Thursday, 26 April 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 4



Sejak kecil hingga besar, aku memang menjadi anak kesayangan abah. Memang aku tak boleh berenggang dengannya. Sampai aku masuk tingkatan satu, aku dihantar ke sekolah agama berasrama di Kedah. Minggu pertama aku di sekolah, aku menangis rindukan abah. Susah payah abah datang melawatku tiap-tiap hujung minggu semasa di tingkatan satu. Sampai tingkatan satu aje lah, selepas itu, aku sudah semakin matang. Tak payah lagi abah datang selalu-selalu sangat. Aku pun tahu abah bukannya larat hendak memandu kereta jauh-jauh. Berkat doa mak dan abah, serta semangat yang diberikan oleh abah, aku berjaya menyambung pelajaran tingkatan 4 ku di Kolej Islam Kelang berdasarkan keputusan PMR ku yang sangat cemerlang. Sejak itu, semakin jarang abah menjengok kerana terlalu jauh. Usia abah ketika itu pun sudah 65 tahun. Itupun abah datang juga sekali sebulan menaiki bas. Dia tak mampu lagi memandu jauh-jauh dari Kedah ke Kuala Lumpur. Abang Long dan keluarganya memang tinggal di KL, tapi jarang-jarang sekali mereka melawat aku. Mungkin Abang Long dan isterinya, Kak Ti sibuk dengan kerja dan anak-anak mereka. Aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi sains tulen di UKM setelah tamat tingkatan 5 dan setelah itu ditawarkan kursus perubatan di Ireland ini.



Abah begitu bangga dengan kejayaan aku itu. Memang sejak kecil, abah mahu aku menjadi seorang doktor. Permainan aku semasa kecil pun, permainan ala-ala doktor.. ada jarum kecil (yang tidak tajam langsung), ada botol-botol ubat, ada stetoskop plastik berwarna merah dan hijau… Aku melirih pandanganku ke stetoskop ku yang tersangkut di penyangkut baju dengan kot putih ku..Aku tersenyum sendiri..Kini aku mempunyai stetoskop sendiri! Ah Abah!!! Aku tertidur dengan memori-memori lamaku itu..



Pagi Sabtu itu aku bangun awal seperti biasa sekalipun tak ada kelas. Pukul 5.30 pagi, aku sudah siap solat subuh dan membaca ma’thurat. Subuh masuk pukul 4 lebih sekarang. Waktu syuruk dalam pukul 6.40 pagi. Aku menyangkut kain sembahyang ku. Aku mesti belajar hari ini! Mesti habiskan sekurang-kurangnya sampai muka surat 300 buku Clinical Medicine ku itu. Entah lah kenapa minggu ini aku susah benar hendak menumpukan perhatianku pada pelajaran. Sebelum ini, sekalipun dilanda perang besar dengan abah, aku masih mampu menumpukan perhatianku.



Aku mengambil semula kad kiriman Azmi yang kuletakkan di atas meja semalam. Bagaimanakah orangnya Azmi ini…Aku mengulang membacanya lagi. Katanya tak mahu mengganggu aku belajar. Kenapa tiba-tiba menghantar kad pula di kala-kala aku sedang melawan perasaan tak tenteramku ini. Segera aku masukkan kad itu ke dalam laci, membuangkan ia dari pandangan mataku. Fikiranku berselirat. Apa yang mengganggu hatiku ini? Ayah? Azmi? Hisham? Ntah lah..susah untuk kutafsirkan. Lupakan semua itu Ana!!!! Belajar sekarang!!!! Aku mula menunduk memandang buku dan membaca ayat demi ayat. Ah! Satu pun tak masuk ke otakku. Aku memandang jam di meja. Pukul 6.15 pagi. Alamak! Budak-budak ni dah bangun ke belum? Aku segera keluar mengetuk pintu bilik adik-adik rumahku. Semuanya bangun dengan mata terpisat-pisat dan beratur di depan bilik air. Aku tersenyum melihat mereka. Mereka macam adik sendiri. Maklumlah.. aku tak ada adik.



Hmm..Azmi itu anak keberapa ya.. Berapa adik-beradik dia ada..Aku teringat pula Abang Deris dan Kak Ilya. Rasa-rasanya mereka itu sepupu jauhku. Aku pernah berjumpa mereka ketika masih tinggal di Kedah, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Abang Deris dan Kak Ilya..Takkan lah aku nak panggil mereka mak dan abah pulak lepas..lepas.. erk…Aku segera memegang dahi ku…Aku ni..demamkah?? Tak pernah-pernah aku terfikir pasal dia selama kami bertunang. Aku segera beralih ke buku-buku ku..Cepat ana! Tumpukan perhatian! Periksa tinggal sebulan aje lagi!! Hari ini 19 Mac! Peperiksaan akhirku pada 17 April! Kurang daripada sebulan! Akhirnya…berjaya juga aku mengetepikan segala soal perasaan dan emosi ku. Fikiranku hanya tertumpu pada gambar-gambar contoh pesakit yang ada dalam buku itu….



Hari Ahad! Aku sungguh gembira kerana telah berjaya menghabiskan sehingga muka surat 500! Sungguh produktif sekali aku minggu ini! Buku setebal lebih kurang 1500 muka surat itu akan aku habiskan sesegera yang mungkin. Pukul 4 petang. Selepas sembahyang asar, aku segera turun ke bawah untuk melepaskan tension di ruang tamu. Dah lama aku tak tengok tv! Hmm…tapi tak ada apa-apa pun dalam siaran. Iklan aje yang lebih. Tiba-tiba Izzah masuk. “Tadi Izzah dengar akak turun. Izzah pun turun lah sekali..Join sekaki..ehehe” kata Izzah penuh keriangan. “Apa yang Izzah syok sangat ni…bukan main lagi menyengih kat kita” “tak da apa..kak..Kad tu…sapa yang hantar kak? Cepat la cakap..Tunang akak tu ke kak?” “Hish..senyap-senyap laa…nanti kang orang lain dengar..teruk akak”, kataku sambil meletakkan jari telunjukku ke mulut tanda menyuruh Izzah diam. Aku mengajak Izzah ke bilikku. Tiba saja di bilik, aku terus menunjukkan kad kuning itu pada Izzah.. “Uiii…romantiknya dia kak…siap bunga matahari lagik! Siap ada lukis gambar love lagi ngan pen metalik pulak tuu…Ish..mesti dia sayang akak nih” “Apa merepek ni Izzah..Akak jumpa dia pun tak penah..Emm adalah kot masa kecik-kecik dulu..Macam pendek je budaknya. Ada hingus pulak tu kat hidung. Ntah dia ntah bukan yang akak tengok masa kecik-kecik dulu..Akak baru darjah dua lah masa tu.. Takkan tiba-tiba nak sayang akak pulak..Masa kecik-kecik akak pun ada hingus” Selorohku dengan panjang lebar untuk menghilangkan rasa gundah di hatiku.



“Alaaa akak…chenta itu buta lah kak..ahahah…Kalau dia tengok akak sekarang mesti terpana punya lah…Lemah lembut, ayu, sopan santun, comel, manis…” “Ha…jangan nak mengada-ngada lah..akak nih tak lawa,mana ada orang nak!” “Alaaaa….Hisham tu ..dah lama syok kat akak..dia saja taknak cakap..Dekat rumah dia, bukan main lagi bising cerita pasal akak..Tak percaya tanyalah Si Hanif tu” “Hmm..angan-angan tinggal angan-angan aje lah Zah…Hisham dah lambat..Akak dah jadi hak orang lain…” kataku sambil membaringkan diri di katil dan memandang syiling. “kak…jangan la sedih…Azmi tu..gayanya ,macam budak baik je kak…” Aku tersenym memandang Izzah..Harap-harapnya begitulah..Aku seolah-olah sudah boleh menerima sedikit sebanyak hakikat bahawa aku ini tunangan budak lelaki berhingus bernama Azmi itu.. Aku tersenyum lagi..



“Kak! Beranganke? Ish…Akak pegi belajar kak…Exam kak…Exam…” kata Izzah dengan nada menggerunkan..Aku segera bangun dan mencubit Izzah. Tak lama lepas tu Izzah pun keluar. Tinggallah aku seorang diri termanggu-manggu memikirkan apa yang kami perkatakan tadi. Entah lah kenapa minggu ini..Aku terlalu memikirkan hal itu. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Menyesal dengan tindakanku yang terlalu melayan perasaan ini. Selama 4 tahun setengah ini, pernah juga dua tiga kali aku dilanda masalah besar dengan kawan dan tak lupa juga Dr Khasim, doktor berasal dari Saudi yang meminatiku. Tapi aku tidak pernah berasa terganggu seperti ini. Tidaklah aku terlalu melayan emosi sebegini rupa. Sudah 2 kali aku menangis dalam masa seminggu!


Entah kenapa minggu ini. Aku mencapai diariku. Membelek-belek dua tiga hari sebelumnya. Memang sah sejak hari Khamis lalu, segala jenis perasaan aku coretkan dalamnya. Hmm…tak lah lama..Baru 4 hari aku dilanda ‘blues’ begini. Entah apa yang menanti aku esok hari… lagi




bsambung...

No comments:

Post a Comment