Part 6
Setibanya di rumah, aku segera bersolat zuhur dan membaca Al-Quran sambil menunggu waktu Asar. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej baru diterima. Segera aku membukanya…Hisham. ‘Sorilah tadi,aku bergurau aje. Jangan marah. Tapi..kalau betul apa salahnya kan..OK Ana, Stadi rajin², jumpa Isnin.A’kum’ Aku tersenyum sendiri. Memang sah Hisham menaruh perasaan pada aku. Tapi..Mungkin juga dia bergurau sahaja..sekadar nak menguji hati aku.
Aku berteka-teki pula dengan diri sendiri. Memang aku akui aku terasa gembira mendengar kata-kata Hisham tadi. Hati perempuan mana yang tidak bergetar apabila jejaka yang sudah bertahun-tahun menjadi idamannya meluahkan rasa begitu..?? Tiba-tiba wajah ayah menerpa mindaku. Aku tersenyum pahit. Maafkan aku Hisham..Andai betul itulah isi hatimu, ternyata kau sudah terlambat Sham..Maafkan aku.. Sepatutnya aku menelefon rumah pada hujung minggu begini. Tapi sudah hilang rasa rindu aku pada keluarga mengenangkan hati yang kecewa ini. Hujung minggu itu aku biarkan saja berlalu tanpa sebarang berita buat mak dan abah. Mak pasti merinduiku. Abah?? Biarlah dia…Aku bukan lagi anak manja abah…
Hatiku bertambah luka dengan gurauan Hisham tempoh hari. Sepatutnya hati aku sangat gembira ketika ini. Gembira dengan luahan hati Hisham yang aku sendiri tidak tahu ikhlas atau tidaknya. Tapi paksaan abah telah menarik kegembiraan yang sepatutnya aku rasai itu. Aku menangis lagi… Rasa-rasanya sudah tidak ada faedahnya aku memikirkan tentang semua ini. Peperiksaan sudah pun hampir tiba. Tak wajar untuk aku bermain-main dengan perasaan begini. Aku memandang sejadah..Pemberian abah. Pesannya berkali-kali sebelum aku bertolak ke sini semasa di tahun satu dahulu supaya tidak meninggalkan solat. Aku bangun lalu menunaikan solat hajat, memohon agar Allah tenangkan jiwaku dan dapat belajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk menjadi seorang doktor, berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.
bsambung ....
Monday, 30 April 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
~CALON PILIHAN ABAH~
Thursday, 26 April 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Part 4
Sejak kecil hingga besar, aku memang menjadi anak kesayangan abah. Memang aku tak boleh berenggang dengannya. Sampai aku masuk tingkatan satu, aku dihantar ke sekolah agama berasrama di Kedah. Minggu pertama aku di sekolah, aku menangis rindukan abah. Susah payah abah datang melawatku tiap-tiap hujung minggu semasa di tingkatan satu. Sampai tingkatan satu aje lah, selepas itu, aku sudah semakin matang. Tak payah lagi abah datang selalu-selalu sangat. Aku pun tahu abah bukannya larat hendak memandu kereta jauh-jauh. Berkat doa mak dan abah, serta semangat yang diberikan oleh abah, aku berjaya menyambung pelajaran tingkatan 4 ku di Kolej Islam Kelang berdasarkan keputusan PMR ku yang sangat cemerlang. Sejak itu, semakin jarang abah menjengok kerana terlalu jauh. Usia abah ketika itu pun sudah 65 tahun. Itupun abah datang juga sekali sebulan menaiki bas. Dia tak mampu lagi memandu jauh-jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur. Abang Long dan keluarganya memang tinggal di KL, tapi jarang-jarang sekali mereka melawat aku. Mungkin Abang Long dan isterinya, Kak Ti sibuk dengan kerja dan anak-anak mereka. Aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi sains tulen di UKM setelah tamat tingkatan 5 dan setelah itu ditawarkan kursus perubatan di Ireland ini.
Abah begitu bangga dengan kejayaan aku itu. Memang sejak kecil, abah mahu aku menjadi seorang doktor. Permainan aku semasa kecil pun, permainan ala-ala doktor.. ada jarum kecil (yang tidak tajam langsung), ada botol-botol ubat, ada stetoskop plastik berwarna merah dan hijau… Aku melirih pandanganku ke stetoskop ku yang tersangkut di penyangkut baju dengan kot putih ku..Aku tersenyum sendiri..Kini aku mempunyai stetoskop sendiri! Ah Abah!!! Aku tertidur dengan memori-memori lamaku itu..
Pagi Sabtu itu aku bangun awal seperti biasa sekalipun tak ada kelas. Pukul 5.30 pagi, aku sudah siap solat subuh dan membaca ma’thurat. Subuh masuk pukul 4 lebih sekarang. Waktu syuruk dalam pukul 6.40 pagi. Aku menyangkut kain sembahyang ku. Aku mesti belajar hari ini! Mesti habiskan sekurang-kurangnya sampai muka surat 300 buku Clinical Medicine ku itu. Entah lah kenapa minggu ini aku susah benar hendak menumpukan perhatianku pada pelajaran. Sebelum ini, sekalipun dilanda perang besar dengan abah, aku masih mampu menumpukan perhatianku.
Aku mengambil semula kad kiriman Azmi yang kuletakkan di atas meja semalam. Bagaimanakah orangnya Azmi ini…Aku mengulang membacanya lagi. Katanya tak mahu mengganggu aku belajar. Kenapa tiba-tiba menghantar kad pula di kala-kala aku sedang melawan perasaan tak tenteramku ini. Segera aku masukkan kad itu ke dalam laci, membuangkan ia dari pandangan mataku. Fikiranku berselirat. Apa yang mengganggu hatiku ini? Ayah? Azmi? Hisham? Ntah lah..susah untuk kutafsirkan. Lupakan semua itu Ana!!!! Belajar sekarang!!!! Aku mula menunduk memandang buku dan membaca ayat demi ayat. Ah! Satu pun tak masuk ke otakku. Aku memandang jam di meja. Pukul 6.15 pagi. Alamak! Budak-budak ni dah bangun ke belum? Aku segera keluar mengetuk pintu bilik adik-adik rumahku. Semuanya bangun dengan mata terpisat-pisat dan beratur di depan bilik air. Aku tersenyum melihat mereka. Mereka macam adik sendiri. Maklumlah.. aku tak ada adik.
Hmm..Azmi itu anak keberapa ya.. Berapa adik-beradik dia ada..Aku teringat pula Abang Deris dan Kak Ilya. Rasa-rasanya mereka itu sepupu jauhku. Aku pernah berjumpa mereka ketika masih tinggal di Kedah, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Abang Deris dan Kak Ilya..Takkan lah aku nak panggil mereka mak dan abah pulak lepas..lepas.. erk…Aku segera memegang dahi ku…Aku ni..demamkah?? Tak pernah-pernah aku terfikir pasal dia selama kami bertunang. Aku segera beralih ke buku-buku ku..Cepat ana! Tumpukan perhatian! Periksa tinggal sebulan aje lagi!! Hari ini 19 Mac! Peperiksaan akhirku pada 17 April! Kurang daripada sebulan! Akhirnya…berjaya juga aku mengetepikan segala soal perasaan dan emosi ku. Fikiranku hanya tertumpu pada gambar-gambar contoh pesakit yang ada dalam buku itu….
Hari Ahad! Aku sungguh gembira kerana telah berjaya menghabiskan sehingga muka surat 500! Sungguh produktif sekali aku minggu ini! Buku setebal lebih kurang 1500 muka surat itu akan aku habiskan sesegera yang mungkin. Pukul 4 petang. Selepas sembahyang asar, aku segera turun ke bawah untuk melepaskan tension di ruang tamu. Dah lama aku tak tengok tv! Hmm…tapi tak ada apa-apa pun dalam siaran. Iklan aje yang lebih. Tiba-tiba Izzah masuk. “Tadi Izzah dengar akak turun. Izzah pun turun lah sekali..Join sekaki..ehehe” kata Izzah penuh keriangan. “Apa yang Izzah syok sangat ni…bukan main lagi menyengih kat kita” “tak da apa..kak..Kad tu…sapa yang hantar kak? Cepat la cakap..Tunang akak tu ke kak?” “Hish..senyap-senyap laa…nanti kang orang lain dengar..teruk akak”, kataku sambil meletakkan jari telunjukku ke mulut tanda menyuruh Izzah diam. Aku mengajak Izzah ke bilikku. Tiba saja di bilik, aku terus menunjukkan kad kuning itu pada Izzah.. “Uiii…romantiknya dia kak…siap bunga matahari lagik! Siap ada lukis gambar love lagi ngan pen metalik pulak tuu…Ish..mesti dia sayang akak nih” “Apa merepek ni Izzah..Akak jumpa dia pun tak penah..Emm adalah kot masa kecik-kecik dulu..Macam pendek je budaknya. Ada hingus pulak tu kat hidung. Ntah dia ntah bukan yang akak tengok masa kecik-kecik dulu..Akak baru darjah dua lah masa tu.. Takkan tiba-tiba nak sayang akak pulak..Masa kecik-kecik akak pun ada hingus” Selorohku dengan panjang lebar untuk menghilangkan rasa gundah di hatiku.
“Alaaa akak…chenta itu buta lah kak..ahahah…Kalau dia tengok akak sekarang mesti terpana punya lah…Lemah lembut, ayu, sopan santun, comel, manis…” “Ha…jangan nak mengada-ngada lah..akak nih tak lawa,mana ada orang nak!” “Alaaaa….Hisham tu ..dah lama syok kat akak..dia saja taknak cakap..Dekat rumah dia, bukan main lagi bising cerita pasal akak..Tak percaya tanyalah Si Hanif tu” “Hmm..angan-angan tinggal angan-angan aje lah Zah…Hisham dah lambat..Akak dah jadi hak orang lain…” kataku sambil membaringkan diri di katil dan memandang syiling. “kak…jangan la sedih…Azmi tu..gayanya ,macam budak baik je kak…” Aku tersenym memandang Izzah..Harap-harapnya begitulah..Aku seolah-olah sudah boleh menerima sedikit sebanyak hakikat bahawa aku ini tunangan budak lelaki berhingus bernama Azmi itu.. Aku tersenyum lagi..
“Kak! Beranganke? Ish…Akak pegi belajar kak…Exam kak…Exam…” kata Izzah dengan nada menggerunkan..Aku segera bangun dan mencubit Izzah. Tak lama lepas tu Izzah pun keluar. Tinggallah aku seorang diri termanggu-manggu memikirkan apa yang kami perkatakan tadi. Entah lah kenapa minggu ini..Aku terlalu memikirkan hal itu. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Menyesal dengan tindakanku yang terlalu melayan perasaan ini. Selama 4 tahun setengah ini, pernah juga dua tiga kali aku dilanda masalah besar dengan kawan dan tak lupa juga Dr Khasim, doktor berasal dari Saudi yang meminatiku. Tapi aku tidak pernah berasa terganggu seperti ini. Tidaklah aku terlalu melayan emosi sebegini rupa. Sudah 2 kali aku menangis dalam masa seminggu!
bsambung... Read More...
Wednesday, 25 April 2007
Warkah Dari Abah
Assalamualaikum duhai anakku sayang,
Bagaimana dirimu disana,Abah harap kakak sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT....
Kakak...
Abah terlalu rindu dan sayangkan kakak.....tak sabar rasenye menanti kepulangan kakak dgn segulung Ijazah perubatan...tetapi apa yg lebih Abah harapkan...adalah kepulangan puteri abah yg masih terpelihara... yg bersih jiwanya.....dan masih penuh dgn rase kehambaan terhadap Allah SWT...
kakak...
maafkan abah kiranya tindakan abah buat kakak lemas...
maafkan abah kirenya keprihatinan abah buat kakak rase terkongkong
maafkan abah kirenya ketegasan abah buat kakak rase terbatas...
mungkin sikap abah buat kakak rasa malu bila berada dikalangan sahabat2 seusia dgnmu...
tapi ketahuilah anakku...abah terlalu sygkan putera puteri abah...
kakak....
dalam meniti usia yg menginjak senja ini, tiada apa yg lebih diharapkan oleh Abah...selain keredhaan Allah pastilah Abah ingin melihat putera-puteri abah berjaya didunia dan akhirat lebih2 lagi...
Lantaran itulah mulut ini ringan mengatakan tidak pada setiap permintaan mu....walaupun abah semakin tua dan kakak semakin meningkat dewasa... dan sudah bisa membuat keputusan sendiri...tapi apakan daya puteri ku abah mu ini walaupun sedar dirinya telah tua tetapi tidak merasakan anaknya cukup dewasa....
Pada abah, puteri abah ini masih lagi anak kecil yg penuh dgn keletahnya yg mencuit hati........
Anakku sayang....
kerana abah lebih dahulu melalui zaman muda....maka abah sudah tahu dimana onak dan durinya....
lantas abah tidak mahu kakak mensia-siakan zaman mudamu begitu sahaja....
ketegasan abah dlm mendidikmu...supaya kau tidak terjebak dalam kancah cinta dunia yang sementara...
kerana kau terlalu berharga duhai puteriku....
kakak….
pada Abah kasih sayang yg Abah dan Ibu curahkan sudah cukup utk kakak, lantaran itu abah merasakan buat mase ini kakak tidak perlu mengisi rase kekosongan dgn mencari cinta lain selain cinta hakiki lagi abadi…Cinta yg lebih mendamaikan jiwa….iaitu Cinta pada Sang Pencipta…..Allah SWT…
kakak..,
bagaimana dgn prestasi pelajaran kakak ….smakin bertambahkah ilmu di dada….
Semoga kakak terus tabah dalam meneruskan perjuangan menuntut ilmu…
Semoga puteri Abah ini nanti akan pulang dgn segulung Ijazah Perubatan yg bakal dimanfaatkan sebaiknya utk kemaslahatan ummah…
Kakak…
ini mungkin warkah.. terakhir dari Abah....abah sendiri tak pasti adakah abah berpeluang bertemu dgn kakak sekembalinya kakak ke tanah air nanti….
Andai ajal menjemput abah terlebih dahulu dan kita x sempat bertemu…kakak ingatlah segala pesan2 Abah…
Selaku anak sulung kakak jage lah ibu dan adik2 …..
pastikan adik2 mendapat pendidikan yg sempurna…..dan kakak bertanggungjawab memastikan mereka sentiasa berada dijalanNya….
Sekian dulu anakku…semoga kau istiqamah dalam amalan dan sentiasa bersemangat dalam perjuangan…..
Salam Sayang,
~Abah~
Monday, 23 April 2007
kErAnAmU nUgGet
menu kami smlm ringkas saje..nasi goreng dan nugget ikan...hehehe
nak dijadikan cerita kwn kami yg pegi meeting suke sgt mkn nugget so sblm pegi dia dh pesan
"jgn abiskan tau nugget tu,last stock tuh"
Tatkala die balik dari meeting kami baru je lpas makn lalu secara spontan aku telah meminta maaf dgn mengatakan yg aku terlupe menyimpankan nugget utkknye...padahal 3 ketul nugget yg kami simpan utknye itu telah kami sorokkan dibawah timbunan nasi goreng...
Tapi alangkah terkejutnya kami niat kami yg cume ingin melawak itu telah menyebabkan die menangis teresak-esak di muka pintu....lalu berderailah tawa antara kami....kami mmg tidak menyangka sama sekali yg dia kan menangis... mmg sgt melucukan...
Peliharalah lidahmu kerana sesungguhnya lidah
itu lebih tajam dari mata pedang...
Wallahuaalam....
Read More...
Sunday, 22 April 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Buat tunangku, Nurul Hanaa Aisyah, Azmi doakan moga Ana berjaya dalam
peperiksaan akhir nanti. Maafkan Mi kerana tak pernah mengirim sebarang berita
atau menelefon Ana selama hampir setahun kita bertunang. Mi tak mahu mengganggu
pelajaran Ana. Belajar rajin-rajin ye..Insya-Allah, tunang Mi akan bergelar
doktor tak lama lagi..Doa Mi sentiasa mengiringi Ana..”
Ikhlas dari Tunangmu,
Mohd Azmi Idris.
Saturday, 21 April 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Aku merenung telefon beberapa ketika. Baik si Hisham ni..Selalu ambil berat tentang aku. Tunang ku? Di mana dia? Siapa dia? Aku terasa geram memikirkan tentang dia. Aku benci abah! Aku menarik nafas panjang. “Kak! Oo Kak!” Terkejut aku mendengar suara Semah memanggil. Aku memandang Semah dan Zizi yang masih bertenggek di depan tv. Kedua-duanya memandang aku sambil tersengeh-sengeh. “Berangan ke kak..Hisham dah letak telefon tu..Akak ni..asyik termenung aje kami tengok..Hisham dah melamar akak ke…Sempat lagi dia ye..Bukan dah nak exam final ke..” Kata Zizi sambil tersenyum lebar. Malas aku nak layan budak-budak ni. Aku mencekak pinggang dan menjelirkan lidah kepada adik-adikku itu. Padan muka. Aku tersenyum sendiri ketika memanjat tangga menuju semula ke bilik. Terus saja aku menghempas badanku ke katil. Buku-buku bersepah di atas meja. Perasaanku sungguh tak tenteram hari ini. Apa yang aku fikirkan entah lah..Aku mengambil diariku dan pen untuk mencoret sesuatu bagi melegakan sedikit beban perasaanku ini. Aku menyelak-nyelak halaman-halaman lepas. Aku mencapai pula diari tahun lepas. Kubuka helaian bulan Julai. Cuti Musim panas di Malaysia. Helaian-helaian itu agak pudar kertasnya dan terkeronyok sedikit kerana kesan-kesan air mataku ketika itu.
Friday, 20 April 2007
MUSLIMAH MESTI KERAS HATI.....
Di petik Dari Saifulislam yahoo.group...
Oleh: lah Abwa
“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau
istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa
saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman.
Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak
marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan
telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan
“sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah
majalah wanita.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang
bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana
menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang
wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.
~CALON PILIHAN ABAH~
HiBuran LAGiii.....
Wednesday, 18 April 2007
KeMaNa-MaNa & Di MaNa-MaNa SaHaJe
so dmana2 saje kite pergi actually kite bkn saje bawa name kite dan maruah kluarga..tp kite turut mmbawa imej Islam tu sendiri....
begitu juga la klu kite kat class atau kat lecture bkn stakt lecturer akn tgk kite tp among malaysians pun mcm tu gak...
klu kite buat silap org mmg akn kutuk kite...tp org akan lebih kutuk islam tu sendiri....
contohnyer....klu kite nyer class mix dgn non muslim klu kite ni emotional and asyik marah2 maka diorang akn kate bkn islam suruh bersabar ke??? pastu bile kite x prepare utk class tuh .. diaorg akan kate..apelah muslim ni pemalas...
so kat sini kite kena berbalik pada tujuan asal kite dtg sini ...kite dtg utk blajar..so as student menuntut ilmu tu amanah buat kite... so kena la g class n g lecture...tp.. klu kite x pg lecture pastu suruh plak kwn tolong tulis...
attendance tu..so kire kite x amanah pada diri sendiri...
mcm mane plak..tu mungkin kite xsedar tp non muslim yg tgk mencebik..je..pastu diorg siap leh ckp..mcm ni ke org islam..korg bukan x leh menipu ke????
Akan tetapi ....
ISLAM SEBENARNYA bukan sekadar AGAMA tapi ia adalahSATU CARA HIDUP...yg
meliputi semua aspek kehidupan...
so sahabat2 sekalian kite muhasabah balik diri kite...pandanglah Islam dgm mata hati dan
Tuesday, 17 April 2007
AKADEMI FANTASIA...
bukan setakat di Malaysia malahan student di Ukraine pun turut merasainye...
Bahang dan panas...saban hari dimana2 saja org akan sibuk bercerita pasal AF ...
lecture hall,time PT ,sampai kadang2 sblum tunggu naqibah start usrah pun masih sempat bercot cet cotcet pasal AF ...
pasal gelagat dan aksi bintang2 kesayangan mereka....pasal mutu persembahan para peserta dlm konsert..x terkecuali gosip2 panas dikalangan peserta AF....
malahan ade yg sampai mampu menitiskan air mata bile bintang kesayangan mereka terkeluar....pelik tapi benar...inilah yg terjadi...
memang x dinafikan kite smua mmg cenderung utk mendengar music...tapi jgnlah sampai music itu memenuhi keseluruhan hidup kite...
cube muhasabah diri klu kite sebagai medical student pun boleh memenuhi ruang hidup kite dgn AF ape lagi org lain yg lebih lapang dan senggang(x busy)...
klu kite yg kononnye yg lebih educated pun boleh terjebak dlm kancah hiburan melampau seperti ini apatah lagi mereka yg x educated...
lihat balik mcm mana kite mmpu menitiskan air mate hanya kerana bintang kesayangan kite tersingkir sedangkan..terlalu payah utk kita menitiskan air mata di depan Allah SWT meratapi dosa kite yg menggunung tinggi...
ade juga yg berlari2 balik dr class hanya kerana x sabar2 nk tgk diari atau konsert ..sedangkan dia lupe yg dirinyer tak solat lagi...
adakah AF lebih penting dari solat???? tepuk dada tanya iman....
coretan ni xberniat utk memerli atau membidas sesiapa ..just nak buka minda semua supaya kite lebih bijak menilai..erti kehidupan yg terlalu singkat utk kite bazirkan...
kite x tahu sama ade kite masih berpeluang melihat sinaran mentari ciptaan Allah SWT pada hari esok....
masih adakah esok utk kita...??? same2 kite renungkn...
klu di Malaysia ramai yg mengatakn sungguhpun AF hanya santapan hiburan semata2 tp ia byk membawa impak yg baik pada mayarakat....antaranya dapat mengeratkan silaturrahim....coz the whole family akan gathered same2 utk tgk AF...nah...bkn kah itu satu kesan yg positive..anak2 tidak keluar melepak atau merambu pada malam minggu.....
Subhanallah...bukan kah lebih meyedihkan klu itu yg berlaku...rapuh nye institusi kekeluargaan jika AF yg dijadikan sandaran....kesannya habis AF maka anak2 x kan lagi duduk berkumpul....bukankah lebih baik klu solat jemaah yg kite jdkan sandaran atau setidak-tidaknye...kenduri kendara...
Ayuh bukalah minda , jgn terlalu terpengaruh dgn hiburan yg melalaikan ...xsalah sukakan hiburan tapi jadikan hiburan hanya satu aktiviti sampingan...yg tidak menggugat hubungan
Wallahuaalam....
Sunday, 1 April 2007
Jelajah Benua...ape tuu??
Salam...
Presenting to you the utmost grandeur event of the year (...drumroll...) :
The blossoms of spring are about to bloom, and it's high-time we breath in the pleasant, welcoming atmosphere of Simferopol's outskirts, eh? No more rinaks..no more mashrutka honks..only the fresh scent of green leaves and crunches of the falling twigs amidst green trees befriend us.
Apa lagi kawan-kawan..jomlaa pakat pegi! Bila lagi nak jalan-jalan ramai-ramai naik bas masuk kampung tambah ilmu akhirat macam nie..hehe.
Ta'al yaa asdiqa'..tasta'idna? Hayya binaa!! :)