Sunday, 3 June 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 12

Petang itu Izzah, Zizi, Semah dan Intan menghantarku ke lapangan kapal terbang. Aku memeluk mereka seorang demi seorang dengan perasaan sedih. “Akak, kenapa sedih sangat ni..?” soal Zizi “Emm..iye laa..manalah tau, permohonan housemanship akak tertolak ke..Akak kena lah balik buat kat Malaysia…Tak dapat lah kita serumah lagii…” ujarku dengan nada sedih. Hatiku masih teringatkan Hisham.. “Kak, 2 minggu lagi kitorang balik Malaysia boleh la jalan-jalan Kedah, pi umah akak” sampuk Izzah yang sejak tadi diam. “Datang lah…Jangan tak datang pulak…” jawabku sambil mencubit pipi tembam Izzah. Aku perlu masuk ke balai berlepas sekarang. Cuma tinggal setengah jam sahaja sebelum bertolak. Aku melambai-lambai ke arah mereka sambil berjalan perlahan-lahan. “Ana!!” Satu suara memanggilku dari jauh. Suara yang aku kenali. Aku berpaling melihatnya. “Eh, Sham..Mana kau tahu aku balik harini..”kataku perlahan ketika dia tiba di depanku. Aku menunduk malu teringatkan peristiwa semalam. Berkali-kali dia menelefonku semalam, tapi tidak kujawab satu pun. “Takkan aku tak tahu pulak..Ni ha..untuk kau…Jaga diri ye..” Kata Hisham sambil menghulurkan bungkusan kecil kepadaku.

Aku tidak bercakap banyak. Sudah kutolak pemberiannya itu. Dipaksa juga aku menerimanya. Aku sekadar tersenyum tawar. Di dalam kapal terbang, segera aku membuka bungkusan pemberian Hisham. Cincin. Aku menyandarkan tubuhku lemah di tempat dudukku. Ada nota ringkas ditinggalkan untukku. ‘Ana, andai kau terima hati aku, pakai lah cincin ni.’ Aku masukkan sahaja kotak itu ke dalam beg kecilku. Mataku sudah tak mampu menangis lagi. Aku perlu melupakan Hisham ketika ini. Tak apa lah..pulang ke Malaysia nanti, akan aku pujuk abah supaya memutuskan pertunanganku dengan Azmi, dan menerima Hisham. Aku tiba di London dan terkocoh-kacah aku mengejar kapal terbang London- Kuala Lumpur pula. Aku tidak dapat tidur sepanjang perjalananku. Aku mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid yang dimainkan di saluran radio peribadi dalam kapal terbang itu. Itu sahaja yang dapat menenangkan aku sekarang. Aku memasang nekad untuk cuba berbaik-baik semula dengan abah kali ini. Akan kupujuk dia bila tiba masa yang sesuai nanti. Aku sangat sayangkan abah. Lagipun, abah sudah tua. Bagaimana kalau abah pergi dulu sebelum aku sempat memohon maaf kepadanya. Aku rindukan kemesraan kami dahulu. Aku rindukan abah..Biarlah kepulangan ku kali ini membawa semula keceriaan hidupku..

bersambung


No comments:

Post a Comment