Antara AKU,SAYA,ANA n I,siapa yang lebih mulia??
AKU-kata ganti diri pertama yang biasa digunakan untuk org2 yg terdekat dan rapat.
SAYA-kata ganti diri pertama yang biasa digunakan untk hal2 rasmi,org yg baru dikenali atau dalam perbualan yg lebih hormat.
ANA-bahase arab…tak kisah le cakap ngn sape pun,ANA maksud die tatap saya
I-base org putih dan kini kerap digunakan oleh org yg bukan putih.
Hakikatnye…SIAPA YANG LEBIH MULIA???
Org kita mmg masyarakat yg sangat sensitip lebih2 lg dalam penggunaan bahase.betul atau tidak
1) dengan siapa kita bercakap
2) suasana apa kita bercakap
3) perkara apa kita bercakap
4) tujuan kita bercakap pun memerlukan
ISU : penggunaan ganti diri yang sesuai untuk ditulis dalam blog yang dipunyai oleh USRAH TEAM.
PERBINCANGAN : Blog usrah team adalah satu usrah yang akan memaparkan beberape kategori penulisan:
1) karya seni penulis berbakat
2) artikel berbentuk dakwah n motivasi
3) isu semase dunia n CSMU
Persoalannya,apakah kata ganti diri yang paling sesuai digunakan oleh penulis blog agar buleh diterima pakai oleh semua pembaca???(ade ke org bc blog nih?haha…peduli lah…)
Kenapa isu nih perlu kiter bincangkan?aku sj je tulis entry nih sebab masalah kata ganti diri nih kdg2 membawa kesan kepada apa yang bakal kiter perkatakan.
e.g:seorg penceramah sdg berceramah dan berkata,
“ Apa yang salah akan saya tegur kerana itu tanggungjwab sesame kita sesame muslim”pendengar akan angkuk2 kepala tanda paham ape penceramah cakap
“Apa yang salah,akan aku tegur sebab itu tanggungjawab kita sesame muslim"pendengar mula buat muka tanda tak puas hati penceramah suke2 hati je gune ganti diri AKU macam sume org biase ngn die.
Dan dalam hal dakwah….perkara yang paling dititik beratkan adalah laras bahase si PENDAKWAH agar nampak sentiase berHIKMAH(hikmah tu pemende???)
Aku pun saje nak tulis pasai isu nih sebab kdg2 kiter terlalu memilih cara yg BERHIKMAH utk hal2 dakwah sampai ganti diri pun kita nak amik berat.
Apa HIKMAH tu?aku tau yg korang pun tatau sgt ape hikmah tu.tp megikut ustaz aku HIKMAH dalam dakwah adalah dakwah yg kiter bg meninggalkan kesan kepada si MAD’U(org yg mendegar ceramah dan dakwah).Tak kiralah ca ne pun gaye dakwah andai memberi kesan,itu lah yg BERHIKMAH.
Contoh MAD'U dan cara dakwah yg berhikmah untuk nya(panduan untk DAI'E):
- mad'u seorg yg tak paham basic agama ---> terang elok2 hal agama
- mad'u seorg yg tak paham,malas nak ikut hal2 agama ---> terang,sentiase ingatkan hal agama
- mad'u seorg yg paham agama tp kdg2 leka ---> nasihat,ingatkan balik(sebab manusia ni pelupa)
- mad'u seorg yg paham agama tp sj nak jd fitnah kat agama --->ha...yg ni klu dah tak makan nasihat,tak makan peringatan...bg je die makan PENAMPAR.paham tak?
AnALoGy:
Seorg mak ade seorg anak berusia lapan taun yg suke merengek2 kat kedai minta power rangers.kali pertama anak berkelakuan huduh seperti itu,mak akan pujuk dan kdg2 mak belikan power rangers utk si anak.esok2,kat kedai lain pulok,si anak nak lg power rangers.mak pujuk lg dan pesan,klu si anak baik,mak akan beli tp tak buleh la selalu.anak wat tak paham dan meraung menyebabkan si emak terpakse beli gak power rangers tu.Esok..esok...esok...esok nyer lg,si anak merengek lg nak power rangers di kedai yg lain.Mak dah setat warning klu buat lg macam tuh mak PUKUL.tp si anak degil dan meraung.mak terpakse belikan lagi.dan esok...esok...esok...esok...esoknye lagi...si anak masih berkelakuan same demi melengkapkan koleksi power rangers nyer,si anak merengek lagi di kedai nakkan power rangers.Mak mula bertindak dgn mencubit si anat sedas-dua dan itu cukup utk mengingatkan si anak, penat menahan sakit cubitan mak lebih dr penat meraung yg menyebabkan die tak nak meraung lagi.
--->walaupun sakit..si anak dapat pengajaran yg merengek2 kat kedai adalah satu tindakan yg huduh dan perlu dihentikan.Mak dah berjaya berdakwah dgn HIKMAH kepada si anak wlwpun si anak sakit sikit kerana dicubit.
CONTOH ISU:
“Ana tak puas hati bile ustaz-X menggunakan perkataan BETINA untuk perempuan.nampak kurang manis….bla..bla..bla…”
Aku tak paham macam mane ANA buleh tak puas hati ngn bahase ustaz yg menggunakan perkataan BETINA tu untuk perempuan sebab:
BETINA = PEREMPUAN = WANITA = GADIS
BETINA-untuk jantina yg bukan lelaki…perempuanla.biase digunakan dalam menerangkan hal-ehwal binatang.so,klu ayat nih digunakan utk manusia,org akan pk..cam binatang ke org tuh?
PEREMPUAN-perkataan yg sesuai untuk semua peringkat umo.UMUM
WANITA-perkataan untuk perempuan yg dah ADULT.umo dah lebih 20an.ciri-ciri lain seorg wanita aku tak nak cerita ya.
GADIS-perempuan yg belum berkahwin,dan selalunyer umo tu remaja dan awal 20an.
Ustaz-X dikatakan berbahasa kasar ketika berceramah kerana menggunakan perkataan BETINA sedangkan org KLATE mmg panggil org perempuan…ORG TINO(tino-singkatan betino) --->sume org klate kasar???
Ceramah ustaz-X,
“Jagalah pergaulan dan aurat kerana itu adalah syariat ALLAH ke atas semua mukmin.Kita bukan kambing BETINA yang tak perlu ditudungkan kerana akal yang kita ada dapat membezakan rambut seorg manusia dan bulu seekor kambing”
Kerana ustaz-X telah dituduh berkasar,maka untuk ceramah yg lain…perlukah ustaz-X mengubah struktur ayat nya agar lebih berhikmah ;
“Jagalah pergaulan dan aurat kerana itu adalah syariat Allah ke atas semua mukmi.Kita bukan kambing GADIS(untuk yang belum berkahwin),atau kambing WANITA yang tak perlu ditudungkan kerana akal yang kita ada dapat membezakan rambut seorg manusia dan bulu seekor kambing."
Hahaha…korang tak lawak ke dgr kambing gadis?kambing tu pun malu tau dgr org panggil die seekor kambing gadis sebab kelembutan yg die ade tak cukup melayakkan die dipanggil gadis.Come on la…takkan nak sebut BETINA dalam ceramah pun tak buleh.Mentang2 lah kena BERDAKWAH SECARA HIKMAH…korg nak ustaz tu berHIKMAH sgt ngn korg.Ingat..HIKMAH bukan sekadar LEMBUT.lagi satu,kan dah bg tau…BETINA-jantina utk binatang.ust tu tgh cakap pasai kambing.asal korg tak paham.Adakah korg raser…(ha..aku tak nak sambung…hehe)
Perkara ni berlaku mase taun 2003/2004.Mase aku muda-muda kat matrik.Aku tatau cam ne si ANA yang kununnyer mulia boleh komen ustaz-X macam dielah yg paling mulia.
Penggunaan ANA,SAYA,AKU and I dalam ceramah pun mempengaruhi ke?
Memang mempengaruhi….awal2 td aku dah bg contoh,klu penceramah gune ganti diri SAYA,nampak formal.Guna ganti diri AKU,nampak kasar tapi bg org2 yg dah biase ngn penceramah rilek je…Guna ganti diri ANA,waa…nampak hebat la penceramah ni sebab pandai cakap arab daa…Guna ganti diri I,dah setat raser meluat sebab penceramah ni nampak cam mat saleh sesat je nak bg tazkirah…(ni sume tanggapan org2 yg terlalu mencari kelemahan penceramah).
Hakikatnyer…SAYA,mmg kita biase gunekan pada org2 yg kita tak berapa biasa dan perkara2 formal.Dan org yg mmg biase membahasekan diri SAYA wlpun pada org2 yg rapat mmg selalu nyer org yg FORMAL=skema=sopan.tp ok la tuh kan.SAYA juga digunakan selalunya dalam satu perhubungan yang rapat bukan kerana org tu FORMAL= skema…tapi sebab kerana kekasih.(betulkan?)
Contoh dialog loving couple
Abang ATAN : awak sihat hari ni?awak dah makan?sayang awak…rindu awak…(iklan PONDS kunun..)
Adik MINAH : sihat je.awak sihat?belum makan...kan awak kater nak bawak makan kat restaurant nasik kandar.he…saying awak juge…(ooohoohooo…tak larat)
AKU,biase digunakan utk org2 terdekat.kawan…member…bile dah rapat so,kiter berAKU-NGKO je.Bukan lah perkataan yang kasar sebenarnyer.Tp disebabkan kiter menilai yg penggunaan aku adalah utk org2 yg rapat dan hal2 harian maka jika digunakan di majlis rasmi adalah satu kesalahan.
Bayangkan seorg PM bg ucapan kat depan rakyat;
”Aku berharap semua rakyat akan berusaha meningkatkan produktiviti negara supaya kita akan sentiasa CEMERLANG,GEMILANG,TERBILANG…”--->kompem next election die turun.hehe.sebab ayat die tak betul la.
Dan satu bukti AKU menunjukkan rapatnye hubungan adalah..
“Ya Allah,Aku memohon dariMu agar KAU lembutkan hati ini.KAU bukanlah hati ini menerima segala macam peringatanMU agar AKU tidak dilalaikan.KAU peliharakanlah hati dan iman ini agar sentiase di landasan agamaMU ini….”
Kenapa tak berdoa…
“Ya Allah,SAYA memohon dariMU agar AWAK lembutkan hati ini.AWAK bukakanlah hati ini menerima segala macam peringatanMU agar SAYA tidak dilalaikan.AWAK peliharakanlah hati dan iman ini agar sentiase di landasan agamaMU ini…”
Hahaha…tak lawak ke berdoa macam tu?korg try la…cakap SAYA-AWAK ngn Allah mase doa.mesti tak syok kan.tp itulah die kelebihan bahase.perkataan yg same,berbeza pada situasi n hubungan yg berlainan.POINTnyer…jgn terikat sehingga mengikat hati dari menerima hidayah.
ANA n I-aku tanak komen kat sini.korg paham2 la sendri sebab entry aku kali nih mmg nak tegaskan yg antara SAYA,AKU,ANA n I adalah same.walaupun kdg2 nampak beza tp hakikatnyer si PENCAKAP nak maksudkan dirinyer yg sedang bercakap.
Jgn terlalu LURUS sehingga AKU penceramah buleh buat kite tak suke dgr die berceramah agama dan ANA seorg yang merapu membuatkan kita elok dilalaikan die.Bile seseorg tu membahasekan dirinyer sebagai ANA-jangan anggap die lebih mulia dari org yg membahasekan dirinyer sbg AKU sebab ANA=AKU.ANA dapat pahala lebih sebab bertutur perkataan arab(bahase nabi,bahase syurga)..tp AKU tak berdosa pun klu die hanyer membahasekan diri die AKU.(bukan kelayakan kiter menilai pahala-dosa.sekadar theori).Bile seseorg tu membahasekan diri die I-jangan anggap die tuh lebih moden,hebat and bijak dari org yg membahasekan diri die SAYA sebab I=SAYA.
Aku jugak nak bgtau yg laras bahase utk blog usrah adalah pelbagai.Mengikut entry dan level bahan yg disampai.pesanan..JGN TERIKAT.”JANGAN LIHAT SAPER YG BERKATA TAPI LIHATLAH APER YG DIKATAKANNYA”-sahabat rasulullah
Untuk akhirnya…
‘BAHASA JIWA BANGSA’
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment