….ana dah jelak la ngn sume nih.Kan lebih baik kiter buat je summer camp.Kiter leh combine ngn sume budak medic Mesia di negara nih.Kan lebey manfaat.Ana tak tahu cam ner fikiran anta nih.Ana raser anta ni semangat je lebih…tanpa melihat keupayaan diri…”

Aduh…aku tak tau naper aku raser tertampar.Kenapa ngn Haikal nih.Macam ader tak kena dengan dirinya.Aku tak tau kenapa dia berang dgn hal nih.Tak buleh ke bincang leklok.Kenapa die perlu meninggikan suara…sedang aku masih terkulat-kulat kurang paham..

“Anta tak ingat ke yang kerana semangat anta nih…scholar anta ditarik??Anta nih tak serik-serik la…”

“Apa kaitan hal nih ngn scholar ana.Haikal..badan NGO tu berdaftar di Malaysia.Sebelum nih pun mereka dah banyak menghantar bantuan perubatan ke negara-negara lain.Ana pilih program ni sebagai tarbiyyah untuk kiter selain mempraktikkan ilmu kedoktoran yang ader.Tugas kiter pun tak berat.Hanya membantu doktor-doktor lain bkerja sambil menimba pengalaman…”

“Lagi-lagi tarbiyyah……”
Haikal terus berlalu.Aku hanya terkebil-kebil.Hati ini diruntun pilu.Aku sedikit kecewa.Aku tak tau samaada marah atau sedih yang patut mendominasi perasaan ini..Namun….ada kesan yg bersisa pada diri ini.

Tit…tit..
sms kubuka.
…Salam alaik.Tarmizi,naqib kami Haikal membatalkan usrahnya lagi.tp ana dah panggil semua ahli usrah untuk hadir.Cam ne ye???usrah kami kul2 ptg nanti.Hmmm…kalu anta tak keberatan,harap anta dapat gantikan saudara Haikal cz hari ni kami ader tetamu istimewa..Mohd Daniel…saudara baru kita.he…cam ne??...

Jam baru pukul12 tengahari.Masih sempat untuk aku bersiap-siap.Tp aku masih konfius…kenapa Haikal membetalkan usrahnya.Masuk kali nih dah lima kali.Mujur minggu lepas aku memaksanya untuk hadir ke usrah.Hati manusia…bila lama tidak menerima peringatan maka akan hitamlah ia.

Takkan hanya Haikal marahkan aku…dia sangguh membatalkan usrahnya.Setakat nih,mg ahli usrah Haikal adalah yang paing aktif.Mereka sanggup wat apa saja utuk hadir ke usrah.Selain itu..mmmg mereka sangat prihatin terhadap saudara usrah yang lain.Tp kenapa baru 10 minit die berllau dari bilikku…die terus membatalkan usrahnya???

Tiba-tiba mata ini bergenang.Mata ku tertumpu pada bingkai gambar di atas meja.Gambar arwah abi dan Hj.Mahfuz.Aku terkenang kembali bagaimana aku mengenali Haikal.Kami berkenalan bila dia datang ke bilik ku untuk bertemu dengan Taufik rakan sebilikku.Kemudian dia sendiri menyapaku kerana pelik melihat gambar ayah nya ada denganku.Ya…Hj. Mahfuz…dialah sahabat abi yang masih ada.Ketika abi syahid pada tahun 1992,Hj Mahfuz ada bersama-sama dengan abi.Dan dari cerita Haikal…Abi syahid ketika abi menyelamatkan Hj.Mahfuz yang terkandas dikepung tentera kafir laknatullah….

Air mata berjujuran aku keciwa Haikal telah berubah.Aku tahu sebagai manusia biasa..kadang kala kier akan tewas dengan perasaan dan kehendak sendiri.Aku uga faham sebagai seorang yag meningkat dewasa…manusia akan cemderung mencari pilihan hati.Tpi bukan perempuan tuh!Bukan perempuan yang tak jelas fikrahnya.Bukan perempuan yang merengek-rengek minta di manja.Bukan perempuan yang menutup aurat ala kadar saja….Aku tak tahu bagaimana haikal buleh terjerat.Aku tak tahu bagaimana Haikal buleh terpikat sedangkan dulu wanita idamannya adalah seperti wangian syurga.Yang bisa menambah cintanya untuk yang Esa.Yang bisa menaikkan semangat jihadnya.

Astaghfirullah….aku tahu betapa kotornya hati.Menilai orang lain mengikut nafsu amarah ku.Tp aku mula bimbang…Semenjak aku tahu Haikal sedang hangat bercinta…aku mula risau akan dirinya.Aku ingat pesan umi….Cinta yang tidak halal selalunya membawa kepada fitnah dan mengganggu keberkahan dakwah.

Aku sedar yang Haikal mula lambat hadir ke liqa’ syura…Dia mula suka menagguhkan kerje.aku juga sukar untuk bertemu denganya di surau.Usrahnya seringkali dibatalkan…Aku ingat…aku sendri pernah mendenda Haikal kerana kesalahannya lewat dalam satu meting syura yang penting.Aku bukan bertujuan untuk memalukannya,tp sbagai pengajaran pada semua ahli…bahwa seorang dai harus tepat pada masa patuh pada janji.

Aku bersiap-siap.Aku dah berjanji pada ahli usrah Haikal bahawa aku akan menggantikan Haikal pada hari ini.Aku pun mmg pernah mengikuti liqa’ usrah mereka.Jam baru kul 1 tapi aku tahu aku kene bertolak awal kerana aku terpakse menaiki bas untuk kesana…Aku berharap agar Allah mudahkan segala urusan ku.Aku berharap moga Allah pelihara Haikal.Moga Allah memelihara hati dan imannya.Supaya apa jua yang kami lakukan hanya KERANA DIA.

Read More...

Thursday, 14 December 2006

SuRatKu UnTukMu Yaa IkhwAh FillaH

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.
“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladzim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?
Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?
####
“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.
“Atau baju saya? Sikap saya?”
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
“Termasuk diri saya?”
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing….
“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”
Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?
####
Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.
Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?
Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.
Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?
Akhifillah,
Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)
####
Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.
Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.
“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”
“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”
Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.
“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”
“Apa keinginan anti, Aida?”
Aida menghela nafas panjang.
“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”
Aku tertunduk dalam-dalam.
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.
Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”
“Mereka?”
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”
“Ukhti!”
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”
“Ya, memang…”
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”
“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”
“Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”
Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,
“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”
Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.
####
Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –‘Afwan.
Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.
Akhifillah,
‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

IDEALNYA SEORANG PEMUDA
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar
Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

Read More...

Tuesday, 12 December 2006

HAKIKAT KEHIDUPAN



Kita sering mahukan hari yang CERAH...
Tetapi Allah lebih tau hakikat HUJAN yang perlu diturunkan....


Kita sering inginkan KESERONOKKAN jauh sekali KESUSAHAN...
Tetapi Allah lebih mengetahui bahawa KESUSAHAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN

Kita sering inginkan KETENANGAN hakikatnya diri penuh dgn DOSA dan KEJAHATAN...
Tetapi manusia tidak pernah lari dari KESILAPAN....

Semua itu bukan satu HUKUMAN tetapi sebagai tanda KASIH SAYANG ALLAH
Agar kita lebih BERIMAN.....

SYUKUR DENGAN APA YANG ADA....HARGAI APA YG DIKURNIAKAN ALLAH....
KERANA DIA LEBIH MENGETAHUI APA YG TERBAIK BUAT HAMBANYA....

Read More...

Wednesday, 6 December 2006

- Kerana DIA -


....Jatuh cinta...

Aku ingat lagi….cuti summer maser aku 3rd year.he….aku blaja banyak mender dari umi.Yang paling aku ingat….mase aku jatuh cinta.Hehehehhehe

“Hai…Mizi…kamu tengah bercinta ke?”
Huh…terkezut aku dibuatnye.Cecepat ku sorokkan hanset.he…aku sengih.Umi duduk…Kain dalam bakul abih dikeluarkan.Umi nak lipat baju.Aku cume memerhati…Huhu….risau…takut umi marah….

“Aik….senyum…senyum…sengih…Betul ke?”
Umi sambung lagi.Aku geleng.Memang aku tak bercinta…

“Udah tu…asik sangat ngn enset tu….Cam ader paper je…”
Lagi sekali umi menduga.

“Ala mi…baru sekali nampak Mizi senyum-senyum pegang henset dah nak cakap Mizi bercinta.Hehehhe…tak patut…”

“Yerla tuh…baru sekali yer…He…camla umi tak kenal anak umi sendri….”
Kali nih aku tak leh berselindung lagi.Aku mendekati umi…he…Aku nak terus terang time tuh.Aku nak tau pendapat umi…

“Mi….Mizi bukan bercinta la…Just berkenan je…”
“Ngan saper?orang maner?Cam ne budak tu???”
Gulp….telan air liur aku dibuatnyer….Umi nampak amik berat hal ni.

“Mizi tatau orang maner…Budak usrah ngn Mizi gak kat U…tp Tak kenai sgt….”
“Kamu selalu kontek die??”
“Tak mi…kadang2…klu ader hal2 keje je…Kdg2 Mizi sj bg msg..hmmm…tak slalu die balas.he….”
Umi stop lipat kain.Alamak….aku silap ke.Umi tanyer….then aku jawab le.salah ke???Huhu

“Naper kamu suke die….?”
“Mmm…tatau la Mi…may b sebab….he…tatau la mi….”

Kali ni mmmg umi serius.Umi berhenti melipat baju.Dia merenung aku tepat.Isk…aku mula raser bersalah.Nyesal pun ader cz bgtau umi.Tp masakan aku nak sorok…cz ati nih mmg tak tenang…Aku nak gak umi bg opinion…tanggapan ngn aper yg aku raser…buat…

“Mizi…cinta itu fitrah manusia.Umi tak larang….Umi pun teringin tengok anak2 umi berumah tangga.Tapi kamu tahu kan cam ne yg syariat landaskan…Umi tanak kamu jdkan usrah…keje agama kamu sebagai jalan…untuk kamu berhubung…”

“Tp umi…kawan-kawan Mizi tu…ader je…tak per pun.Diorang tak der la kuar-kuar ke….msg-msg sgt ke…call ke….just kadang-kadang je.Tu pun salah ke mi??”

“Kamu buleh bagi jaminan yang hati kamu terjage hanyer dengan menjaga komunikasi??Kamu tahu kan…penyakit hati adalah penyakit yang paling susah diubati…Hati kamu nanti sibuk merindu…mengingat…subhanallah…kan terganggu nanti…”
Aku terdiam.Betul gak kater umi.Cam ne nak jage hati yang sarat ngn tipuan syaitan nih.Depan orang mmg leg jage.Tp dalam hati nih…susah weh…

“Mizi…untuk jadi daie’ kamu kene jage hati dan iman kamu.Walaupun luaran kamu nampak gah…tp tader hikmah dari Allah..maka tak berguna.Kamu tahu….perkara-perkara cam nih la yang jd penyakit dalam usaha dakwah.Yang menghalang keberkahan dakwah…..Perkara-perkara cam nih gak la yang bawa banyak fitnah..."”

“Tp umi….cam ne klu ….”
Aku tak tahu aper yang aku nak terus katakana.He….Aku raser banyak kebenaran dari aper yang umi kater.Aku teringat kembali zaman sekolah.Ustaz selalu ingatkan yang cinta Allah cinta hakiki.Mmg ramai orang leh cakap…tp tak ramai yang usaha untuk dapatkan.

Bila difikir-fikirkan…memang tak layak dalam keadaan aku yang blajar nih nak mencari kasih teman hidup cz kat ne la aku nak letak kasih umi yang tak ternilai untuk aku.maner aku nak cr duit…nak topup bg msg….Maner aku nak curi maser bgtau caring aku kat si die sadang mase yang allah bg skang pun cukup-cukup untuk setadi n keje dakwah aku.Huhu…memang tak patut.Ustaz pun cakap yang couple tu tak haram…Tp aktiviti-aktiviti percouplelan tu yang haram.Maner ader couple tak der activiti.tipu…Palig-paling..jumper kejap-kejap.Tak pun msg…bgtau sihat ke tak…aper tah…

Bila piker cam pelik.Ngan adik-beradik dah mmg tersedia untuk kiter caring kiter tak wat gitu…Ngan orang yang tak tentu suke kiter….kiter gatai lak…Klu yang islamik sket tuh…..jumper bertiga kunun.Tp klu bertiga…lagik solang tu duduk jejauh…wat per..
Same je kan.Manusia nih pelik...klu die nak....die nak gak wat....try jugak bulehkan mender yang sepatutnyer tak manis dibuat oleh orang yang jelas pemikirannya.

“Mizi….umi tak nak control.Cume umi nak ingatkan…supaya Mizi sentiasa jadikan Allah pengontrol MIzi.Kita nih manusia…klu tak ingat saper kiter…mmg jauh tersasar. Kiter selalu cube penuhi permintaan hati…tpi jgn terlalu memenuhi…takut-takut menjauhi jalan Ilahi…paham kan…???Memang Allah jadikan cinta untuk manusia berkasih-sayang…tp sume dalam landasan agama…”

Umi berlalu ke dapur.Amik kopi.Hmmm…skang aku paham.aku gak tau aper yang patut aku wat.Baru aku tau naper si minah yang aku suke tu pun tak mau reply sgt msg aku…melainkan msg aktiviti2 gerakan…Astaghfirullah…..aku tak mahu jadi orang yang gunakan agama untuk dirinya….

Aku akan berusaha jauhi penyakit hati nih.Biarlah hati ini aku lembutkan dengan Cinta Allah…Rindu rasulullah…dah kasih umi…Kadang-kadang aku rasakan biar hidup ku habis di sini…Aku takut nak menghadapi hari depan.Aku takut klu aku tiba-tiba tersasar.Lagi aku takut...klu saat tu...tader siapa yang ingatkan aku....cam umi...yang selalu ingat kan aku...dengan hikmah bicaranya...

“Ya Allah….ku minta KAU tetapkan hati ini.KAU kurniakan cintaMU…Dan cinta orang yang mencintaiMU…Kau kasihi umi sepertimana dia mengasihi ku…”


Ala….tp sume tu jadi setaun lepas…sekarang aku dah taun 4.Dah nak abih sem pun.Tp taun nih aku tak balik.Ya Allah….rindunya kat umi.Hehhehehe…aku lah anak laki yang asek rindu kat mak kot.hehehehhe.

Tp umi selalu pesan.Rindu hanya penghias jiwa.jangan terlalu diturutkan…kang binase.Hehehheh…Umi slalu gak pesan untuk kuatkan hati…biaraku jd lelaki yang hebat di sisi Allah.Alahai umi….Mizi selalu ingatkan agar sentiasa ingat pesan umi…agar selalu taat perintah Allah…agar tetapkan niat…biar segala dalam hidup ini hanya KERANA DIA.

Read More...

Thursday, 16 November 2006

NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG

[NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG]

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Alhamdulillah dengan izin Allah, Saifulislam Online telah selamat saya pindahkan ke server baru. Asal tujuan, semata-mata untuk membolehkan saya menempatkan koleksi mp3 nasyid alternatif kepada nasyid lain yang sedia ada di halaman-halaman yang lain. Sebagaimana yang telah saya jelaskan di halaman [ Nasyid ], banjiran dendangan nasyid-nasyid yang ada di pasaran hari ini seasalnya patut menjadi alternatif kepada gejala hiburan melampau yang wujud di dalam masyarakat. Tetapi entahlah, semenjak kemunculan kumpulan nasyid komersil menjelang tahun 2000, hari demi hari menyaksikan nasyid terpaksa mengikut kehendak arus yang sedia ada, dan bukan lagi cuba membentuk arus baru yang dikehendaki oleh Islam.


Di zaman nasyid berkompang pada akhir 80an hingga pertengahan 90an, kaset-kaset RM4 yang dijual di kawasan ceramah, di sekolah-sekolah agama dan kedai-kedai buku sambil menunggu bas ekspres pulang ke kampung itu, mengandungi himpunan lagu yang menguatkan semangat untuk berjuang. Malah daripada nasyid itu kita boleh mempelajari tentang perkembangan perjuangan gerakan yang didokongi oleh kumpulan berkenaan. Lihat sahaja Nadamurni, nasyid seperti Musafir Kelana, Kawan, dan kaset Selamat Tinggal Duniaku yang agak kontroversi kerana didendangkan oleh Muslimat mereka, mencerminkan era pembinaan jemaah al-Arqam. Kemudian terbit pula kaset Rindu, Munajat dan sehinggalah kepada Pulang Abuya Pulang, memahamkan kepada kita tentang apa yang berlaku kepada perjuangan mereka. Saya tidaklah berhasrat untuk memberikan komen tentang isi kandungan nasyid-nasyid itu. Album Cahaya di Ufuk Timur yang memuatkan muqaddimah fikrah Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu telah difatwakan haram oleh beberapa tokoh di tempat saya belajar di Jordan, bilamana ia dipertimbangkan daripada kaca mata Al-Quran dan penjelasan sebenar Hadith-hadith yang sahih. Namun yang ingin saya pertekankan adalah nasyid di zaman berkenaan adalah nasyid fikrah, nasyid dakwah, nasyid bermesej dan nasyid yang membangkitkan semangat berjuang.

KEMUNCULAN AL-WADI DI MESIR

Begitu juga kita semua terhibur dengan kemunculan kumpulan Usrah al-Wadi oleh pemuda-pemuda yang menuntut di Universiti al-Azhar. Kaset pertama mereka, saya pun tidak pasti sangat apa tajuknya, dirakamkan di dalam bilik sahaja. Kalau tidak silap saya tajuknya ialah "Di Manakah Silapnya". Ketika itu saya masih di Tingkatan Empat 1991. Nasyid-nasyid yang mereka dendangkan dengan penuh makna itu banyak menyumbang kepada pembinaan fikrah dan diri. Sehingga ia seakan-akan menjadikan saya lebih tua dari usia sebenar. Lagu Wasiat Sayyid Qutb yang asal sebelum dirakamkan semula di dalam album keempat mereka "Islam Penyelesaian" sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan lagu Di Manakah Silapnya yang menceritakan tentang perpecahan menjadi punca kejatuhan Ummah sangat berkesan kepada diri. Selepas album pertama itu, muncul pula album kedua edisi terhad yang diterbitkan sebanyak 500 unit sahaja jika saya tidak tersilap. Iaitu kaset sempena Hari Raya Aidilfitri. Di antara lagu yang sangat saya kenangkan adalah "Anak Kecil di Palestin" yang turut saya dan penyanyi utamanya persembahkan di hadapan Sultan Perak di Dewan DBI, Ipoh sempena pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak pada tahun 1992. Semua orang terpegun dengan mesej tajam yang disampaikan bilamana nasyid kami anti klimaks. Orang lain sibuk mendendangkan nasyid goyang kepala dengan baju-baju yang menyilaukan mata, tiba-tiba kami dendangkan nasyid rintihan seorang anak kecil di Palestin yang meratapi kematian ibunya di pagi Aidilfitri oleh kekejaman regim Yahudi.

Begitulah seterusnya terbit album Kepimpinan Ulama, Islam Penyelesaian, Fajar Lebaran dan Belenggu Fatamorgana yang bila mendengar isi kandungannya, seakan-akan mendengar berita al-Jazirah! Ada nasyid tentang Bosnia, Tragedi Natrah, Masjid Babri, Kashmir, Afghanistan dan segala krisis umat Islam disentuh. Akhirnya nasyid Membangun Bersama Islam dan Islam Penyelesaian menjadi konklusi kepada semua tragedi tersebut. Begitu juga dengan nasyid Ideologi dendangan Dr Jamnul Azhar yang menyebabkan ramai ternganga. Nasyid itu dengan penuh sarcastic menyindir golongan sekular yang sangsi dengan Islam, dan lebih selesa dengan teori Niccolo Machiavelli.


UNITED KINGDOM TIDAK KETINGGALAN

Usrah al-Wadi di Mesir juga menghasilkan anak buahnya iaitu Usrah as-Soff yang pada album pertama dan keduanya banyak menyumbang kepada kategori nasyid pejuang. Pada masa yang sama juga, Sinaran Azhar oleh sahabat-sahabat Alami sempat menghasilkan beberapa buah album. Manakala di United Kingdom pula, rakan seperjuangan tidak ketinggalan menghasilkan beberapa album dan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Suara Tajdid itu telah mementaskan pentomin Salehuddin al-Ayyubi yang tidak akan saya lupakan. Album dengan cover Hitam Putih mereka, turut memuatkan sajak tentang insiden di Masjid ar-Rahman semasa kedatangan kumpulan kriket Yahudi ke Malaysia suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Razi, Ziad, Zamri, Najmi dan Azri adalah penghibur kita pada masa itu dari UK. Zaman itu kita kaya dengan nasyid yang memberi tenaga kepada pejuang agama, dan menjadi peluru tajam kepada yang menentang arus kebangkitan Islam. Alhamdulillah selepas saya lancarkan Saifulislam Online di server baru ini, rakan-rakan telah berhubung dan menyumbangkan koleksi mp3 Suara Tajdid. Halaman Suara Tajdid juga boleh diziarah di link [ UG5C ] ini.

DIRIKU BERSAMA USRAH AL-FIRDAUS

Angin nasyid di Mesir yang begitu kuat, bersemangat dan bertenaga menjadi aspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan di Jordan dengan kemunculan kumpulan usrah al-Firdaus. Album pertama Usrah al-Firdaus diterbitkan sebelum saya tiba di Jordan lagi. Album Sang Suria menampilkan Majdan Alias, Erfino Johari dan ramai lagi munsyid pada masa itu. Mereka adalah juara di kuliah, mereka juga juara di medan amar ma'ruf dan nahi munkar, tetapi tidak menghalang daripada bernasyid lantas dendangan mereka adalah refleks kepada jiwa pejuang dan penuntut ilmu di jalan Allah.

Saya dilamar untuk menyertai kumpulan Usrah al-Firdaus semasa di Mekah. Ketika kami menyertai rombongan umrah pertama untuk pelajar-pelajar baru, saya dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan di majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Madinah. Oleh kerana saya memang gemar bernasyid, maka lamaran itu diterima dengan sepenuh hati dan on the spot saya karangkan nasyid "Nostalgia Tanah Suci" untuk dipersembahkan. Orang lain sibuk membaca al-Quran, saya pula termenung mencipta nasyid tersebut di tingkat dua Masjidil Haram. Tetapi hanya untuk beberapa jam sahaja. Alhamdulillah, jiwa semasa itu masih puitis dan idea mencurah-curah. Nasyid itu adalah luahan hati saya yang kesal dengan sikap sesetengah kawan yang setibanya sahaja kami di Madinah (kami menaiki bas dari Jordan di utara Saudi, maka sampai di Madinah sebelum Makkah), yang mereka kagumkan adalah keindahan binaan Masjid Nabawi dan bukannya geledak iman dan perasaan diri sampai ke kampung halaman junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga apabila tiba di Makkah, yang dibualkan adalah kehebatan infrastruktur Masjidil Haram serta ramainya manusia di sana, dan bukannya 1001 hal yang tersirat tentang realiti umat Islam di sebalik penampilan zahir yang tersurat itu.

Kemudian, semenjak itu saya sentiasa meluahkan isi hati melalui nasyid yang saya cipta. Nasyid Tetamu Dataran Syam adalah di antara nasyid paling segera yang sempat saya siapkan. Ia ditimbulkan daripada sajak Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin tentang Bumi Syam. Saya bawa sajak itu ke dalam bilik kawan yang saya tumpang di Irbid, Jordan, dan saya ubah ia menjadi nasyid. Alhamdulillah sejam selepas itu siaplah nasyid Tetamu Dataran Syam yang kami dendangkan sempena menyambut pelajar baru tahun 1994 di dalam program Sambutan Pelajar Baru oleh Persatuan Pelajar Malaysia Jordan (PPMJ).

Nasyid-nasyid lain dikumpul bersama berkat derma yang dihulurkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah kami berjaya mengumpul wang untuk menghasilkan album kedua Usrah al-Firdaus bertajuk Gemilang pada tahun 1995. Album kedua ini, dirakam buat kali pertama di studio yang lebih 'profesional' berbanding rakaman di bilik yang generasi pertama Usrah al-Firdaus sental pintunya dengan kain pelekat agar soundproof. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid hampir 80% daripada keseluruhan album. Walaupun kualiti bunyi tidak memuaskan hati kami, namun ia tidaklah menjadi isu sangat. Apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Kami cuba tingkatkan lagi kualiti audio dengan kemunculan album ketiga iaitu Dunia Ini pada tahun berikutnya. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid dengan jumlah yang hampir sama tetapi kali ini sebahagiannya didendangkan oleh sahabat yang lain termasuklah Bambang Erman dan Erwan Johari. Ia, Erwan yang kini menjadi DJ di IKIM FM . Tajuk album tersebut iaitu Dunia Ini, mengambil sempena nasyid yang beliau cipta dan dendangkan dengan lirik yang saya tulis. Selepas itu muncul lagi album seterusnya iaitu Bingkisan Aidilfitri yang digelar oleh sahabat-sahabat di Jordan sebagai "Bungkusan Aidilfitri" kerana cover kaset tersebut yang terlalu hodoh, seperti kotak geometri. Kedai yang mencetaknya telah menipu kami, membuang semua design yang asal dan digantikan dengan warna hijau pudar yang amat mendukacitakan. Saya masih menyumbangkan banyak nasyid di dalam album berkenaan tetapi saya sudah tidak menjadi munsyidnya lagi.

Pada masa itu saya rasa sudah terlalu 'tua' dan tiada kemampuan untuk berulang daripada Mu'tah ke Amman (200km) setiap hujung minggu, menggendong kitab-kitab untuk diulangkaji sambil rakaman di studio yang ada kalanya bermula pada jam 11 malam hingga subuh. Tetapi sebenarnya saya sudah mula patah semangat kerana di zaman itulah nasyid kontemporari semakin popular dan demand semakin tinggi untuk nasyid kompang ditinggalkan dan digantikan dengan yang lebih moden serta kontemporari. Moden bukan sahaja pada alat muziknya, bahkan moden pada lirik. Nasyid tentang nasib ummah, nasyid tentang jihad dan perjuangan saudara-saudara Islam sedunia dan segala macam nasyid yang membawa 'mesej berat' semakin tersisih.

NASYID BUKAN MELAYU LEBIH KONSISTEN

Maka pada masa itu saya mula mengalihkan diri kepada nasyid bukan Melayu yang lebih konsisten. Nasyid Abu Ratib, Abu al-Joud, Abu Mazin dan 'Abu-abu' yang lain dari Syria dan Jordan menjadi bahan hiburan pada masa tersebut. Konsert nasyid berkenaan [Mahrajan Intifadhah], bila dihadiri, terasa seperti mahu meloncat ke atas pentas disebabkan oleh tiupan semangat intifadhah melalui persembahan mereka. Di antaranya adalah kumpulan Firqah ar-Rawabi dengan lagu 'Marwan'nya. Nasyid tersebut menceritakan tentang Marwan, seorang pelajar University of Jordan yang semasa cuti semester, telah pergi berjihad ke Palestin dan dikurniakan syahid! Saya juga mengumpulkan nasyid-nasyid dari Turki [Ilahiler] dendangan para huffaz seperti Prof Mehmet Emin Ay dan Mustafa Demirci , serta Ahmed Ozhan yang begitu menusuk jiwa dan menjadi unggun api terhadap semangat saya mengkaji sejarah Daulah Othmaniyyah. Lebih menggembirakan pada masa itu, selepas Solat Tarawih di Uskudar, saya dan jemaah masjid terus ke seberang jalan masuk ke khemah besar yang disediakan untuk orang ramai mendengar persembahan live nasyid-nasyid itu tadi. Bulan Ramadhan di Istanbul pada masa itu membawa kita semua terbang bypassing era Ataturk untuk tembus pulang ke hari-hari Khilafah Othmaniyyah yang gilang gemilang. Saya rindukan suasana itu.

Nasyid-nasyid di Turki mempunyai disiplin seni yang unggul bahkan dendangan yang sama pernah digunakan di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah untuk mengubat pesakit jiwa di hospital. Artikel Prof. Dr. Ayhan Songar bertajuk "Socio-Psychiatric Institutions in Old Turks Under Islamic Tradition " menjelaskan secara terpeinci tentang hal ini. Tidak malu pada diri saya untuk menyebut inilah dia apa yang dinamakan sebagai kesenian Islam. Berbanding dengan nasyid-nasyid kontemporari Malaysia yang ada hari ini, konsertnya dinamakan sebagai Malam Kesenian Islam tetapi bagi yang tidak memahami Bahasa Melayu akan kehairanan melihat pemuda-pemuda berketayap mendendangkan lagu pop! Janganlah dikaitkan Islam dengan seni yang pathetic seperti ini!

DAN KINI...

Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife.

Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang... ( copied from SaifulIslam.online )

Read More...