Part 11
Setibanya di rumah, aku terus masuk ke bilik dan menangis semahu-mahunya. Izzah masuk tanpa mengetuk pintu. “Kak, kenapa ni kak…Apa dah jadi kak…Hisham ke kak??” “Izzah, akak sepatutnya rasa bahagia hari ni.. Hisham kata dia sayangkan akak, nak ambil akak jadi isteri dia…” Aku masih mampu tersenyum pahit dengan air mata yang membasahi pipi. Izzah memelukku erat. Air mataku membasahi bahu Izzah. “Kak..sabarlah kak..” kata Izzah lembut sambil mengusap kepalaku. Setelah itu, aku luahkan segala perasaanku pada Izzah. Setelah reda sedikit barulah aku mampu ketawa, kembali kepada diriku yang ceria. Aku meminta Izzah menemankan aku malam itu.
Esok aku akan pulang ke Malaysia. Tak perlu aku lihat wajah Hisham. Berkali-kali dia cuba menelefonku, tapi aku biarkan saja. Izzah sudah tertidur di atas katilku. Aku mencapai beg yang besar di atas almari. Sudah hampir setahun beg itu berhabuk di situ. Beg besar berbentuk empat segi yang aku beli sejak tahun satu itu aku gunakan cuma untuk pulang ke Malaysia sahaja. Terlalu besar…Aku letakkannya di atas lantai dan mula berkemas. Aku membuka zip kecil di penutup beg itu.
Emm..ada benda pula di dalamnya. Aku mengorek-ngorek poket itu mencari benda tersebut. Aku mencapai dan mengeluarkannya dengan penuh rasa tanda Tanya. Apa pula yang aku tinggalkan di dalam beg ini. Oh! Kotak baldu merah…Kotak cincin pertunanganku…Entah apa perasaanku ketika ini, aku sendiri tidak memahaminya. Bercampur-campur rasanya. Aku tidak pernah membukanya selama ini. Itupun emak memaksa juga aku membawanya ke sini. Dia yang meletakkan kotak itu di dalam begku. Perlukah aku membukanya? Azmi? Adakah Azmi untukku? Atau Hisham? Hatiku sangat menyayangi Hisham. Tapi Azmi? Adakah dia bersalah dalam hal ini? Entahlah.. Aku buka juga kotak itu. Cincin emas dihiasi dengan ukiran berbentuk hati itu ternyata sungguh cantik. Diselang-seli pula corak kelilingnya dengan emas putih. Aku masukkan kembali ke dalam kotak itu dan menutupnya. Aku belum terasa hendak memakainya. Aku masukkan semula ke dalam poket tadi. Aku ini tunangan orang, Sham…Maafkan aku…
bsambung
--
ReplyDelete