Read More...
Friday, 11 January 2008
FAHAM....TAPI SAJE JE BUAT TAK FAHAM..
Read More...
Thursday, 10 January 2008
Tak Sedar Diri!
1)kenapa kamu menjadi pelajar di CSMU ni? 2)kenapa nak jd doctor? 3)kenapa kamu perlu study masa nak exam? 4)Kenapa nak result yang best dan membanggakan? Cukup 4 soalan.Tak guna aku Tanya banyak sebab kamu bukannya nak try jawab pun.Tapi aku juga dah ade contoh jawapan. 1.1 sebab saya mmg nak jd doctor 1.2 sebab mak ayah saya yg suruh datang sini 1.3 sebab saya dapat scholar ke sini.Tak de scholar…tak de la kot saye sampai sini 2.1sebab nak tolong keluarga,mak..ayah 2.2sebab nak bantu org yg susah dan miskin 2.3sebab nak meningkatkan tahap kesihatan Negara 2.4sebab jd doctor memungkinkan aku bergai besar dan dipandang tinggi 3.sebab kalau tak setadi tak boleh nak skor 4.1sebab tak nak orang anggap kita nih hampeh dan tak pandai 4.2sebab nak impress cikgu kegemaran 4.3sebab nak gembirakan mak ayah.kesian depa susah payah hantar belaja Jauh-jauh Mari lihat diri dan lihat kehendak diri.Maka kamu dan aku akan faham yang kebanyakkan kehendak diri kita adalah berupa DUNIA. Ingatlah..AURAT..hukum WAJIB yang qat’ie utk ditutup.Kenapa liat sangat sedangkan Allah dah bg ape yang kamu nak dan ape yang kamu tak de lah nak sgt…Allah bg gak. Tak sedar diri sungguh! ALLAH SURUH KAMU SOLAT -ade wudu’ -yakin masuk waktu -tahu cara solat -tahu qiblat Ape susah?ni kamu abaikan solat.Kamu sanggup abihkan game dan muvi kamu yg menyebabkan solat kamu lewat sejam.Kalau dalam sejam tu Allah amik nyawa kamu…Ya Allah..mg Allah bg kekuatan pada aku dan kamu.Udah-udah le tu.Kamu memandang ringan perkara yang berat.Memang tak sedar diri! HARGAI KASIH Tapi kita wat dono je.Kalau berhajat kamu mintak..bila dapat,kamu lupakan dia.Allah sediakan orang utk kamu mengadu kasih…ibu ayah…keluarga..tp kamu salah dan gatal.Kamu cari yang haram…kamu cari pasangn…tempat kamu meluah hati..berbicara suka duka sedangkan kamu tahu HARAM berlebih-lebihan.Mana kamu letak kasih Allah.mana kamu letak kasih keluarga yang Allah cipta utk kamu.Kamu kata si 'dia' pun Allah cipta utk kamu??sape cakap??ia hanya Tutuplah aurat Jagalah solatjika kamu becinta…maka jagalah hak yang kamu perlu jaga Jika kamu muslimin.. Jagalah solat dan ramaikan jemaah di surau Letaklah diri dalam majlis Allah kerana kamu bakal pemimpin keluarga Jika kamu becinta…pastikan cinta kamu menjadikan kamu dan dia lebih baik.Kalau tidak…kamu mendapat lg satu kesalahan..SIA-SIA. Semoga sempena maal hijrah ini kita berusaha menjadi diri yang lebih baik.Aku mintak maaf andai terkasar bahasa.tapi hakikatnya…aku menasihati diri aku dan kamu.Apa ada pada bahasa andai telinga mmg tak nak terima dan jiwa tak mahu amal.Mg Allah beri hidayah bg hati-hati ini.Terimalah...puisi indah dari adik Aqil.....
Sekejap…sila jangan salah faham.Entry kali nih bukanlah ditulis oleh aku yg mengalami masalah kritikan dari org luar…ataupun aku yg mempunyai masalah interpersonality ….Tapi aku masih berkeadaan waras dan alhamdulillah di kala aku menaip entry nih aku tenang bertemankan alunan mp3 hadith dan sebotol air masak yg kurang manis.Aku waras ketika ini!
ILUSIKamu tahu apa itu ilusi?Dah exam Psychiatric?Belum lg?..ooo..kamu masih di tahun 2..3..ye..tak pe..tak pe.Sebab walaupun tak blaja lg Psychiatric,kamu still boleh faham ape die ILUSI.Tapi kalau kamu dah tahun 4-5,then tak faham lagi ape dia maksud ILUSI,cube koreksi diri balik.Mungkin kamu ni tergolong dalam manusia yg suke berilusi.
data-data dari persekitaran yang membawa kesilapan kita melihat dan
memahami.
eg. melihat kucing yg sedang tidur
Illusion- kucing itu kamu lihat sedang memakai walkman lalu menari-nari mengikut muzik yang menyebabkan kamu meluat melihatnya.
Sedar lah wahai diri kita…Allah sampai naik hairan dengan diri-diri hamba nya yg tak sedar diri ini….
“dan tidakkah manusia memperhatikan,Kami menciptanya dr setitis mani yang hina kemudian dia menjadi PENENTANG yang nyata” Yasin-7
kamu tutup ke??wahai yang lelaki…kamu ade seluar panjang kenapa pakai yg pendek??wahai perempuan…kamu ade tudung dan baju yang longgar kenapa perlu disarung sarung nangka yang menyesakkan dada utk bernafas.pelik….sungguh pelik!!
bukan payah weih…hanya berbekalkan wudu’ maka solatlah kamu..paling lama…5-8 minit utuk solat 4 rakaat.Napa perlu rase susah?kamu nak pertikaikan rs khusyuk?kalu tak khusyuk baik tak yah solat?sape aja?syarat sah solat..tak termasuk khusyuk.Cukup dengan kamu
“dan barangsiapa yang berbuat kebaikan walaupun sebesar zarah nescaya dia
“maka barangsiapa yang berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah nescaya dia akan melihat balasannya” azZalzalah:7-8
Wednesday, 9 January 2008
SALAM MAAL HIJRAH 1429
Tapi majlis bukan lah segala2nya ..tanpa majlis sambutan kite sepatutnya lebih peka dgn kedatangn tahun baru...malu lah andai kite lebih seronok melihat Russian menyambut thn baru 2008 sedngkan awal muharam kite xprasan...
Usia kite yg telah menjangkau 20 an...ni spatutnya kite lebih peka dan x perlulah asyik diingatkan..seperti anak2 kecil....apalah gunanya sambutan semata2 tanpa kesedaran...
mungkin kerana sibuk dgn buku2 medicine maka kite sampai terlupa akan 1 muharam ini....maaf la entry ini di tulis bukan utk melempiaskan sindiran kpd mana2 pihak tapi ia ditulis atas rase kekecewaan saya terhadap diri saya sendiri....dan harapan saya moga selepas ini kita lebih peka dgn tarikh2 penting seperti ini...
Read More...
Thursday, 27 December 2007
Setinggi-tinggi syukur padaNya
Bismillahirrahmanirrahim..
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..."(ArRahman)
Cerita dari seorang tua...
"Aku dulu tak pernah solat dan hanya solat di hari raya kerana itupun aku dipaksa.Aku dulu tak pernah taat pada ibu cuma taat bila inginkan wang bagi memenuhi keperluanku.Aku dulu tak pernah ingatkan Dia hanya bila aku berduka.Tapi sekarang aku bertaubat...Aku ingin solat tapi tak mampu lagi kerana sudah tua.Sekarang aku ingin kan ibu utk aku taat tapi ibu sudah lama pergi meninggalkan aku.Kini aku ingin selalu ingat padaNya tapi rasa berdosa membuatkan aku sengsara.."
Cerita dari seorg miskin...
"Aku dulu kaya hingga gedungku tidak terkira.Aku dulu seorang berharta hinggakan semua mengaku aku saudara.Aku dulu berjawatan tinggi hinggakan aku lupa pada diri.Tapi kini aku muflis harta yang ada lesap sekelip mata.Aku kini sehelai-sepinggang..tiada orang ingin berkawan.Baru kini aku tahu siapa diri andai diri disisihkan Ilahi.."
Cerita dari seorang susah...
"Aku dulu hidup senang.Gembira dan ceria siang malam.Tiada rasa susah di hati sebab keprluan hidup cukup sekali.Tapi satu kelemahan aku...aku lupa yang Maha Satu.Sungguh pun seronok aku tahu diri tidak bahagia.Tapi aku mengabaikannya.Dan kini...hidupku tidak seperti dulu.Siang malam aku derita.Kerana hidup kacau-bilau.Yang kusayang dan kucinta telah tiada dan ini kutahu akibat melupakan Yang Esa.."
Sahabat...
Mari bersyukur dengan apa yang ada di tangan.Andai yang ada hanyalah sejemput rezeki maka dengan syukur mungkin ia menjadi segantang.Mari redha dengan setiap ketentuan Ilahi kerana dengan redha akan membuat hati tenang.
Sahabat...
Bila-bila aku dan kamu akan diuji.Dengan nikmat yang ada akan diambil kembali.Tapi kita selalu leka kerana itu tidak bersedia.Kerana aku dankamu fikirkan muda sebab itu menjadi lupa.Apabila Allah ingin menguji,maka tiada syarat kelayakkan...Jika aku atau kamu terpilih..sungguh kita akan diuji tuhan.
Semoga sabar dan tabah selalu.
Tuesday, 25 December 2007
-SILENT MODE-
Aku tgk tarikh terakhir blog ni di update.Dah sebulan dah…
Nampaknye blog nih sedang silent mode.Aku sendiri tak tau kenapa.Yang pasti…semuanya perasan busy.Tak gitu??
Sedar tak sedar dah lama aku tak menulis dalam blog ni.Akulah yang mula-mula sekali perasan busy.Ini blog usrah.Maka yg menulis entry kat sini pastinya ramai.Terdiri dari adik,kakak dan abang-abang nuqaba’.Hebat dan tahniah kerana
Alhamdulillah…semakin hari aku makin nampak aturan Allah atas kehidupan di muka bumi ni.Teringat aku akn tajuk terakhir dari kitab KHOSOSIL ‘AMMAH LIL ISLAM,kitab karangan Dr.Yusuf Qardhawi.Antara yang TETAP dan FLEKSIBEL…dan begitulah kejadian alam dan manusia.Bagi memenuhi fitrah kejadian makhlukNya,telah Allah tetapkan ada perkara yg akan sentiasa TETAP walau masa terus berubah dan ada perkara yg boleh BERUBAH kerana ia adalah satu perkara yang berkembang.
Aku lihat balik diri aku…Payah untuk aku menulis dan menghuraikan pada kamu mengenai APA YANG TETAP dan APA YANG FLEKSIBEL….sebab tu bukan tujuan utama entry ini ditulis.Baca tajuk di atas tak??tajuk entry…SILENT MODE.Kenapa silent mode?sebab skang nih aku raser kite semua sedang silent…BERDIAM DIRI…atau BERHIBERNASI.Adakah kerana winter telah tiba…dan kita umpama penguin atau beruang kutub terpaksa berhibernasi utk meneruskan kehidupan??
Sahabat yang dikasihi…
Blog nih bukanlah satu blog yg banyak memberi info kepada anda.Info dari segi teknologi ke…dr segi isu semasa ke…sbb ape yang difokuskan di sini adalah kehidupan kita di bumi Ukraine.Mahu tak mahu…andai kamu membaca blog ini..maka apa yang kamu akn dapat adalah segala pengajaran dari segala kejadian dan peristiwa kehidupan di bumi Ukraine ini.Peringatan…jika inginkan penambahan info yg lebih mengenai isu-isu semasa…kejadian alam sejagat,bencara alam di Bangladesh,kemerosotan hasil ikan laut dalam atau ketidakadilan PBB dalam mengatasi masalah Timur Tengah..maka blog ini bukanlah pilihannya.
Argh..aku tak tahu apa yang sedang aku cuba sampaikan.Segalanya bercampur-baur.Maka berbahagialah sesiapa yg membaca entry ini dan berjaya memahami isi kandungnnya kerana jelas sekali kamu adalah org-org yg bijak berbahasa.Tapi semua ini terjadi kerana aku juga sedang silent mode.
“Jika kamu tidak menyibukkan diri dgn hal agama..maka Allah akan sibukkan kamu dgn hal dunia..”
Hal dunia yang buat aku celaru.Kerana itu kite kene tukar silent mode ini.Sahabat-sahabat…terlalu banyak masalah untuk diselesaikan.Masalah diri aku…diri kamu…diri kawan-kawan.Aku tahu…dan kamu pun tahu…yang “Org mukmin ini adalah cermin bg MUKMIN yang lain”.Dari kamu aku nampak keburukan aku dan dr aku kamu nampak keburukan kamu.Dan sama-sama kita perbaiki agar menjadi insane yg lebih baik.
Tapi dalam silent mode begini bagaimana kita nak bgtahu org tentang masalah dan kesalahan yg berlaku kerana kita tahu SILENT adalah tidak berbunyi.
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah couple makin meruncing?
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah berkesedudukan makin tak terkawal?
Siapa yang mesti menyedarkan kita yang masalah solat makin dipandang ringan?
Siapa yang mesti menyedarkan kite yang masalah ukhwah makin dipandang remeh?
Siapa??Siapa??siapa??
Udah-udah lah tu…Sile tukarkan mode anda….dan aku sekali.Takkan nak terus berdiam diri sedangkan dunia nih nabi dah pesan sedang nazak pada 1400 tahun yg lalu.Takkan nak terus berdiam diri lagi sedang umat makin kacau bilau.Kalau kamu dan aku tak tak fikirkan dunia dan tak fikirkan umat…fikirkanlah diri kamu dan diri aku sendiri.Tengok diri kita..umur sudah 21…22 tahun….tapi masih bergelar hamba biasa.Ingatlah adik,abang dan kakak-kakak sekelian...Umar Al-Fateh buka Constantinopal ketika berumur 21 tahun.KITA????Lupa diri bila gembira,hilang semangat bila berduka…kedekut masa untuk Allah…sayang harta untuk agama.Suka meminta bila memerlukan tp tiada ketaatan.
Ya Allah…aku dan kamu lemah.Lemah diri…lemah iman…
Mari bertukar mode…
Thursday, 22 November 2007
TIME WAITS NO MAN
Demi masa..Sesungguhnya manusia kerugian kecuali org yg beriman dan
mengerjakan kebajikan dan berpesan2 dgn kebenaran dan berpesan2 dgn
kesabaran...