Part 13
Tiba di Kuala Lumpur, aku menaiki pula kapal terbang domestik ke Alor Setar. Letih rasanya badanku ini. Tapi aku puas! Puas kerana aku telah pun pulang membawa kejayaan. Tak sabar rasanya hendak membawa emak dan abah bersamaku ke Ireland bulan depan untuk menyaksikan hari graduasiku. Akan aku pertemukan mereka dengan Hisham. Aku melambai-lambai Kak Ngah dari jauh. Shikin, anak saudaraku berusia 17 tahun dan Nina, berusia 5 tahun melambai dengan girang ke arahku. Aku tersengih riang. Aku bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Hairan juga aku, ada pula masa dia dan keluarganya mengambil aku hari ini. Selalunya dia sentiasa sibuk dengan kerja-kerja politiknya.
Emak dan abah tak kelihatan pula. Kira-kira 5 meter dariku, kulihat abang Ngah sedang bercakap-cakap dengan seseorang. Pemuda berbadan sedikit berisi itu berpaling ke arahku. Direnungku sebentar dan senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Siapakah dia? Itukah.. “Ana..pandang siapa tu..Itulah tunang ana,Azmi..” kata kak Ngah sambil tersenyum. Aku membalas senyuman kakNgah dengan cubitan ke lengannya. Shikin dan Nina tertawa melihatku. “Mak dan abah mana kakNgah?” soalku. Tak sabar rasanya hendak menatap wajah mereka. “Ada di rumah..Jom lah kita balik..” Kak Ngah terus saja memanggil Abang Ngah dan Azmi. “Dr Hana!! Apa macam? Sehat?” tegur Abang Ngah dengan penuh keceriaan. Abang Ngah memang periang orangnya. “Sehattt..alhamdulillah…” jawabku sambil tersengih. Azmi kulihat diam saja di tepi Abang Ngah. Aku sendiri tidak berani melihat wajahnya. Malu. Segan. Entah apa lagi perasaan yang bersarang. “Ini pulak..Dr. Azmi.. Ala Mi..Mai lah sini..Malu-malu pulak dia..” sambung Abang Ngah.
Aku menunduk malu dan memandang kak Ngah yang tersengih melihat Azmi. Dia nampak serba-salah untuk berhadapan denganku. Aku memberanikan diri menoleh memandangnya. Tepat pula ke wajahnya. Wajah itu nampak resah diperlakukan begitu. Orangnya hitam manis, berkulit sawo matang. Wajahnya nampak matang dan dapat aku rasakan dirinya seorang yang sangat pemalu. Kalau hendak dibandingkan dengan Hisham..Hisham jauh lebih kacak dan menarik pada pandanganku. “Emm..ana apa khabar” soalnya perlahan. “Alhamdulillah..” ringkas sahaja jawapanku. Sampai di situ sahaja jawapan sepatah aku. Aku terus pura-pura sibuk mengangkat beg kecil ku. “Mi ikut ke rumah sama?” Tanya Abang Ngah pada Azmi. “Emm..tak apa lah Angah..Urusan keluarga angah ni..tak eloklah Mi ada pula..” ujar Azmi. Urusan keluarga apa pula?? Aku tertanya-tanya di dalam hati.
bsambung....
No comments:
Post a Comment