Jangan Pandang Belakang
1) bagaimana nak belajar secara konsisten
panel: konsisten – secara berterusan.
Dalam hal study..ramai yg berpendapat,untuk mendapat keputusan yg cemerlang….maka satu hari seorg student tu mesti kene study 3-4jam.tp hakikat yg berlaku,bukan senang nak study 3-4 jam sehari diluar waktu kelas.kite sendiri akan memberi alasan mengenai anasir-anasir yg ade di sekeliling kita..muvie,dvd,internet.
Tindakan yg bijak untuk konsisten adalah SEDIKIT TP BERTERUSAN DAN BERKESAN.ade org…belajar mmg 3-4 jam tp die tak mampu menguasai semua tajuk yg die study.tp ade org study only in some minute or one hour then die dapat ape yg die study kan.KEUPAYAAN KITE MEMANG BERBEZA.maka…kenali dan ketahui keupayaan diri.
Jika anda seorg yg mmg tak dapat memberi tumpuan dalam kelas,maka pastikan di luar kelas anda study untuk mengulang kaji ape yg telah ckgu ajarkan dikelas.Jika anda seorg yg tinggi kosentrasi dalam kelas..maka memadai dgn study sejam tp dgn input yg mantap hasil penumpuan dalam kelas.bermakna.study anda yg hanya sejam itu adalah untuk mengulang dan mengukuhkan kefahaman.BUKAN BARU NAK TAHU TAJUK PELAJARAN.
2) bagaimana nak mendapatkan ilmu yg BERKAT?
Panel: berkat-sesuatu yg sedikit tetapi mencukupi atau dalam kata lain SEDIKIT,cukup…bile BANYAK,tak berlebih.
Kisah TENTANG KEBERKATAN.
Pada suatu hari,Abu Hurairah sedang lapar.Siapa Abu HUrairah??Seorg sahabat nabi yg hanyer tinggal bersama nabi selama 3 tahun tetapi telah meriwayatkan sebanyak 5473 buah hadith (contoh berkatnya ilmu Abu Hurairah)
Dalam keadaan yg lapar,die telah berjalan-jalan sehingga bertemu dgn Abu bakar.
“Ucapkanlah padaku beberapa ayat wahai Abu BAkar..”kiasan Abu Hurairah pada Abu Bakar.Harapannya agar Abu Bakar memberikannya sesuatu untuk dimakan.Namun Abu Bakar tak mengerti dan hanya mengajarkan nyer beberapa ayat.Setelah menerangkan hal keadaan ayat..Abu Bakar berlalu.
Abu Hurairah menerskan perjalanan.”Owh..die tak memahami kiasanku.Belum ada rezeki…”.Kemudian,berselisih pula dgn Umar Al-Khattab.
“Ucapkanlah padaku beberapa ayat wahai Umar..”kiasan Abu Hurairah pada Umar.Harapannya sama seperti tadi.Mengharapkan Umar dapat memberikan die sesuatu untuk di makan.Namun..keadaan yg same berulang.Umar hanyer mengajarkannya beberapa ayat kemudian berlalu pergi.
“Ya Allah…”Abu Hurairah masih lapar.Perutnya makin berkeroncong ala-ala hip hop.Perjalanan nyer diteruskan sehinggalah die bertemu rasulullah.
“Assalamualaikum Ya Rasulullah….”
“Waalaikumsalam ya Abu Hurairah….”
“Ya Rasullullah…ajarkanlah padaku beberapa ayat…”pinta Abu Hurairah.
Rasulullah tersenyum(tanda paham maksud sebenar Abu Hurairah).”Marilah ke rumah ku.Akan ku jamu engkau dengan sesuatu agar laparmu hilang.Abu Hurairah gembira kerana rezeki bakal tiba.Bunyi-bunyian perutnyer akan dihentikan.
“Sebelum itu…tolong panggilkan aku ahli suffah yang lain.aku juga ingin menjamu mereka.”Pinta Rasullullah pada Abu hurairah sebelum die meneguk semangkuk susu yg disajikan oleh Rasullullah untuknye.
Abu Hurairah megira-ngira.Ada belasan malahan ramai ahli suffah yg hadir utk menerima jamuan nabi yg hanye semangguk susu.Die memerhati yg setiap org dari ahli suffah minum dr magkuk susu itu sehingga kenyang…dari seorg..ke seorg lagi ahli suffah…hingga sampai kepadanya…Abu Hurairah pelik kerana semangkuk susu td masih berisi dan mampu memberi kenyang kepada semua ahli suffah yg hadir….DENGAN IZIN ALLAH dan inilah dia KAF.ba.RO.kaf.ALIF.ta.NUN --->keberkatan.
Dan sebagai seorg mukmin…apa yang perlu kita cari adalah KEBERKATAN agar kite SENTIASA TENANG DAN MEDAPAT NIKMAT DLAM BERIBADAT.
Cara untuk mendapat keberkatan:
1) mendapatkan rezeki dengan cara yg halal
2) bersyukur atas apa jua yg Allah beri
3) membelanjakan harta di jalan Allah
Ciri-ciri ilmu yg berkat(menurut Imam Ghazali):
1) ilmu bertambah hebat kerana Allah
sepatutnya,ilmu yg kita miliki mampu menjadikan kita muslim yg patuh dan dgn itu ilmu yg kita akan menjadi lebih hebat hanya dengan keizinan Allah taala.Ada diantara kita leka dengan kejayaan yg kita perolehi.dengan kejayaan yg sentiasa kita perolehi akhirnya menjadikan kita seorg yg TAKUT GAGAL.jd…diri kita akan sentiasa diselubungi kegelisahan dan ketakutan pada kegagalan.sedagkan kita sudah tahu yg Allah akan bg apa jua yg terbaik untuk diri kita.andai kata mendapat kejayaan…maka bersyukurlah padaNYa dan jika gagal maka kembali dan mengadulah kepadanya.
Segalanya hanya dgn RETURN TO ALLAH
RETURN TO ISLAM
Mafhum firman Allah dalam Al-Quran,”siapa yang takutkan Allah dan mereka adalah ULAMA’(orang-orang yg berilmu)”
2) ibadat bertambah (kerana raser nikmat bile beribadat)
3) bijak menyembuhkan penyakit(penyakit hati-riya’,ujub)
4) bijak patahkan tipu daya syaitan
3)Adakah gagal sekali menunjukkan yg kita ini akan gagal selama-lamanya??
Panel : merujuk pada firam allah dalam surah al-baqarah,
“ Dan pasti Kami akan mengui kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembira kepda org2 yg sabar”(155)
“ iaitu org2 yg apabila ditimpa musibah mereka berkata INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN….”(156)
Berdasarkan ayat di atas,awal2 lg Allah dah katakan yg Dia akan menguji setiap org yg beriman dgn ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.KETAKUTAN terhadap datangnye exam dan ketakutan menghadapi kegagalan adalah satu ujian dr Allah.tetapi pada ayat yg sama juga…cepat-cepat Allah ingat kan bahawasanye…Ada berita gembira untk org2 yg bersabar.Siapa kah die org yg bersabar???maka mereka itulah org2 yg bile ditimpa musibah…tidak menyalahkan takdir atau pun meratap menangisi nasib…bahkan jua hanye menyebutkan INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN(dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali)
So,ape yg kiter nak pertikaikan lg.sudah lumrah yg Allah mmg akan uji kita dgn sedikit ketakutan…then…die akan bg balik something yg spesel utk gembirakan hati kita.Apa yg perlu dibimbangkan dgn kegagalan yg sekarang kerana Allah akan berikan kita kegembiraan di satu mase yg kita sendri tak tahu bila.
Jenis-jenis keGAGALan:
1)gagal yg diuji
Kegagalan semacam ini adalah satu kegagalan yg sering berlaku pada mereka2 yg berusaha namun apa yg didapati pd result tidaklah seperti usaha yg dilakukan.
Malangkah anda jika telah berusaha tp masih gagal???
Off course not….absolutely TIDAK!!!apakah nilaian anda terhadap DAKWAH NABI NUH yg hanya berjaya menislamkan lebih kurang 90 org manusia dalam tempuh lebih 900 thun?adakah itu kegagalan?ini tak lain tak bukan adalah menepati syarat yg Allah tetapkan kpd org2 yg beriman iaitu utk menguji iman mereka.
Apa yg perlu kita lakukan bila menerima UJIAN KEGAGALAN???
Berbalik kepada isi panel pertama..
RETURN TO ALLAH
RETURN TO ISLAM
Kita jarang nampak segala kekurangan yg kita buat ketika menuntut ilmu.kita asyik melihat usaha kita yg mana pada kita adalah telah menepati kehendak Allah sebagai pencipta.sedangkan kesalahan yg kita buat kita tutup walaupun kita tau kesalahan dan kecacatan tindakan kita sbg hamba akan mempengaruhi keberkatan ilmu yg kita dapat.Oleh itu,SILA LIHAT KESALAHAN SENDIRI dan KOREKSI PERIBADI.
2)gagal yg buta
Kegagalan yg dicari.Kite sendiri tak berusaha dan mengabaikan tanggungwab sbg seorg pelajar.
Sebagai seorang pelajar,konsep BELAJAR LILLAHI TAALA adalah penting.disebabkan konsep ini,seorg student tu akan cube memenuhi tanggungjawab dia sbg HAMBA padamule nyer dan kemudiannya sebagai PELAJAR.die akan berusaha untuk mencari jalan cara study yg terbaik yg sesuai bgnya dan dapat menguasai pelajaran.Jadi,bg student yg mmg langsung tak nak belajar,membuang masa dgn sia-sia,enjoying,lepakking saje….maka anda mmg ingin mengudang KEGAGALAN secara buta.Then,jgn salahkan org lain apabila kegagalan itu berlaku pd anda kerana sikap anda sendri.
Sebagai seorg pelajar muslim,apa yg kita kene perbetulkan adalah BELAJAR DGN CARA ISLAM.kita sendiri boleh melihat bagaimana cara kita memulakan proses ulangkaji dgn..
Gambatte!!chayok!!gud luck!! :P
Sedangkan kiter tahu adalah lebih baik agar kite mulakan segala proses ulangkaji kite dgn BISMILLAH.perkata ini nampak remeh tp jgn kiter lupa BISMILLAH akan mengundang keberkatan Allah pada kita.so,perbaiki cara anda memulakan study.
Kadang-kadang,kehidupan kita sebaai seorg pelajar tidak kita penuhi dgn tanggung jawab sebagai seorg hamba.Hati yg penuh dgn UJUB dan RIYA’ kerana sering mendapat kecemerlangn menjadikan kita tidak melihat ke bawah.Sedangkan kita tahu yg org BERILMU juga mudah tersesat dgn ilmunye sendri.Kisah Ifrit dan anaknya:
“Ayah,apakan golongn manusia yg paling baik utk kita sesatkan?”taya si anak Ifrit
“Ayah yg patutnye tanyer soalan ini pada kamu.Mmm…klu kamu,golongn yg manakah yg akan kamu sesatkan??”
“Saya nak sesatkan golongn yg tidak solat,derhaka pada ibu bapa,minum arak…senang sikit kan ayah?”
“Anakku,klu golongn yg cam tu,kamu tayah sesatkan pun mereka dah mg sesat.So,target kita sekarang adalah MEREKA YG BERILMU.”
“isk…cam ne tu ayah???nak sesatkan org berilmu.Diorg kana de ilmu,cam ne kiter nak sesatkan?”
“Sesatkan mereka dgn RIYA’ “
Jadi,kita sendiri nampak betapa penting nya HATI yg enjadi punca Riya’ agar dijaga dgn baik.Kita nakkan ilmu yg berkat dan klu boleh Allah pelihara kita dgn kegagalan,maka kita kene berusaha sebaik mungkin dan menjaga hati dan iman.
Hubungn Dengan Allah
Hubungn Denga MAnusia
Dua perkara di atas perlu dijaga.
Dalam proses pembelaaran,yg paling penting kita STUDY SMART.ada banyak cara utk study smart.terpulang pada keselesaan individu itu sendri.Tp, sy merangkumkan yg study smart itu adalah:
1) HUBUNGN DENGAN ALLAH
2) HATI YANG BERSIH
3) BERSEDIA MENGHADAPI EXAM
Bagaimana menghadapi exam??
Bahagikan masa sebelum,semasa,dan selepas exam.
Sebelum….study,semasa…REPEATITION dan selepas….TAWAKAL dan DOA.
Studylah dua paper pertama yg akan anda duduki andai anda hendak mangaturkan masa.Dan sentiasa membuat ulang kaji dan REPETITION.
“Repeatition is mother of EDUCATION”-mr.Bondarenko
JAdi,anda sendiri buleh menilai diri anda di mana sekarang dan jalan setadi mana yg telah anda pilih.Carilah jalan yg paling sesuai untuk anda utk menempa kejayaan.yg penting anda kene selalu ingat yg kita adalah HAMBA dan pelajar.Tanggungjawab sebagai hamba akan membawa anda lebih maju dan cuba memperbaiki diri.Teruskan usaha di samping berdoa kepada Allah agar memberikan yg terbaik buat diri kita.
Demikian sedikit ringkasan dari FORUM JANGAN PANDANG BELAKANG-Sabtu,26 May 2007.
Monday, 28 May 2007
EXAM sudah DATANG!!!
Saturday, 19 May 2007
Siapa Lebih Mulia
Antara AKU,SAYA,ANA n I,siapa yang lebih mulia??
AKU-kata ganti diri pertama yang biasa digunakan untuk org2 yg terdekat dan rapat.
SAYA-kata ganti diri pertama yang biasa digunakan untk hal2 rasmi,org yg baru dikenali atau dalam perbualan yg lebih hormat.
ANA-bahase arab…tak kisah le cakap ngn sape pun,ANA maksud die tatap saya
I-base org putih dan kini kerap digunakan oleh org yg bukan putih.
Hakikatnye…SIAPA YANG LEBIH MULIA???
Org kita mmg masyarakat yg sangat sensitip lebih2 lg dalam penggunaan bahase.betul atau tidak
1) dengan siapa kita bercakap
2) suasana apa kita bercakap
3) perkara apa kita bercakap
4) tujuan kita bercakap pun memerlukan
ISU : penggunaan ganti diri yang sesuai untuk ditulis dalam blog yang dipunyai oleh USRAH TEAM.
PERBINCANGAN : Blog usrah team adalah satu usrah yang akan memaparkan beberape kategori penulisan:
1) karya seni penulis berbakat
2) artikel berbentuk dakwah n motivasi
3) isu semase dunia n CSMU
Persoalannya,apakah kata ganti diri yang paling sesuai digunakan oleh penulis blog agar buleh diterima pakai oleh semua pembaca???(ade ke org bc blog nih?haha…peduli lah…)
Kenapa isu nih perlu kiter bincangkan?aku sj je tulis entry nih sebab masalah kata ganti diri nih kdg2 membawa kesan kepada apa yang bakal kiter perkatakan.
e.g:seorg penceramah sdg berceramah dan berkata,
“ Apa yang salah akan saya tegur kerana itu tanggungjwab sesame kita sesame muslim”pendengar akan angkuk2 kepala tanda paham ape penceramah cakap
“Apa yang salah,akan aku tegur sebab itu tanggungjawab kita sesame muslim"pendengar mula buat muka tanda tak puas hati penceramah suke2 hati je gune ganti diri AKU macam sume org biase ngn die.
Dan dalam hal dakwah….perkara yang paling dititik beratkan adalah laras bahase si PENDAKWAH agar nampak sentiase berHIKMAH(hikmah tu pemende???)
Aku pun saje nak tulis pasai isu nih sebab kdg2 kiter terlalu memilih cara yg BERHIKMAH utk hal2 dakwah sampai ganti diri pun kita nak amik berat.
Apa HIKMAH tu?aku tau yg korang pun tatau sgt ape hikmah tu.tp megikut ustaz aku HIKMAH dalam dakwah adalah dakwah yg kiter bg meninggalkan kesan kepada si MAD’U(org yg mendegar ceramah dan dakwah).Tak kiralah ca ne pun gaye dakwah andai memberi kesan,itu lah yg BERHIKMAH.
Contoh MAD'U dan cara dakwah yg berhikmah untuk nya(panduan untk DAI'E):
- mad'u seorg yg tak paham basic agama ---> terang elok2 hal agama
- mad'u seorg yg tak paham,malas nak ikut hal2 agama ---> terang,sentiase ingatkan hal agama
- mad'u seorg yg paham agama tp kdg2 leka ---> nasihat,ingatkan balik(sebab manusia ni pelupa)
- mad'u seorg yg paham agama tp sj nak jd fitnah kat agama --->ha...yg ni klu dah tak makan nasihat,tak makan peringatan...bg je die makan PENAMPAR.paham tak?
AnALoGy:
Seorg mak ade seorg anak berusia lapan taun yg suke merengek2 kat kedai minta power rangers.kali pertama anak berkelakuan huduh seperti itu,mak akan pujuk dan kdg2 mak belikan power rangers utk si anak.esok2,kat kedai lain pulok,si anak nak lg power rangers.mak pujuk lg dan pesan,klu si anak baik,mak akan beli tp tak buleh la selalu.anak wat tak paham dan meraung menyebabkan si emak terpakse beli gak power rangers tu.Esok..esok...esok...esok nyer lg,si anak merengek lg nak power rangers di kedai yg lain.Mak dah setat warning klu buat lg macam tuh mak PUKUL.tp si anak degil dan meraung.mak terpakse belikan lagi.dan esok...esok...esok...esok...esoknye lagi...si anak masih berkelakuan same demi melengkapkan koleksi power rangers nyer,si anak merengek lagi di kedai nakkan power rangers.Mak mula bertindak dgn mencubit si anat sedas-dua dan itu cukup utk mengingatkan si anak, penat menahan sakit cubitan mak lebih dr penat meraung yg menyebabkan die tak nak meraung lagi.
--->walaupun sakit..si anak dapat pengajaran yg merengek2 kat kedai adalah satu tindakan yg huduh dan perlu dihentikan.Mak dah berjaya berdakwah dgn HIKMAH kepada si anak wlwpun si anak sakit sikit kerana dicubit.
CONTOH ISU:
“Ana tak puas hati bile ustaz-X menggunakan perkataan BETINA untuk perempuan.nampak kurang manis….bla..bla..bla…”
Aku tak paham macam mane ANA buleh tak puas hati ngn bahase ustaz yg menggunakan perkataan BETINA tu untuk perempuan sebab:
BETINA = PEREMPUAN = WANITA = GADIS
BETINA-untuk jantina yg bukan lelaki…perempuanla.biase digunakan dalam menerangkan hal-ehwal binatang.so,klu ayat nih digunakan utk manusia,org akan pk..cam binatang ke org tuh?
PEREMPUAN-perkataan yg sesuai untuk semua peringkat umo.UMUM
WANITA-perkataan untuk perempuan yg dah ADULT.umo dah lebih 20an.ciri-ciri lain seorg wanita aku tak nak cerita ya.
GADIS-perempuan yg belum berkahwin,dan selalunyer umo tu remaja dan awal 20an.
Ustaz-X dikatakan berbahasa kasar ketika berceramah kerana menggunakan perkataan BETINA sedangkan org KLATE mmg panggil org perempuan…ORG TINO(tino-singkatan betino) --->sume org klate kasar???
Ceramah ustaz-X,
“Jagalah pergaulan dan aurat kerana itu adalah syariat ALLAH ke atas semua mukmin.Kita bukan kambing BETINA yang tak perlu ditudungkan kerana akal yang kita ada dapat membezakan rambut seorg manusia dan bulu seekor kambing”
Kerana ustaz-X telah dituduh berkasar,maka untuk ceramah yg lain…perlukah ustaz-X mengubah struktur ayat nya agar lebih berhikmah ;
“Jagalah pergaulan dan aurat kerana itu adalah syariat Allah ke atas semua mukmi.Kita bukan kambing GADIS(untuk yang belum berkahwin),atau kambing WANITA yang tak perlu ditudungkan kerana akal yang kita ada dapat membezakan rambut seorg manusia dan bulu seekor kambing."
Hahaha…korang tak lawak ke dgr kambing gadis?kambing tu pun malu tau dgr org panggil die seekor kambing gadis sebab kelembutan yg die ade tak cukup melayakkan die dipanggil gadis.Come on la…takkan nak sebut BETINA dalam ceramah pun tak buleh.Mentang2 lah kena BERDAKWAH SECARA HIKMAH…korg nak ustaz tu berHIKMAH sgt ngn korg.Ingat..HIKMAH bukan sekadar LEMBUT.lagi satu,kan dah bg tau…BETINA-jantina utk binatang.ust tu tgh cakap pasai kambing.asal korg tak paham.Adakah korg raser…(ha..aku tak nak sambung…hehe)
Perkara ni berlaku mase taun 2003/2004.Mase aku muda-muda kat matrik.Aku tatau cam ne si ANA yang kununnyer mulia boleh komen ustaz-X macam dielah yg paling mulia.
Penggunaan ANA,SAYA,AKU and I dalam ceramah pun mempengaruhi ke?
Memang mempengaruhi….awal2 td aku dah bg contoh,klu penceramah gune ganti diri SAYA,nampak formal.Guna ganti diri AKU,nampak kasar tapi bg org2 yg dah biase ngn penceramah rilek je…Guna ganti diri ANA,waa…nampak hebat la penceramah ni sebab pandai cakap arab daa…Guna ganti diri I,dah setat raser meluat sebab penceramah ni nampak cam mat saleh sesat je nak bg tazkirah…(ni sume tanggapan org2 yg terlalu mencari kelemahan penceramah).
Hakikatnyer…SAYA,mmg kita biase gunekan pada org2 yg kita tak berapa biasa dan perkara2 formal.Dan org yg mmg biase membahasekan diri SAYA wlpun pada org2 yg rapat mmg selalu nyer org yg FORMAL=skema=sopan.tp ok la tuh kan.SAYA juga digunakan selalunya dalam satu perhubungan yang rapat bukan kerana org tu FORMAL= skema…tapi sebab kerana kekasih.(betulkan?)
Contoh dialog loving couple
Abang ATAN : awak sihat hari ni?awak dah makan?sayang awak…rindu awak…(iklan PONDS kunun..)
Adik MINAH : sihat je.awak sihat?belum makan...kan awak kater nak bawak makan kat restaurant nasik kandar.he…saying awak juge…(ooohoohooo…tak larat)
AKU,biase digunakan utk org2 terdekat.kawan…member…bile dah rapat so,kiter berAKU-NGKO je.Bukan lah perkataan yang kasar sebenarnyer.Tp disebabkan kiter menilai yg penggunaan aku adalah utk org2 yg rapat dan hal2 harian maka jika digunakan di majlis rasmi adalah satu kesalahan.
Bayangkan seorg PM bg ucapan kat depan rakyat;
”Aku berharap semua rakyat akan berusaha meningkatkan produktiviti negara supaya kita akan sentiasa CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG…”--->kompem next election die turun.hehe.sebab ayat die tak betul la.
Dan satu bukti AKU menunjukkan rapatnye hubungan adalah..
“Ya Allah,Aku memohon dariMu agar KAU lembutkan hati ini.KAU bukanlah hati ini menerima segala macam peringatanMU agar AKU tidak dilalaikan.KAU peliharakanlah hati dan iman ini agar sentiase di landasan agamaMU ini….”
Kenapa tak berdoa…
“Ya Allah,SAYA memohon dariMU agar AWAK lembutkan hati ini.AWAK bukakanlah hati ini menerima segala macam peringatanMU agar SAYA tidak dilalaikan.AWAK peliharakanlah hati dan iman ini agar sentiase di landasan agamaMU ini…”
Hahaha…tak lawak ke berdoa macam tu?korg try la…cakap SAYA-AWAK ngn Allah mase doa.mesti tak syok kan.tp itulah die kelebihan bahase.perkataan yg same,berbeza pada situasi n hubungan yg berlainan.POINTnyer…jgn terikat sehingga mengikat hati dari menerima hidayah.
ANA n I-aku tanak komen kat sini.korg paham2 la sendri sebab entry aku kali nih mmg nak tegaskan yg antara SAYA,AKU,ANA n I adalah same.walaupun kdg2 nampak beza tp hakikatnyer si PENCAKAP nak maksudkan dirinyer yg sedang bercakap.
Jgn terlalu LURUS sehingga AKU penceramah buleh buat kite tak suke dgr die berceramah agama dan ANA seorg yang merapu membuatkan kita elok dilalaikan die.Bile seseorg tu membahasekan dirinyer sebagai ANA-jangan anggap die lebih mulia dari org yg membahasekan dirinyer sbg AKU sebab ANA=AKU.ANA dapat pahala lebih sebab bertutur perkataan arab(bahase nabi,bahase syurga)..tp AKU tak berdosa pun klu die hanyer membahasekan diri die AKU.(bukan kelayakan kiter menilai pahala-dosa.sekadar theori).Bile seseorg tu membahasekan diri die I-jangan anggap die tuh lebih moden,hebat and bijak dari org yg membahasekan diri die SAYA sebab I=SAYA.
Aku jugak nak bgtau yg laras bahase utk blog usrah adalah pelbagai.Mengikut entry dan level bahan yg disampai.pesanan..JGN TERIKAT.”JANGAN LIHAT SAPER YG BERKATA TAPI LIHATLAH APER YG DIKATAKANNYA”-sahabat rasulullah
Untuk akhirnya…
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Wallahua’lam
Read More...Friday, 18 May 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
~CALON PILIHAN ABAH~
Part 10
Terfikir pula aku tentang emak. Kasihan emak. Dia mangsa pertelingkahan aku dengan abah. Aku mengemaskan baju-baju untuk dibawa pulang. Aku mengambil seplastik besar cerderahati yang telah aku beli di bandar tempoh hari untuk aku hadiahkan kepada keluarga dan saudara-mara. Abah? Untuk abah? Aku menghadapi masalah besar mencari hadiah untuk abah. Perlukah aku membeli hadiah istimewa untuknya sepertimana yang aku selalu lakukan selama empat tahun berturut-turut. Akhirnya, aku teringatkan jam abah yang terjatuh di dalam sungai ketika dia di kebun, seminggu sebelum berita pertunanganku dikhabarkan. Aku telah berjanji akan membelikan jam baru untuk abah. Jam yang aku beli tempoh hari memang mahal. Meskipun hati aku bengkak dengan tindakannya, tetapi dia tetap insan yang istimewa. Dia abahku. Mungkin hadiah ini dapat menyambung kembali kasih sayang abah padaku. Aku susun semua baju-bajuku dengan kemas di atas katil. Pening pula rasanya melihat baju-baju ini.
Aku keluar sebentar menuju ke Tasik Lough petang itu. Aku perhatikan tasik yang tenang itu dengan burung-burung nya. “..Mengelamun jauh nampak…Boleh aku duduk sama?” Tenunganku terhenti. Aku menoleh ke belakang. Hisham! “Waalaikumussalam…oh..Hisham..emm..duduk lah..Kau pun ada kat sini ye?” “Aku datang cari kau..” Hisham berhenti dan merenungku dari sisi. “Izzah kata kau ada kat sini”sambung Hisham. Aku berasa tidak senang dilihat begitu. Aku menginjak dudukku ke tepi supaya lebih jauh dengan Hisham. Malu aku rasanya duduk berdua di situ.
“Kau merenung ingatkan sapa ni Ana…Rindukan aku ye..”kata Hisham berseloroh. Senyumannya melebar. Aku tergelak mendengarnya. “Ana..Boleh aku cakap sesuatu tak…”Tanya Hisham perlahan dengan nada agak serius. Terhenti ketawaku di situ. Aku seakan boleh mengagak apa yang bakal diperkatakannya. Tidak pernah aku mendengar suaranya se serius itu. Mataku masih memandang tasik. “Cakaplah..” “Ana, pandanglah aku. Kenapa kau macam tak suka aku kat sini?” “Tak adalah…Kenapa, cakap lah…” Kataku sambil memusingkan badanku ke arahnya sambil tersenyum nipis. “Ana…”Hisham terhenti di situ. Dia menundukkan kepalanya seolah-olah mencari perkataan untuk diperkatakannya. Perlahan-lahan kepalanya diangkat dan memandangku. “Ana…Aku sayangkan kau..Aku nak ambil kau jadi teman hidup aku..Sudi tak kau…” Mata Hisham seolah-olah berkaca sedikit.
Aku merenung Hisham dalam-dalam.. Hisham, Aku juga menyayangimu! Hisham, betapa aku gembira kalau kau ungkapkan ini dari dahulu lagi…Hisham…Aku tak mampu menyusun kata untuk ku jawab pada kau. Hisham merenung mataku seolah-olah mencari-cari sinar harapan. Air mata aku mengalir perlahan-lahan dan jatuh dengan laju apabila aku menutup mataku. Seksa rasanya untuk aku ucapkan walau satu perkataan pun. “Ana..kenapa menangis ana…Cakaplah something Ana.. Aku ada menyinggung perasaan kau ke…”Tanya Hisham lembut. Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Aku tak mampu lagi duduk di situ. Aku tak mampu lagi melihat wajah Hisham. Aku bingkas bangun dan berjalan laju meninggalkan Hisham tanpa menoleh ke arahnya. “Ana..!!” Jerit Hisham dari jauh. Beberapa orang Irish memerhatikan aku yang sedang tersedu menahan tangis.
bsambung...
Tuesday, 15 May 2007
ALLAH KNOWS
He test us not to punish
And sharpness of the chisel
Provided we are patient
It just Allah way
Friday, 11 May 2007
SaKiT HaTi LaGi..
Aku tak tahu yang maner kah dikatakan hati.
Ikut bahase…HATI = LIVER = QALBUN.Tapi masalahnyer kat sini,bile kiter cakap pasal perasaan kite akan cakap pasal hati.Tapi aku still tak tahu organ mane yg dimaksudkan.hati itu LIVER kah…HEART kah???contoh ayat: believe in your heart...Percaya dalam hati kamu ke.. @ percaya dalam jantung kamu?? (cam tak sesuai la pulok).Nape org tak cakap..believe in your liver???(haha..korang kompius gak tak???)
HATI = LIVER : main function for detoxication
JANTUNG = HEART : main function for distributing blood in organism body
Haa…..ape kene mengena detoxication ngn perasaan (klu yg kite panggil hati tu LIVER) and ape kene mengena distribute blood ngn perasaan (klu yg kiter panggil hati tuh HEART.) makin kompius?
ISU : hati yang sakit = sakit hati = penyakit hati.
Kategori : path anatomy(sesuai dibace oleh student 3rd year(summer exam) :P)
HATI YANG SAKIT:
1)hepatosis
2)hepatitis
3)cancer
4)cirrhosis
SAKIT HATI:
1)kawan dok ngutuk belakang(ngumpat)
2)nyampah tgk rumate sendri berbaik-baik ngn org lain tp ngn korg wat bodo je
3)kawan korang menipu anda
4)berebut ngn member sesuatu n die yg dapat sambil gelakkan korang bagai nak rak sebab korang kalah
5)koranglah yg patut menang tp juri kater korang tak layak…(ade eke???)
6)cikgu suke bias…
7)member korang kaki pau..tp korang langsung tak tau nak pau die balik cam ne…
Dan beberapa keadaan lagik..
HATI YANG SAKIT:
Etiology:
1)jangkitan makhluk halus(virus,bacteria)
2)silap target atau kekaburan(autoimmune disease)
3)over dose(poisoning…drugs,toxic)
4)buruk sifat(gaye hidup…alcoholic,smoking,bad diet,malas senam…)
5)taqdir..(trauma,eksiden)
SAKIT HATI :
Etiology:
1)jangkitan makhluk halus(setan…ayok!!)
2)silap target atau kekaburan(tader ilmu agama,tu yg kabur je.tatau cam ne nak jg hati)
3)over dose(asek ikut hati die je)
4)buruk sifat(mmg asek buat maksiat)
5)taqdir..(yg nih taleh pakai.bukan alasan beb cakap Allah yg buat ati korang huduh…)
Symptoms:
1)sakit kat bahagian right hypochondrium
2)ade intoxication symptom(muntah,penin2,loya)
3)lemah badan
4)berubah warne(jaundis-kuning)
SAKIT HATI:
Symptoms:
1)sakit giler kat hati(aku pun tatau nak terang cam ne)
2)ade intoxication symptom(raser nyampah,nak sepak,nak baling buku kat org tuh)
3)lemah badan(tak bermaya sebab terlalu ikut hati yg sakit tuh..pompuan le selalunyer ni)
4)berubah warne(merah…atau kehijauan(hulk)… :P)
Pathogenesis:
Etiology--> destruction of hepatocytes-->hepatosis/hepatiti-->cirrhosi-->intoxocation-->hepatic coma
SAKIT HATI
Etiology-->bengang-->tak sabar n tak muhasabah diri-->kumpul banyak2 raser tak pueh hati tu-->setat kutuk org yg buat die sakit hati-->tak tazkiyatun nafs-->cirrhosis-->jauh dr Allah,org tengok pun nyampah
HATI YANG SAKIT
Prevention:
1)jage pemakanan(kebersihan)
2)jage life style(tader sex rambang,tader smoking,tader alcohol)
3)ikut cakap doctor(amik drug ikut arahan..bertindak mengiku arahan!!!)
4)bersyukur pada pencipta(ni aku yg bagi.exam kang jdn jawab cam nih.kang nicheparenko tak terima,aku tatau)
SAKIT HATI
Prevention:
1)jage makan(amik yg halal je.yg shubahat tinggalkan.jgn ikut sgt selera tuh)
2)jage life style(jgn campur yg haq ngn yg batil.)
3)ikut cakap ustaz(pergi le kelas agama.apa gune ilmu medic klu agama kiter same cam kite mase tadika dulu.tader improvement)
4)bersyukur pada pencipta(korang akan tau yg korang mmg tak patut sakit hati kat sesape sebab hati yg satu nih hanyer patut diisi ngn kasih saying agar korang…kiter sentiase tenang)
Treatment:
1)chemoterapiutics
2)transplantation
Treatment:
1)tazkiyatun nafs therapiutics(pernah dgr?kene banyakkan ngaji solat sunat…zikir…gi majlis ilmu…mintak ampun kat allah yg hati korg uh penuh ngn kemarahan n kebencian)
2)transplantation…(mintak allah gantikan HATI yg baru sebab hati tu bukan milik KORANG lagikàrujuk kisah seorg laki yg mintak nasihat dr ulamak untuk bersihkan hati die)
"YA ALLAH,AMPUNI SELURUH DOSAKU,BAIK DOSA KECIL MAHUPUN DOSA BESAR,DOSA PERTAMA MAHUPUN DOSA TERAKHIR,ATAU DOSA DI SAAT BERSAMA ORG LAIN ATAU KETIKA BERSENDIRIAN…”doa rasulullah(riwayat Muslim)
Read More...Thursday, 10 May 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Wednesday, 9 May 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Saturday, 5 May 2007
~CALON PILIHAN ABAH~
Part 7
Masa berlalu begitu pantas. Aku telah berjaya dengan perlahan-lahan membuang gelodak emosiku dan menumpukan perhatianku terhadap peperiksaan. Kini cuma tinggal dua hari sahaja lagi sebelum peperiksaan akhirku. Aku menelefon juga emak untuk meminta restunya. Emak bersungguh-sungguh berpesan supaya aku menjawab dengan teliti. Kalau abah, mesti dia akan menyuruhku supaya banyak-banyak berdoa dan tawakkal. Selawat banyak-banyak. Itu nasihatnya yang biasa sebelum aku menghadapi peperiksaan. Teringin juga rasanya hendak mendengar kata-kata daripada abah sebelum menghadapi peperiksaan ini. Tapi hatiku ini seperti dipagari sesuatu.
Adakah ini dikatakan dendam? Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri sengaja mengelak dari bercakap dengan abah hari itu.Tak apa lah..Mak juga ada menyampaikan pesan dari abah menyuruhku menjawab dengan teliti. Lain pula pesan abah kali ini. Apalah agaknya yang abah fikirkan ketika ini. Apalah yang abah fikirkan tentang aku..tentang aku, anak perempuan bongsunya ini. Memang aku masih marahkan abah. Masih dalam rasa kecil hatiku pada abah.
Sudah 3 bulan aku tak bercakap dengannya..Aku juga yang selalu mengelak.. Mungkin abah juga ada menaruh rasa kecil hati padaku. Ah biarlah.. Aku menghadapi peperiksaan dengan penuh kesungguhan. Segala kesungguhan yang aku ada. Berbekalkan ilmu yang aku pelajari selama ini serta doa yang kupanjatkan kepada Ilahi, aku menghadapi segalanya dengan penuh tawakkal. Selama 3 minggu aku berada di medan peperangan dengan kertas-kertas ujian, ujian praktikal dan lisan, akhirnya…Alhamdulillah…Aku selamat menghabiskan kesemuanya..3 minggu berlalu sepantas kilat. Aku sudah merdeka..Cuma yang ada ialah debaran menanti keputusan yang bakal keluar seminggu lagi. Izzah, Zizi, Semah dan Intan masih lagi belum tamat menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka. Selesai sahaja ujian lisan terakhir tadi, aku bersama rakan-rakan sekelasku terus menuju ke restoren pizza terdekat bagi meraikan episod peperiksaan kami. Aku bersama Lin, Yan, Jes, Zubir dan Hisham makan dengan penuh berselera setelah 3 minggu makan tak kenyang, tidur tak lena.
Kawan-kawan Irishku yang lain semuanya beramai-ramai menuju ke pub yang berdekatan dengan kolej kami, menyambutnya dengan minuman najis yang haram itu. Tidak sesuai lah jika aku hendak bersama-sama mereka sekalipun aku agak rapat dengan mereka. Aku pulang ke rumah ditemani oleh Lin. Rumah Lin lebih kurang beberapa minit berjalan kaki dari rumahku. Setibanya di rumah, aku segera menghempaskan tubuhku yang masih keletihan itu di katil. Aku berbaring dengan tenang. Aku tersenyum sendiri..Alhamdulillah…Habis juga akhirnya…
Tiba-tiba aku teringatkan Izzah. Sudah lama aku tidak bersembang panjang dengannya. Kepala aku asyik memikirkan tentang peperiksaan sahaja selama 3 minggu yang baru berlalu itu. Aku bangun dan menuju ke bilik Izzah. Aku mengetuk pintu sekali dan terus masuk. Izzah baru selesai sembahyang. Dia segera berpaling ke arahku dengan telekung yang masih terlekat di mukanya sambil tersengih. “Dah habis exam??” “Sudah!!!!Alhamdulillah!!”, jeritku sambil terus meluru memeluk Izzah. Aku mula membuka cerita tentang peperiksaanku. Izzah masih ada satu lagi kertas yang perlu diduduki. Itupun masih ada 4 hari lagi sebelum peperiksaan itu. Jadi, bolehlah kami bersembang lama malam itu. Tak lama selepas itu, Zizi, Intan dan Semah pun turut sama berkumpul di bilik Izzah mendengar celotehku tentang peperiksaan akhir yang baru sahaja berlalu. Aku sungguh gembira hari itu…!
bsambung