Monday, 30 April 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 5

Hari Isnin menjelang dengan cahaya sang suria yang penuh meriah. Aku bangun dengan rasa penuh ceria, seolah-olah telah terlupa gelodak perasaan yang melanda hatiku semalam. Kad Azmi telah kumasukkan ke dalam kotak suratku dan sesungguhnya tak mungkin untuk aku buka lagi sehingga tamat peperiksaan akhirku. Aku segera bersiap-siap untuk ke hospital pagi itu. Hari ini aku perlu masuk ke bilik bedah dan aku mesti berada di sana tepat jam 7.30 pagi. Aku memilih baju jubah seluar ku yang paling menjadi kegemaranku sebagai tanda bermulanya hari-hari baru, tanpa ingatan-ingatan yang tidak sepatutnya bagi seorang pelajar akhir perubatan yang akan menghadapi peperiksaan tak lama lagi! Aku tersenyum melihat wajahku di cermin hari ini. Penuh semangat! Minggu itu berlalu dengan laju sekali. Sedar-sedar saja hari Jumaat sudah tiba. Hah! Leganya!! Esok cuti! Aku perlu melepaskan tekanan belajarku ini. Tak tahan lagi rasanya menghadap pesakit-pesakit, doktor-doktor pakar yang mengajarku (semuanya garang-garang belaka) serta buku-buku ku yang tebal itu selama 24 jam selama 5 hari. Begini lah rasanya menjadi pelajar perubatan! Hari Sabtu itu, aku dan Izzah turun ke bandar.


Seronoknya rasa hati aku ni sebab dapat beli barang-barang yang memang dah lama aku teringin nak membeli. Kami masuk ke kedai Body Shop. Aku dan Izzah membelek-belek lipstik yang pelbagai warna di situ. Aku tidaklah selalu mengenakan solekan di muka. Cuma kadang-kadang ..bila rasa teringin nak nampak berseri sedikit, aku calitkan sedikit lipstik dan blusher. Tergelak aku apabila Izzah menghulurkan lipstik berwarna oren, macam jus sunquick. “Amboi! Oren sangat lah tu….Tak sesuai..”, ada suara menyapa kami dari belakang. Aku segera menoleh dengan ketawa yang masih belum hilang. Hmm..dah agak dah..memang aku kenal suara dia. Hisham tersengih memandang aku dan Izzah. Izzah dengan malu-malu segera meletakkan semula lipstik oren itu ke tempatnya. “Uish..Ana, nak exam ni..sempat lagi bershoping…” “Alaa..release tension kejap..Yang kau tu..masuk kedai orang perempuan ni apa cerita?” balasku dengan rasa puas hati dapat mengenakan dia semula. Hisham menambah sengih yang tak hilang-hilang dari mukanya dari tadi. “Tak ada lah..tadi aku nampak kau dengan Izzah..Cepat betul kau jalan..Penat aku kejar..heh” “Yang kau kejar tu buat apa..Kau bukannya larat sangat..Badan pun kurus..Macam tak cukup makan” “Itulah Ana..Aku ni kurus sangat..Bilalah aku nak merasa masakan kau ye Ana..Semua orang kata kau masak sedap..Tapi aku ni sekali pun tak pernah rasa masakan spesel kau..” “Hish! Bagi kau makan buat apa…tak balik modal..kurus sama jugak..” “Ooo…sombong ye..tunggulah..kau jadi bini aku nanti…hari-hari aku nak makan masakan kau” katanya sambil tersenyum. “Sape yang nakkan dia, tak malu!” Kataku laju. Terasa panas mukaku ketika itu. Malu nya!! Kenapa tiba-tiba dia berkata begitu..Segan aku dibuatnya. Si Izzah dari tadi cuma tersenyum. Geram aku dibuatnya. Hisham beredar tak lama selepas itu. Aku dan Izzah pula terus pulang memandangkan jam sudah pun pukul 2.30 petang. Solat zohor pun belum.


Izzah mula menimbulkan isu Hisham tadi di dalam bas. Beria dia menceritakan wajah hisham yang nampak agak bersungguh-sungguh bila dia mengatakan soal ‘bini’ tadi. “Akak…betul kak..Muka dia..macam berharap je kak..senyum penuh makna! Akak pulak pegi tunduk malu-malu. Siap merah lagi muka akak..Kelakar Izzah tengok..hihi” “Izzah….nak kena ye..Ish budak ni…bukan main suka lagi awak menyakat akak ye” kataku sambil menghulurkan tangan untuk mencubitnya. Sebenarnya, hati aku ni rasa berbunga-bunga juga mengingatkan apa yang dicakapkan oleh Hisham tadi. “Adoi kak..jangan laa..malu…dalam bas ni…” Izzah menjerit perlahan. Padan muka. Seronok sangat menyakat aku.
bsambung...

No comments:

Post a Comment