Monday, 15 October 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Part 21
Hari ini, aku dan Izzah pulang bersama. Ramai juga yang menghantar aku di airport. Itu kali terakhir aku menjadi warga bumi Cork yang menyimpan seribu satu kenangan itu. Aku menoleh buat kali terakhir memandang bumi kedua yang kucintai selepas Malaysia itu sebelum aku masuk ke perut kapal terbang. Aku menghirup sepuasnya udara Ireland. Selepas ini aku mungkin takkan kembali lagi ke sini..Mataku masih berbekas lagi hasil tangisanku selama 2 hari yang lepas. Malu juga dilihat orang. Tapi apakan daya, itulah perasaanku yang terpancar jelas di wajahku. Aku akan cuba melupakan semuanya. Kenyataan yang terlalu sakit untuk kuterima. Tapi itulah hakikatnya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mengenang aku ini hanyalah hambaNya yang hina, sesungguhnya tidak layak untuk aku mempersoalkan takdir ketentuanNya. Dia lebih tahu. Aku percaya sepenuh hatiku bahawa dia lebih tahu segala-galanya. Sepanjang di dalam kapal terbang, aku bersembang panjang dengan Izzah. Semuanya cerita-cerita gembira sahaja yang kami cakapkan. Kami berpisah di KLIA. Ibu bapanya akan menjemput dia di situ. Aku memeluk Izzah erat-erat sebelum berpisah. Bagiku dialah sahabat paling sejati pernah aku miliki. Aku meneruskan penerbanganku ke Alor Setar. Aku tidak memberitahu emak tentang kepulanganku. Sampai sahaja di Alor Setar, aku mengambil teksi dan terus pulang ke rumah.



Cork city, Ireland.


Fikiranku kini kosong. Aku Cuma memikirkan tentang pembedahan otakku yang akan aku uruskan nanti. Setibanya di rumah, aku nampak emak sedang menyapu di luar. Emak sungguh terkejut melihatku. Terus dia memelukku dan mencium pipiku. "Kenapa tak cakap dengan mak nak balik? Kalau tidak boleh mak dan Azmi jemput ana" kata emak lembut. Azmi?? Sudah lah tu Mak!Ana dah putus dengan Azmi..kata hatiku. "saja nak kejutkan mak.." kataku sambil tersenyum. Emak terus sahaja mengheret aku masuk ke rumah dan bercerita panjang-lebar denganku. Betapa dia merindui aku.. Aku tunjukkan pada emak gambar-gambar konvokesyenku. Emak memeluk aku sebaik sahaja dia melihat aku memakai baju merah jambu itu."Ana..kita cepatkan aje ye sayang.."ujar emak lembut."Cepatkan apa ni mak?" soalku dengan penuh debaran."Perkahwinan Ana laa..Janganlah berdalih-dalih lagi..Mak ada jumpa Azmi minggu lepas." Emak diam seolah-olah menunggu aku bertanya tentang Azmi. Aku diam sahaja.."Ana..Ana bergaduh dengan Azmi ke? Dia diam saja bila mak sebut nama Ana..Kenapa ana..bagitau lah pada mak.."pinta emak sepenuh hati."Erm..tak ada apa-apa mak..Alahh..biasalah..Ana kan duduk jauh dekat sebulan jugak tak balik ni kan..Mestilah macam tu sikit.."kataku. Apa maksud kata-kata aku itu aku sendiri pun tidak memahaminya. Aku tergelak sendiri di dalam hati memikirkan kata-kata aku pada emak itu. "Mak tengok Ana ni macam susah hati je..Ana ada masalah apa-apa ke.." soal emak sambil membelai-belai rambutku. Aku tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalaku.Biarlah aku sendiri dan menyendiri..Biarlah aku fikirkan masa depanku dan emak sahaja. Aku tak mahu lagi menghiris hati sendiri..Cukuplah dengan apa yang apa yang sudah berlaku.Malam-malam yang berlalu setelah aku kehilangan Hisham sememangnya begitu sukar bagiku. Sebelum tidur adalah masa terbaik yang selalu aku gunakan untuk memikirkan masa depanku, apa yang akan aku lakukan esok dan seterusnya. Ketiadaan Hisham dalam masa depanku adalah sesuatu yang di luar kemampuan diriku untuk membayangkannya. Kalau dulu, abah memaksa, aku masih mampu memberontak dan menolak. Tapi kini, empunya diri yang menjadi impianku sudah menolak. Apalah yang mampu aku lakukan. Ketumbuhan otakku adalah ujian dariNya. Pemergian abah adalah ujian dariNya. Andaikata umurku masih panjang, esok pasti akan menjelma jua. Hidup perlu aku teruskan. Tak ada gunanya aku merungut dan menangis. Aku lelap setiap malam berbekalkan kekuatan semangat dan keyakinanku pada Ilahi.

Malam sudah larut. Yang kedengaran Cuma suara cengkerik dan unggas-unggas di luar. Bunyi kipas berpusing menemaniku malam itu. Aku baru sahaja selesai menunaikan solat istikharah, memohon petunjuk Ilahi. Gambar masjid Nabawi di sejadahku itu kupandang lama. Malam ini aku bertekad untuk berusaha mengubah hidupku. Derita yang aku hadapi perlu aku lalui dengan kegigihan. Tidak ada gunanya lagi bayangan-bayangan wajah Hisham dalam hidupku. Dia terlalu jauh. Terlalu jauh untuk aku gapai. Aku harus belajar membuang Hisham daripada hidupku.Telekung aku lipat perlahan. Aku mengusap rambutku perlahan. Aku Cuma ada diri sendiri untuk membela nasibku. Selama ini, pergantunganku pada abah. Abah lah yang menguruskan diriku. Dialah yang menggembirakan aku. Seri hidupku sudah mula hilang sejak peristiwa tahun lepas. Aku perlu mengembalikan keceriaan yang sudah lenyap dari hatiku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan berusaha mencarikan doctor terbaik untukku. Kalau lah abah masih ada, dialah yang akan memujukku atas kesedihanku. Aku menarik nafas panjang dan kuhembus perlahan. Aku perlu berdiri sendiri sekarang. Tidak perlu bergantung kepada orang lain. Aku perlu kuatkan semangatku. Semangat dan kegigihan untuk melawan kekangan emosi ku ini. Aku tertidur di atas sejadah yang masih belum kulipat.


"Assalamualaikum Ana." Suara di telefon itu kukenali. Azmi menelefonku pagi itu setelah hampir seminggu aku di rumah."Waalaikumussalam !Emm..""Ana..Mi bercakap ni. Boleh Ana datang klinik Mi tengah hari ni? Klinik Darul Syifa’. Ana tau kan? Mi tunggu pukul 12.30 nanti ok?" Nada Azmi tegas. Aku tidak berani membantah."Insya-Allah.."Aku segera bersiap. Aku lihat wajahku yang sedikit pucat itu. Aku sapukan pelembab dan pelapik bedak. Sedikit blusher dan lipstik nipis berwarna merah lembut turut aku sapukan. Malu pula ingin berjumpa Azmi dengan wajah yang begitu.Tepat jam 12.30 tengah hari, aku tiba di klinik Azmi. Puas juga aku meronda mencari Klinik Darul Syifa’ ini. Klinik itu kemas dan bersih. Tulisan-tulisan ayat-ayat Al-Quran yang indah-indah dibingkaikan dan digantung di dinding. Ramai juga orang di luar menunggu."Assalamualaikum..Ini Cik Nurul Hanaa ye?"Tanya penyambut tetamu di depan. Aku menjawab salam dan mengangguk-angguk sambil tersenyum."Cik pergi ke bilik nombor 2 di hujung sana, Dr Azmi sedang menunggu."Aku berlalu setelah mengucapkan terima kasih. Berdebar-debar sungguh rasanya. Entah apa yang akan dikatakan Azmi. Pasti dia marah dengan kata-kataku dalam suratku meminta tali pertunangan kami diputuskan. Aku mengetuk pintu perlahan. Setelah mendengar suara Azmi menyuruh masuk, perlahan-lahan aku menguak pintu yang tidak bertutup rapat itu. Aku terus saja menutup pintu dan memandang Azmi yang masih leka menulis sesuatu."Emm!" aku kehilangan kata."Duduklah Ana.."kata Azmi perlahan. Aku patuh sahaja. Kulihat Azmi masih lagi khusyuk menulis."Ana apa khabar? Macam mana grad? Seronok tak?" soal Azmi setelah menghabiskan kerjanya."Emm..ana sihat alhamdulillah..Grad pun seronok.."terketar kurasakan suaraku. Aku tidak berani melihat wajah Azmi."Ana!Mi minta ana ke sini..bukan untuk berbincang hal kita. Tapi, hal ana.." Aku sedikit terkejut. Hal aku? Aku mengerutkan dahi memandang meja. Hal apa pula?"Ana..Mi risau kesihatan Ana..Mi tahu tentang masalah kesihatan Ana. Mi dah uruskan pembedahan untuk Ana di KL. Laporan kesihatan ana pun Mi dah dapat dari Cork University Hospital. Mi harap Ana setuju dengan cadangan Mi ni.." Kata-kata Azmi yang panjang lebar itu memeranjatkan aku. Siapa?? Siapa pula yang memberitahu Azmi??"Izzah menelefon Azmi beberapa hari selepas ana kemalangan. Dia dah ceritakan semuanya pada Mi..""Semua? Hisham? Tentang Hishan pun?"soalku laju sambil memandang wajah Azmi."Hisham??" Azmi mengerutkan dahinya. "Siapa Hisham tu? Ohh..patutlah!Ana..tak sudi terima Mi..Rupanya hati ana dah berpunya.." Kata Azmi perlahan.

Dia memandang tepat ke wajahku. Aku jadi serba-salah. Darahku juga menyirap mendengar kata-kata Azmi. Benci pula aku mendengar nama Hisham itu."Hisham tu kawan biasa saja. Tak lebih dari itu." Kataku tegas."Habis tu kenapa ana sebut nama dia tadi??" soal Azmi memerangkapku. Aku terdiam Mataku tepat memandang Azmi tidak berkelip. "Ana tak pernah ada apa-apa dengan dia.""Tapi kenapa Ana sebut nama dia tadi?" Azmi mengulang soalannya. Hatiku menjadi geram mendengarnya. "Biarlah ana! Ikut suka saya lah!" Aku mula meninggikan suara. "Mana boleh ikut suka. Awak tunang saya""Saya dah minta diputuskan""Saya tak pernah setuju untuk putus" Azmi membalas. Selesai sahaja Azmi berkata begitu, azan zohor berkumandang dari masjid. Kami sama-sama terdiam. Aku mengalihkan pandangan ku ke almari buku yang tersusun di tepi dinding. Selesai sahaja azan, Azmi bingkas bangun. Aku memerhati dengan serba tak kena."Saya nak ke masjid bersolat sekejap. Awak pergilah solat di bilik sembahyang di atas. Lepas tu turun balik ke sini" arah Azmi. Aku menurut sahaja dia dari belakang. Aku naik ke tingkat atas mencari bilik sembahyang. Aku mengambil air sembahyang di bilik air bersebelahannya dan terus masuk bersembahyang. Ada seorang wanita sedang turut sama bersembahyang di situ. Aku menepuk belakangnya untuk berimam. Selesai memberi salam dan membaca doa, wanita itu masih lagi di situ. "Ini Cik Nurul Hanaa tunang Dr Azmi ye?" soalnya sambil tersenyum. Aku bersalam sambil membalas senyumannya. Aku dikenali rupanya di sini."Kakak ni siapa nama?" soalku lembut. "Kakak jururawat di sini. Panggil aje Kak Tiah..emm..patutlah Dr Azmi sanggup tunggu..comel tunang dia ni rupanya!" usik Kak Tiah. Aku Cuma tersenyum malu. Setelah Kak Tiah beredar, aku pun segera bersiap dan turun ke bawah semula. Aku bimbang kalau terlambat nanti, marah pula Azmi. Sudahlah tadi aku sudah pandai meninggi suara. Dia pula sudah bercakap penuh ketegasan denganku.




Aku masuk ke bilik tadi. Aku perhatikan bilik itu tersusun rapi. Azmi ini pengemas orangnya. Aku memerhatikan rak buku yang penuh dengan buku-buku perubatan dan buku-buku bertulisan arab. Aku beralih ke rak yang rendah dan lebar di belakang meja Azmi. Peralatan perubatan tersusun di rak itu. Aku memandang meja Azmi. Kerusi empuk Azmi itu aku duduk. Aku terpandang gambar-gambar yang tersusun di atas meja. Gambar Kak Ilya dan Abang Deris. Gambar Nora dan suaminya serta Izzati, adik-adik Azmi yang sudah kulupa nama mereka itu kutatap seorang demi seorang. Aku terkejut melihat gambar aku diletakkan bersebelahan gambarnya di dalam bingkai. Ini mesti emak yang beri gambar aku ini pada Azmi. Terharu pula aku dengan ingatan Azmi padaku. Di hujung sekali aku ternampak gambar aku dan Azmi semasa kecil. Aku terkejut sekali! Bila pula aku mengambil gambar dengannya?. Dia memeluk bahuku. Ketika itu mungkin aku dalam darjah satu agaknya. Umur Azmi sendiri pun aku tidak ambil tahu. Aku tersengih sendiri melihat gambar semasa kami kecil itu. Rambutku bertocang dua. Oh! Budak hingusan itu adik Azmi rupanya! Dia duduk bercangkung di hadapan aku dan Azmi. Aku hampir tergelak melihat gambar Azmi dengan seluar pendek itu. Ketawaku hilang sebaik sahaja ternampak Azmi di muka pintu. Terkejut aku bukan kepalang dengan kehadiran Azmi. Aku jadi tak tentu arah, bingkas bangun dan hampir terjatuh pula terlanggar wayar radio Azmi. Wajah Azmi tak berani aku pandang. Aku segera duduk semula di kerusi berhadapan meja Azmi. Azmi berjalan perlahan lalu duduk di kerusi empuk yang aku duduk tadi. "Apa yang ana gelak tadi?" soal Azmi sambil tersenyum. Lega hati aku melihat bayang senyuman itu. Sudah hilangkah marahnya padaku tadi? Aku mengangkat muka lalu tersenyum kembali padanya."Tu..gambar tu..gambar masa kecik.." "Ooo..gambar depan rumah Mi masa mak dan ayah Mi dekat sini duluu..Ana tak ingat ke?" Aku menggeleng-geleng kepala.

"Ha!itulah..asyik teringatkan Hisham dia aje..Manalah nak ingatkan kita ni.." Aku menarik muka mendengar kata-kata Azmi itu. Aku baru nak cuba berbaik semula, dia dah cari gaduh balik."Mi ni!.Ana baliklah macam ni.."kataku dengan nada merajuk. Aku mencapai beg tanganku di atas meja. Entah kenapa berani pula aku buat perangai dengannya."Tengok tu..baru usik sikit dah nak balik. Duduk situ. Jangan pegi mana-mana. Mi belum habis cakap." Kata Azmi, persis suara abahku mengarahkan aku. Aku duduk diam sahaja. Tak berani hendak melawan. Azmi sedang bercakap telefon dengan kawannya. Aku sendiri hairan dengan perangaiku ini. Apa yang sedang terjadi ini? "OK..sori Ana..kawan Mi tadi ada problem sikit..OK..Ha!ada apa-apa penjelasan nak berikan pada saya tentang Hisham?""Takde" jawabku ringkas dengan nada memberontak."OK..kalau takde, dua minggu lagi saya bawa awak ke KL untuk check-up dan operation tu." kata Azmi tegas."Ana tak cakap ana setuju pun lagi untuk operation tu" jawabku sambil menguis-nguis tali beg tanganku."Degil lah awak ni..Memang betul lah kata Pakcik Nuar..Degil,cepat merajuk!Tarik muka..semula lengkap.." Aku terasa seperti hendak menangis sahaja mendengar kata-kata Azmi itu. Abah ni..Itu pun dia ceritakan pada Azmi. Sesungguhnya aku teringatkan abah..Azmi ini rupanya seperti abah juga. "Ana.. 2 minggu lagi Mi bawa ana dan mak ke KL. Kawan Mi sendiri yang akan buat operation tu nanti. Mi tak berniat memaksa ana..Mi Cuma sayangkan Ana.. Sebab tu Mi nak ana cepat sihat." Ujar Azmi lembut apabila melihat wajah aku yang hampir menangis itu."Ana tak sakit pun." Aku meneruskan rajukku dengan kata-kata Azmi mengatakan aku degil tadi. Aku dengar Azmi menarik nafas panjang. Aku tak melihat wajahnya. Aku pandang sahaja beg tangan hitamku itu."Ana kan dah jadi doktor..Takkan tak tau pula..Okla..Mi minta maaf ye pasal kekasaran Mi tadi..Minggu depan hari Khamis kita pegi ye.."Aku sudah malas hendak bergaduh dengannya. Aku mengangguk sahaja. Tak sampai hati menolak. Dia bersungguh benar ingin membantu ku."Bayarannya macam mana? Berapa ribu? Ana belum cukup duit lagi..""Dengan tunang sendiri takkan lah Mi nak berkira. Tak payah Ana susah-susah fikir tentang duit. Mi bayar semua. Mi Cuma nak Ana sihat".Aku rasa tidak senang mendengar penjelasan Azmi. Aku tidak mahu terhutang budi padanya."Ana tak mau macam tu..Insya-Allah, nanti bila dah kerja Ana bayar balik."Azmi tergelak kecil mendengar kata-kataku. Entah apa yang kelakar."So, Ana setuju ?" soal Azmi. Aku sekadar mengangguk. Kepada siapa lagi boleh aku harapkan? Mujur juga ada Azmi hendak membantu. Alhamdulillah.."Macam tu lah tunang Mi" katanya sambil tersenyum. Hati aku sayu mendengar perkataan ‘tunang’ itu. Azmi tak kisah kah dengan penyakit aku seperti Hisham? Aku mula mengeluarkan air mata. Bertakung sudah air mataku. Aku teringatkan tentang tanggapan-tanggapan buruk Uncle Rahman dan Auntie Zaleha pada aku dan keluargaku."Mi.." aku bersuara perlahan. Dia memandang tepat ke arahku. Aku tunduk memulakan bicara."Mi tak kisah ke dengan diri ana? Ana sakit. Mak pun pernah sakit ketumbuhan juga. Mi tak kisah ke? Mana tahu memang keturunan ana ni macam tu.." Kataku perlahan."Ana..semuanya ini ketentuan Allah..Manusia tak mampu menghalang. Lagipun, ana sendiri belajar kan..berapa percent aje yang bergantung pada genetik."Air mataku mengalir di pipi. Kulihat Azmi bagai tergamam melihat aku menangis."Ana..kenapa ni..Mi mintak maaf pasal kekasaran Mi tadi. Janganlah macam ni." Dihulurkan sapu tangannya padaku. Aku sambut dan terus sahaja menyapu air mataku. "Mi, Mi tak kisah ke kalau mak dan arwah abah bukan orang berada?" soalku lagi. Aku tahu Kak Ilya dan Abang Deris bolehlah dikatakan orang berada di KL sana."Astaghfirullahal ‘azim..Apa ana cakap ni..Mi sayangkan Ana dan keluarga Ana sama macam keluarga Mi sendiri. Apa yang Ana nak beza-bezakan dengan harta ni?""Mi..Mi tak kisah ke Kak Ngah dengan hal politik dia tu. Mana tahu, bertentangan pulak dengan pendapat Mi..Nanti takde orang pulak datang klinik Mi""Ana..apa yang Ana cakap tak tentu hala ni..Mi tak pernah terfikir pula pasal tu semua.." Azmi menggeleng-gelengkan kepalanya."Mak dan ayah Mi suka ke Ana ni..? Dahla berpenyakit, bukan orang berharta..Ha..apa lagi? Degil, cepat merajuk, mengada-ngada..""Ehh!mana ada Mi cakap Ana mengada-ngada..??"Aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Azmi itu.


Bandar Alor Setar.

Azmi tersengih melihat aku menyapu-nyapu air mata. "Ana..kita kawin sekarang lah..Mi nak tolong sapu air mata tu..""Apa Mi ni..Ana tak sukalah.." Aku segera bangun ke sinki di bilik Azmi.Aku lihat wajah Azmi tersenyum memandang aku yang masih mengesat-ngesat mukaku yang dibanjiri air mata tadi. Aku membetul-betulkan tudungku. Hendak ke bilik air malu pula dengan orang-orang di luar dengan mata yang masih merah.Aku pulang segera selepas itu. Pertemuan sekali itu telah membuahkan perasaan terhadap Azmi yang tak dapat aku gambarkan. Azmi? Siapakah dia di hatiku kini? Tak mungkin aku jatuh hati padanya. Aku ketawa kecil di dalam kereta sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Kelakar rasanya memikirkan perasaan sendiri. Terasa hilang masalahku. Hilang perasaan susah hatiku. Sudah lama rasanya aku tidak ketawa begini. Perwatakanku yang dulu, mudah ketawa, suka berlawak dan periang sudah mula menunjukkan dirinya. Sudah lama tidak kurasa senang hati begini.Pertemuan dengan Azmi tadi seolah-olah mengubah sesuatu dalam diriku. Entah lah..Aku sendiri tidak faham. Mustahil untuk aku jatuh cinta padanya sedangkan bekas sisa-sisa kasihku pada Hisham masih lagi terpahat. Mungkin hatiku gembira kerana masalah ketumbuhanku insya-Allah akan diselesaikan tak lama lagi..Alhamdulillah.. Atau mungkin kerana aku telah berbaik semula dengan Azmi. Rasa bersalahku pada Azmi begitu menebal sejak aku memberikan surat untuk memutuskan pertunanganku dengannya sebelum aku berlepas ke Ireland bulan lepas. Tapi itu tidak bermakna aku mahu menjadi isterinya. Isteri! Gementar aku mendengar perkataan itu. Aku belum bersedia menerima sesiapa pun setelah aku kehilangan Hisham. Benarkah aku sudah kehilangannya??Tanganku memegang erat steering kereta arwah abah. Aku melalui jalan-jalan di kampung kawasan rumahku. Sengaja aku berpusing mengambil angin sebelum pulang ke rumah. Biarkanlah apa yang telah Hisham lakukan padaku. Aku sudah terlalu letih memikirkan tentang dirinya. Biarlah masa menentukan segalanya. Aku tiba di rumah dengan senang hati. Pertolongan yang dihulurkan oleh Azmi kusambut dengan tangan terbuka. Akan kubayar semula semua kos perubatanku setelah aku bekerja nanti. Segala persoalan hati yang masih tergantung ini aku tolakkan ketepi sehingga segala-galanya selesai. Terasa aman hidupku seminggu ini, seolah-olah segala kekusutan dalam kehidupanku sudah berlalu. Minggu depan Azmi akan membawa aku dan emak ke Kuala Lumpur untuk menjalani pembedahan itu. Azmi sendiri telah menerangkan tentang penyakitku kepada emak. Maklumlah, dia lebih percayakan kata-kata Azmi daripada anaknya yang masih mentah dalam dunia perubatan ini. Aku memandang dengan pandangan yang masih kabur ke arah wajah emak di sisi kananku. Emak tersenyum sambil memegang tanganku. "Ana..Bangun lah..alhamdulillah..semuanya dah selesai.." ujar emak lembut. Aku membalas senyuman emak. Pembedahanku sudah selamat dijalankan. Azmi serta Kak Ilya dan Abang Deris turut berada di sampingku. Aku tidak sanggup memandang wajah Kak Ilya. Wajah itu seolah-olah menaruh satu harapan buatku. Aku pejamkan semula mataku yang masih lemah. Alangkah indahnya jika Hisham di sisiku. Entah kenapa wajah Hisham tiba-tiba bermain di fikiranku."Biarlah dia rehat dulu", satu suara menyuruh mereka meninggalkan aku sendiri.Aku telah selamat kembali ke rumahku kini. Kesihatanku sudah semakin baik. Azmi menjaga aku dan emak dengan baik sepanjang kami di Kuala Lumpur dan juga setelah aku pulang ke rumah. Setiap hari dia akan menelefon emak bertanya khabarku. Abang Long dan Kak Ngah sekeluarga juga pulang menjengokku. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah menyembuhkan penyakitku ini.

Sesungguhnya, Dialah yang Maha Menyembuhkan. Terus-terang aku katakan kebaikan Azmi telah sedikit-sebanyak menawan hatiku meskipun bayang-bayang Hisham masih lagi bermain di fikiranku. Aku duduk termenung di atas katilku sambil memandang kedua-dua cincin pemberian Azmi dan Hisham. Kedua-duanya sama cantik. Atau mungkin cincin pemberian Hisham itu lebih menarik pada pandangan mata kasarku. Pandangan mata hatiku? Aku sendiri tidak mampu menentukannya. Hari ini Kak Ilya telah menelefon emak bertanyakan tentang tarikh pernikahan aku dan Azmi. Emak begitu beriya-iya mahu mempercepatkan tarikhnya. Daripada apa yang aku lihat, emak juga agak kecewa dengan sikapku yang tidak memberikan sebarang respon. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk aku memikirkan soal perkahwinan. Aku baru sahaja pulih daripada pembedahan dan baru saja pulih daripada ingatanku terhadap Hisham. Aku belum bersedia. Memang aku suka membaca buku-buku isteri teladan, kisah-kisah Isteri-isteri Rasulullah, kerana aku tahu sesungguhnya, Allah meletakkan kedudukan suami itu begitu tinggi dalam kehidupan seseorang isteri. Aku mahu menjadi seorang isteri yang diredhai oleh suaminya. Tapi, perasaanku masih belum bersedia.Mungkin Hisham telah pun mengorbankan cintanya pada aku. Tiada sebarang berita pun yang aku terima daripadanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku terima Azmi itu. Tetapi sekadar untuk membalas perbuatan Hisham. Tapi sesungguhnya ini tidak adil buat Azmi. Dia terlalu baik untuk diperlakukan begitu. Emak memberikan tempoh seminggu untuk aku memikirkan tentang perkahwinanku dengan Azmi. Masa berlalu dengan sia-sia sahaja. Aku masih belum mampu memberikan keputusan. Aku mahu katakan ‘ya’ tetapi kenangan bersama Hisham masih di fikiranku. "Kak Ana! Izzah ni!" jerit Izzah di telefon. Aku gembira sekali menerima panggilan Izzah. Ada juga Izzah menziarahiku di hospital tempoha hari. Aku ceritakan segala konflik yang aku alami sekarang pada Izzah. "Hmm..Izzah pun tak tau nak cakap jugak kak..Haritu Hanif bagitau Izzah, si Hisham tu still teringatkan akak la..tapi tu la..parents dia..Akak pun tau kan yang dia tu anak emas, so dia macam dah nekad cuba lupakan akak. Ntah la kak..Kesian jugak kat Hisham..Tapi Azmi tu pun baik kak..""Kenapa lah Hisham ni..Nampaknya tak ke mana kalau akak tunggu Hisham tu.." kataku perlahan. Sedikit demi sedikit aku mula menyedari hakikat kisah ku dengan Hisham. Izzah terdiam sebentar. Aku sekadar menarik nafas dalam-dalam."Ntah la zah.." Itu sahajalah jawapanku.Esok keputusanku perlu diberikan. Aku masih lagi bingung. Hidupku selepas berkahwin bergantung kepada lelaki yang akan aku kahwini ini. Bahagiakah aku hidup bersama Azmi? Atau dengan Hisham? Aku memegang perutku. Anak aku! Aku mahu dia mengikut wajah kacak Hisham. Aku tergelak sendiri. Ke situ pula fikiranku ini. Ah..Biarlah..esok..apa sahaja yang terkeluar daripada mulutku ini, itulah jawapanku. Terlalu sukar untuk aku berfikir dengan logic akalku. Sudah masanya untuk aku bertawakkal..Ya Rabbi..Bantulah hambaMu ini..Berikanlah yang terbaik buat diriku..Aku memandang wajah emak yang penuh harapan pagi itu. Aku membuka mulut untuk menjawab. Tapi tiada perkataan yang keluar. Dalam aku termanggu-manggu itu, terdengar pula orang memberi salam. Lega sedikit aku melihat emak bangun membuka pintu. Kelegaan aku Cuma seminit dua sahaja. Aku bagaikan hendak menangis melihat kelibat Kak Ilya berjalan menuju ke arahku. Di duduk di kerusi meja berhadapanku setelah bersalam denganku. Aku tidak berani memandang matanya. "Ni lah ni Ilya..tengah bertanya dia la ni..Diam je dianya. Uk-ak uk-ak dari tadi. Tak tau la .." kata emak sambil memandang Kak Ilya dengan pandangan yang aku sendiri tak pasti sama ada emak sedang membela aku atau memaksaku.

Kak Ilya Cuma tersenyum memandangku. Wajah kelatku aku paksakan juga membalas senyuman itu. "Diam tu tanda dia dah setuju kot!" kata Kak Ilya dengan senyuman yang makin melebar. Dadaku berdebar-debar mendengar kata-kata Kak Ilya tadi. "Emm..emm.." Aku cuba berkata-kata. Mungkin lebih baik kalau aku meminta seminggu lagi tempoh untuk aku berfikir."Ha!macam tu lah tadi..tak lepas dia nak bercakap..Ana nak cakap..cuba cakap betul-betul kat mak sayang.." pujuk emak lembut."Dia malu tu..sebab tu diam tu.. Setuju lah tu maknanya tu makcik.." Kata Kak Ilya dengan senang hati. Emak ketawa mendengar kata-kata Kak Ilya. Emak memandangku sambil tersenyum. "Setuju ye Sayang!" pujuk emak meminta aku mengiyakan. Aku tunduk memandang lantai. Hendak berkata-kata tapi tak mampu. Hendak menangis malu pula pada Kak Ilya. "Ha!setujulah tu makcik!Insya-Allah berbesan la kita!" Gembira sungguh suara Kak Ilya. Aku menelan air liur dengan begitu payah mendengarnya."Lepas ni kena panggil Kak Ilya emak tau Na.." Kata Kak Ilya lagi. "Ana ni malu sangat ni..macam anak-anak dara dulu-dulu..pemalu..bagusla makcik..Bukan macam budak-budak sekarang ni.. Berdua sana-sini tak malu langsung." Sambung Kak Ilya lagi. Emak pula beriya mengiyakannya."Emm!Ana masuk dulu la mak, kak.." kataku pada emak dan Kak Ilya yang masih asyik bersembang. "Masuklah Ana..Mak nak berbincang sikit dengan bakal mak mentua Ana ni",balas emak. Aku terus berlalu selepas bersalam dengan Kak Ilya. Perasaanku terlalu sukar untuk aku sendiri tafsirkan. Inilah takdirku. Air mataku mengalir deras di bilik. Kisah lama perlu aku lupakan. Masa depanku sudah menunjukkan bayangnya yang selama ini terlalu kabur kulihat. Cuma bayangnya yang aku lihat. Apakah warnanya tidak kupasti. Adakah ia ceria dan membahagiakan atau adakah ia suram dan menyeksakan. Aku memandang wajahku di cermin. Cuba tersenyum. Inilah wasiat abah yang akan aku tunaikan. Untuk Abah. Tak perlu lagi aku membantah. Inilah keputusanku. Muktamad. Aku akan berusaha untuk membahagiakan diri dan keluargaku. Selebihnya aku bertawakkal kepada Allah.2 hari selepas itu Kak Ilya menelefon emakku, meminta dipercepatkan sahaja tarikh perkahwinan kami. Kak Ilya meminta agar kenduri diadakan lebih kurang dua bulan dari sekarang. Kak Ilya sendiri akan menguruskan urusan perkahwinan kami. Aku terkejut sungguh mendengarnya dari emak. Cepat sungguh! Aku belum bersedia! Tapi emak bagai tidak mahu mengalah lagi denganku. Serba-salah sungguh aku dibuat emak. Kad jemputan yang berwarna keemasan telah diserahkan padaku semalam. Semua sahabatku aku jemput ke hari perkahwinanku.Izzah telah kukhabarkan awal-awal lagi, sebaik sahaja tarikh perkahwinanku ditetapkan. Dia bagaikan ingin menjerit mendengar berita yang aku sampaikan padanya. Air mata yang sudah hampir kering ini tumpah juga ketika menulis nama Hisham pada kad itu.Majlis perkahwinanku diuruskan oleh Pakcik Tamam,jiranku. Kak Ilya telah mengamanahkan tugas itu padanya. Katering Haji Zamani telah ditempah untuk jamuannya. Tugas aku dan emak Cuma menghias bilik pengantinku. Kak Ngah ada juga datang menolong. Tapi hampir setiap hari aku berulang-alik mengambil dan menghantar anak-anaknya menolongku apa-apa yang patut di rumah. Abang Long yang begitu sibuk pun mengambil cuti seminggu untuk pulang ke rumah untuk turut sama membantu. Anak-anak abang Long pun turut sama pulang. Maklumlah..cuti sekolah..Izzah datang 2 hari lebih awal. Dia telah kupilih sebagai pengapitku.Pagi bulan September itu telah menyaksikan aku dinikahkan dengan Mohd Azmi bin Idris. Aku memakai serba putih ketika akad nikah dan upacara akad nikah. Ucapan akad Azmi aku dengar dengan teliti. Aku mencium tangan Azmi dengan satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Dahiku dikucup Azmi lembut. Abang Li, jurugambar itu tidak habis-habis mengusik kami. Menyuruh berposing beginilah..begitulah..Aduhh!letih sungguh aku.








Ramai juga kawan-kawanku yang datang. Intan, Semah dan Zizi turut sama hadir. Aku cuba juga mencari-cari Hisham. Hanya Hanif sahaja yang aku nampak. Masih ada rindu yang terpalit buat Hisham meskipun hatiku ini dilukainya. Aku tahu dia terlalu sedih dengan keputusan keluarganya. Itulah apa yang diberitahu Hanif. Tapi dia tidak sekali-kali mahu menentang keputusan keluarganya. Aku tahu dia anak harapan keluarga. Aku tahu dia anak yang patuh dan taat. Tapi aku juga tahu dia tak mampu menyayangi diriku seperti ibu bapaku menyayangiku. Aku juga tahu keluarganya jauh lebih penting dariku. Mungkin kasihku pada Azmi masih terlalu sedikit, tapi aku yakin dengan kasih nya untukku. Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..Malam itu aku duduk di katil memerhatikan bilikku yang dihias indah itu. Sungguh aku tidak menyangka..Begini akhirnya episod kesedihan hatiku. Aku berdoa kepada Allah agar kehidupanku akan berubah selepas ini, berubah menjadi kembali ceria seperti dulu-dulu..seperti ketika abah masih ada untuk membelaiku.."Assalamualaikum..Apa yang isteri abang menungkan tu.."ujar Azmi lalu duduk di sebelahku. Aku tersenyum memandangnya. Tidak sedar pula aku akan kehadirannya tadi."Tak ada apa.."kataku malu-malu. Azmi memegang tanganku dan membelai rambutku yang melepasi bahu itu."Cantik isteri abang!""Abang..Ana minta maaf kalau sebelum-sebelum ni ana ada buat silap banyak pada abang..""Itulah..ana kena tebus balik ni..Dah remuk hati abang masa ana minta putus tunang dulu"Aku tertawa mendengarnya. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu Azmi. Rambutku dibelai lembut. Aku terasa disayangi..

Read More...

Saturday, 13 October 2007

MaKanaN untuk EiDUL-FiTR

Assalamu'alaikum wrh wbt.
sedikit makanan untuk hati dan akal,di kala kita menyambut hari raya penuh kegembiraan.
Khutbah Eidul-Fitr[12102007@sportzal].selamat membaca:)




اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

وَللهِ الْحَمْدُ

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا

وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّّ اللهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ َلا شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِيْهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله إِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Para Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekelian:


Sempena hariraya aidilfitri yang mulia ini marilah sama-sama kita memuji Allah di atas segala nikmat yang dianugerahkan kepada kita semua terutamanya nikmat Islam dan nikmat iman. Dalam pada itu marilah kita sama-sama memaksikan satu azam yang tinggi untuk terus kembali kepada fitrah; iaitu Islam, sejajar dengan roh sambutan aidilfitri yang menyarankan kita kembali kepada fitrah Islam dan iman.

ALHAMDULILLAH, puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah menganugerahkan kepada kita nikmat kebahagiaan dan kegembiraan di pagi Jumaat yang

penuh dengan keberkatan ini. Kegembiraan yang kita rasakan pada hari ini bukanlah disebabkan kita sudah bebas dari belenggu puasa. Bukan pula disebabkan kita berupaya melakukan amalan yang dilarang di dalam bulan mulia. Tetapi sahabat semua, kegembiraan kita pada hari ini adalah disebabkan oleh dua perkara:

Pertama: Gembira kita pada hari ini kerana kita telah berjaya menahan nafsu kita selama sebulan untuk kita berpuasa semata-mata kerana Allah. Kita telah berjaya mengisi masa di bulan yang indah ini dengan berbagai amalan wajib dan sunat seperti mengerjakan Sembahyang Terawih,

Tadarus Al-Quran, memberi sedekah, beriktikaf di waktu malam untuk mendapatkan Lailatulqadar, membanyakkan doa dan zikir, mengamalkan sunah nabi dan sebagainya.

Kedua: Gembira kerana kita mendapat jaminan pengampunan dari Allah Subhanahu Wataala kerana telah berjaya melaksanakan puasa di bulan Ramadan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Pada hari ini, seluruh umat Islam di seluruh dunia memuji dan membesarkan Allah. Mereka mengiktiraf kekuasaan Allah dalam keadaan senang mahupun susah. Walaupun ada orang Islam yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid sepanjang tahun, mereka akan bersusah untuk

datang ke masjid pada hari yang mulia ini, duduk mendengar peringatan, bertegur-tegur sesama muslim yang lain, bersedekah, bersolat jemaah sambil memuji Allah. Alangkah indahnya hari yang mulia ini, umat Islam tampak hebat dan kuat umpama sebuah gunung. Alangkah indahnya, jika hari seperti ini dapat dirasai pada esok, lusa dan seterusnya, masjid akan terus bergema dengan pujian kepada Ar-rahman, umat Islam semakin hari semakin kuat, maka tidak ada lagi maksiat yang dirisaukan, tidak ada keluhan yang takutkan azab Allah s.w.t. yang khas untuk ahli maksiat

Sidang hadirin muslimin dan muslimat sekalian,

Di pagi fitrah ini, marilah kita berfikir dan hadirkan kerisauan atas nasib diri kita dan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini. Sudah jelas lagi tersuluh umat Islam hari ini telah menjadi seperti mana yang digambarkan oleh rasulullah s.a.w. dalam satu hadis “akan datang satu zaman di mana umatku akan diratah oleh musuh seperti makanan di dalam talam” apabila ditanya “ya rasulullah, mengapakah kejadian seperti itu boleh berlaku? adakah disebabkan bilangan kita sedikit?” rasulullah menjawab ”tidak, bahkan bilangan kamu ramai, tetapi seperti banyaknya buih di lautan. Pada waktu itu umatku dilanda penyakit al-wahm”-”ya rasulullah apakah itu al-wahm?”-”Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati”

Maha suci Allah s.w.t. yang tidak tidur dan lalai. Di tanganNya terletak segala pengetahuan terdahulu dan mendatang. Islam itu datang dari Dia yang Maha Hebat dan tidak perlu dinilai semula. Segala persoalan dan penyelesaian sudah pun diberi. Tidak perlu lagi kita membelenggu akal mencari sebab kerosakan akhlak dan agama. Tidak perlu lagi kita mengasah lidah, menuding jari pada orang kafir, kerana sebagaimana yang telah disabdakan oleh nabi kita, masalah umat Islam datang dari diri kita yang berpenyakit. Rata-rata, mereka telah melupakan janji yang mereka buat pada Allah s.w.t. ketika di alam roh lantaran ditipu perhiasan dunia. Kebanyakan orang Islam sudah lupa akan tujuan mereka berada di atas muka bumi ini lalu mereka takut untuk bertemu dengan Tuhan mereka. Ya Allah ampunkan kami yang hina dina ini. Selamatkan kami dari kejahatan diri yang menjerumuskan kami ke nerakaMu.

Allahuakbar, Allahuakbar, All

ahuakbar

Wahai saudaraku yang dimuliakan Allah sekalian,

Setiap kali berakhirnya Ramadhan, maka kita akan berasa gembira dan teruja untuk menyambut aidilfitri dan hari-hari seterusnya. Lantaran kegembiraan yang amat sangat ditambah dengan penyakit hati yang kronik, maka tidak ,pada hari raya yang pertama lagi, kita dengan sengaja melupakan segala jerih payah, penat lelah, serta perngorbanan pada jalan Allah yang kita buat sepanjang Ramadhan, justeru kita terus melupakan ramadhan dan tidak pula mengharap pada Ramadhan yang akan datang. Betapa lemahnya iman kita berbanding dengan para sahabat. Kebanyakan mereka menangisi bulan Ramadhan yang bakal berlalu. Air mata mereka menjadi bukti cinta mereka untuk beramal dan berbakti pada Allah. Kerinduan mereka hanya terubat dengan solat malam yang membengkakkan kaki, ayat-ayat Al-Quran yang disulam tangis, majlis-majlis zikir dan suasana sunnahmengikut nabi Muhammad s.a.w.

Di dalam khutbah ini, saya ingin menasihati diri saya dan rakan-rakan sekalian, takutlah kepada azab Allah s.w.t. serta takutlah pada hari kebangkitan dan perhitungan. Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, berpesan-pesan pada perkara kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran. Mudah-mudahan kita tidak menjadi orang-orang yang rugi di dunia dan di akhirat. Jangan lah kita menjadi orang yang masih terikat dengan dosa-dosa lama. Sekiranya kita masih lagi membiarkan diri kita dalam melakukan maksiat, sesungguhnya kita telah tergolong dalam orang-orang yang celaka. Janganlah kita menjadi seperti orang yang dikhabarkan oleh Allah melalui firmanNya dalam surah Luqman ayat 7: واذا تتلى عليه ءايتنا ولى مستكبرا كان لم يسمعها كان في اذنيه وقرا فبشره بعذاب اليم

Maksudnya: dan apabila dibacakan ayat-ayat kami kepadanya, dia beraling menyombongkan diri, seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan di dalam telingan

ya tersumbat. Oleh sebab itu, berilah khabar dengan seksa yang pedih.

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah, sesungguhnya diri ini sedih atas iman yang lemah, izinkanlah saya yang hina ini untuk memberi nasihat dan teguran.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah

Janganlah kita berpecah-belah dan benci membenci antara satu sama lain. Janganlah kita terus menerus mempamerkan dosa dan kesalahan kita, kerana ekoran perbuatan kita, umat Islam lain dilanda fitnah besar. Kerana bisa kala setitis, lumpuh badan semuanya. Allah berfirman di dalam surah ali-Imran ayat 103: ...واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu pada tali(agama) Allah dan janganlah

kamu berpecah belah. Kepada muslimat, tundukkanlah pandangan, peliharalah aurat dan tingkah laku kamu kerana kamu merupakan bakal ibu kepada mujahid dan imam orang Islam. Kepada pasangan-pasangan yang belum bernikah, jauhila zina dan perkara2 yang menghampirkan kepada zina,takutilah azab Allah yang maha pedih. Anda dinasihati untuk bernikah secepat mungkin untuk mengurangkan dosa-dosa kami yang hanya membenci tetapi kecut untuk bersuara. Kesalahan kamu merupakan dosa saya dan kawan-kawan yang lemah iman. Atas kesedaran dan kefahaman yang sedikit ini, kami merayu supaya amalan tinggal sebilik bagi pasangan bukan muhrim dibanteras. Janganlah disebabkan ini, kami terpaksa menanggung azab di hadapan Allah, Na’uzubillahi minzalik. Marilah kita pegang tangan erat-erat, langkah bersama menuju kepada kebaikan, Marilah kita menghidupkan masjid yang menyeru kepada kejayaan. Semakin hari masjid kita semakin lengang, dan lebih menyedihkan, kini solat Jumaat pun sudah mula diabaikan. Ingatlah, hari ini kita merasa aman dengan dunia, sedangkan itulah petanda kehancuran kita. Alahai sahabatku, beringatlah, beringatlah, beringatlah. Belum sampai lagikah peringatan tentang azab Allah yang maha dahsyat itu? Jangan lupa kita hanyalah hamba yang bertanggunjawab untuk mengenalNya, khalifah yang sementara dan da’ei sepanjang hayat.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah pun menyampaikan

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ, إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا, وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ, وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ, وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ, فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،

اَللهُ أَكْبَرُ

الْحَمْدُ للهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنُؤْمِنُ بِهِ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْهِ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.

أَشْهَدُ أَنْ لأَّ إِلهَ أِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ الْخَلاَئِقِ وَالْبَشَرِ.

اَللَّهُمَّ فَصَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَأ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah semua,

Allah berfirman di dalam surah ali-‘Imran ayat 112

ضربت عليهم الذلة اين ماثقفوا الا بحبل من الله وحبل من الناس وباؤ بغضب من الله وضربت عليهم المسكنة

Maksudnya: mereka(orang-orang Islam) ditimpa kehinaan di mana mereka berada. Kecuali dengan tali(agama) Allah dan tali perdamaian dari manusia. Dan mereka itu kembali dengan mendapat kemurkaan Allah serta ditimpa kemiskinan.

Izinkan sekali lagi untuk saya yang kerdil dan hina ini, mengingatkan diri saya serta rakan-rakan semua, marilah kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan sesama insan. Batalkanlah segala api permusuhan dan dendam kesumat. Mohon maaf dan berilah kemaafan. Mudah-mudahan kita mendapat kebaikan. Di samping usaha kita mengejar dunia, janganlah lupa untuk berbekal di hari akhirat. Ketahuilah, kekayaan yang dikejar itu sebenarnya datang dari Allah, miskin juga datang dari Allah. Siapa yang bijak, dia pasti akan meminta pada yang memberi, dengan sebaik-baik permintaan. Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman, “sekiranya hambaku meletakkan kerisauannya hanya untuk agama, maka akan Aku luaskan dadanya,perkayakan hatinya, tetapi barangsiapa yang risaunya untuk dunia, aku akan letak segala masalah dunia di kedua pelupuk matanya”

Hati ini begitu rindu dengan kehidupan para solehin dan mujahidin. Mereka bertungkus lumus untuk agama. Biar miskin, biar dihina bangsa sendiri, asalkan pandangan Allah tidak terpaling. Ya Allah satukan hati-hati ini dalam kebaikan, bangkitkanlah kami bersama mereka yang Engkau beri nikmat di dunia dan di akhirat, iaitu dari kalangan para nabi, orang-orang soleh, orang-orang yang benar dan para syuhada’.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! أِتَّقُوا اللهَ وَكُوْنُواْ مَعَ الصَّادِقِيْنَ. وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيْهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلاَئِكَتِهِ المُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ تَعَالَى مُخْبِرًا وَآمِرًا :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

(Al-Ahzab 056)

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الأَرْبَعَةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلَىٍّ ابْنِ أَبِى طَالِبٍ وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا المُطَهَّرَاتِ مِنَ الأَدْنَاسِ وَعَنْ بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالْقَرَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. وَاَرْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ.

عِبَادَ اللهِ،

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

(An-Nahl 090)

فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.

Read More...

Monday, 1 October 2007

~CALON PILIHAN ABAH~

Evening falling in Cork


Part 20
Aku termenung seorang diri di bilikku, sambil memandang ke luar tingkap. Matahari hebat memancarkan surianya di kala musim panas begini. Bumi Ireland ini akan aku tinggalkan dalam masa seminggu sahaja lagi. Pelbagai kenangan suka duka telah kulalui di sini. Sesungguhnya lima tahun bukanlah satu masa yang singkat untuk aku mengumpul segala memori itu..Aku beralih ke cermin panjang yang kuletakkan di tepi pintu. Aku seorang yang menjaga penampilan diri. Wajahku kutatap lama di cermin itu. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang memberikan aku wajah yang cantik. Kulitku hitam manis, tidak begitu cerah, tidak begitu gelap, persis kulit ibuku. Mataku juga bulat mewarisi ibuku. Selebihnya kuwarisi dari abahku. Hidungku kecil dan molek terletak. Wajahku bujur, saling tak tumpah wajah abah.
Senyumanku dihiasi lesung pipit di pipi sebelah kananku.Namun kecantikan itu kini kurasakan hambar. Aku tidak punya abah lagi. Aku kehilangan kasih sayangnya. Aku juga tidak sihat seperti sebelum-sebelum ini. Impianku bagai terbantut seketika menunggu masa untuk aku membinanya semula. Aku menarik nafas panjang sambil memejamkan mataku. Inilah dugaan hidup. Begini rupanya merasa duri-duri kehidupan ini. Aku akui kehidupanku selama ini dipenuhi dengan kegembiraan dan kejayaan yang mengelilingiku. Kesusahan yang aku rasakan Cuma ketika aku berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaanku.

Aku punya bakat-bakat tersendiri yang menyababkan aku menjadi tumpuan ketika di sekolah dahulu.Namun kini, sudah tiba masanya diriku diuji. Aku harus menerima segalanya dengan jiwa yang kental. Aku percaya Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan yang mampu dihadapi mereka. Aku juga hamba Allah yang lemah. Namun ujian-ujian ini pasti dalam kemampuanku untuk menghadapinya. Aku pasti.Aku mengisi sehari dua ini dengan berjalan-jalan di sekitar daerah Cork. Izzah menemaniku sebaik sahaja dia selesai dengan kerja sambilannya di asrama Castle White itu.

Kalaulah Hisham ada, dialah yang akan menjadi pemandu kami berjalan-jalan ke pantai Dingle dengan keretanya. Sesungguhnya, aku amat merindui Hisham. Aku sendiri keliru dengan sikap Hisham meninggalkan aku tanpa sebarang kata. Mungkinkah dia kecewa kerana aku tidak memakai cincin pemberiannya? Tapi, aku sudah menunjukkan riak-riak yang aku juga menyukainya. Takkan Hisham tak dapat melihatnya? Aku sudah berkawan dengannya selama 5 tahun. Mustahil dia tidak dapat membezakan senyuman yang aku berikan padanya.Sudah hampir seminggu. Hisham masih tidak muncul. Aku mula menangis semula. Izzah nampak risau melihatku. Aku rindukan Hisham. Kenapa satu berita pun tidak dihantarnya padaku. Sudahlah pergi tanpa memberitahuku. Kenapa dengan Hisham?? Adakah aku melakukan apa-apa kesilapan ketika bercakap dengan mama dan papanya?


Dua hari sebelum kepulangan kami, Izzah mula bersuara tentang Hisham. “Kak..Izzah risau tengok akak..Janganlah sedih sangat kak..Akak..akak lupakan aje la Hisham tu..Lupakan aje..Izzah rasa Azmi tu baik lah akak..Hisham tu…”“Kenapa dengan Hisham?”“Tak ada laa…macam tak ambil berat langsung tentang akak je..Lupakan aje lah dia kak..” Aku terdiam. Ada betulnya kata-kata Izzah itu. Tapi..bukan mudah untuk aku lupakan perasaan yang sudah bertapak sejak 5 tahun lalu ini. Bukan sesuatu yang mudah bagiku.Esoknya, Izzah bersuara lagi..“Kak..lupakan aje Hisham tu..” Aku mula mengesyaki sesuatu.“Izzah ada tau apa-apa ke tentang Hisham? Janganlah berahsia dengan akak..Cakap aje lah Zah..Kenapa? Hisham dah tawar hati dengan akak? Hisham sengaja lari dari akak?”Izzah diam.
“Ish akak ni..Ni Cuma pandangan Izzah je..Izzah rasa Hisham tu pentingkan diri la akak..Akak accident, dia buleh lagi pegi holiday..Izzah rasa macam tak suka kalau akak ngan Hisham tu. Dulu mungkin dia nampak beria sukakan akak..Tapi sekarang?? Di mana dia kak?? Akak tak terasa apa-apa ke?” ujar Izzah dengan panjang lebar. Aku mengetap bibir menahan sedih. Entah kenapa Hisham buat aku begini. Aku mengeluh panjang. Izzah memandang sahaja mukaku. Lama kami sama-sama diam.“Izzah..Akak sebenarnya terasa sangat dengan apa yang Hisham buat ni..Dia pergi mana pun tak cakap dengan akak..Sampai hati dia..Tawar hati akak jadinya Zah..” Aku memecahkan kesepian dengan tangisan. “Kak..akak balik lah pada Azmi..”pujuk Izzah.
Aku menggeleng-gelengkan kepala laju. “Izzah, akak dah tolak dia mentah-mentah Izzah..Semuanya kerana cinta akak pada Hisham..Bukan mudah akak nak lupakan Hisham..”Izzah memelukku sambil menepuk-nepuk belakangku. Di bahu Izzah itulah aku selalu mencurahkan air mataku. Dialah insan yang paling memahami diriku. Alangkah rumit dan sukarnya kehidupanku kini.Sehabis mana pun Izzah cuba menyembunyikan sebarang rahsia daripadaku, paling lama pun seminggu sahaja dia mampu bertahan untuk mendiamkan diri daripada memberitahuku. Hari ini, Izzah menceritakan segala-gala rahsia yang diketahui daripada Hanif tentang Hisham padaku.“Kak, Izzah tak mampu berahsia lagi kak..Izzah harap akak sabar lah ye..” Mulutku ternganga menunggu-nunggu kata-kata Izzah seterusnya dengan penuh debaran. Rahsia??“Kak..Akak lupakanlah Hisham..Izzah tak percaya Hisham boleh jadi suami yang baik untuk akak..” Aku diam dan memandang Izzah tak berkelip. Izzah meneruskan kata-kata yang ingin disampaikannya.Izzah telah mendesak Hanif menceritakan segala-galanya. Bukan mudah untuk Hanif bersuara, kata Izzah. Berpuluh kali Izzah mendesak, barulah Hanif membuka cerita.

Tapi dia meminta agar jangan diberitahu pada aku. Kata Izzah, sebaik sahaja Hisham memperkenalkan aku pada mama dan papanya, papa Hisham terus sahaja menyiasat tentang diriku. Keluarga Hisham tidak begitu bersetuju dengan pilihan Hisham. Aku tersentak. Apa salahnya dengan diriku? Apa yang tak kena? Izzah berat berkata-kata. Kata Izzah, papa dan mama Hisham mahu orang berada juga. Mereka sudah pun mengatur jodoh Hisham dengan anak kenalan mereka. Sesuatu yang tak dapat aku nafikan. Memang keluargaku kurang berharta. Apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan keluarga Hisham yang kaya-raya itu. Aku tunduk mendengar kata-kata Izzah. Air mataku mengalir perlahan. Tidakkah aku sedar selama ini perasaanku bermain dengan api yang hanya akan membakar diri sendiri bila sudah marak?
Papa Hisham kenal Kak Ngah ku. Mereka bertentangan pendapat politik. Aku tidak masuk campur urusan politik Kak Ngah. Aku hanya menggeleng-geleng kepalaku perlahan dengan bibir yang diketap. Ditambah lagi, kata Izzah, keluargaku banyak penyakit keturunan. Ibuku ada ketumbuhan. Aku juga ada ketumbuhan.. Aku mengerutkan dahiku. Dari mana pula mereka mendapat semua ini??? Apa jenis orang yang sanggup nak menyiasat sehingga begitu sekali??? “Hisham? Bagaimana dengan Hisham?” Nadaku bertanya dengan marah. Sudah tidak ada air mata mengalir lagi. Terasa perasaan marah menyelubungi hatiku. Keluargaku dikata begitu begini mentah-mentah oleh Uncle Rahman dan Auntie Zaleha. “Emm..Hisham..Hisham..Dia ikut aje kata-kata papa dan mamanya..Sebab itulah papa dan mamanya bawa dia bercuti. Mereka mahu Hisham lupakan semua ni..” Jelas Izzah lagi.


Aku menelan air liur dengan begitu payah mendengar kata-kata Izzah yang panjang lebar menjelaskan butir-butir laporan kehilangan Hisham yang telah menjadi punca air mataku sejak seminggu lalu. Payahnya aku menerima hakikat ini. Hampir sama payahnya untuk aku menerima kehilangan abah dahulu. Aku kehilangan Hisham pula.“Izzah, thanks sebab bagitau akak semua ni..Izzah, boleh tinggalkan akak sendiri kejap..?” soalku pada Izzah. Izzah mengangguk perlahan sambil bangun meninggalkan aku keseorangan di bilik yang kosong itu. Aku menyapu wajahku dengan kedua-dua telapak tanganku. Aku agak kurang bersedia menghadapi semua ini. Hisham itu harapanku, harapanku sejak bertahun lamanya. Sukar untuk aku percaya semua kata-kata Izzah tadi selagi tidak kudengar dari mulut Hisham sendiri. Setelah beberapa minit berfikir, aku segera bangun dan turun ke ruang tamu di bawah dan mencapai telefon. Nombor telefon bimbit Hisham aku dail dengan pantas. Mungkin dia sudah pulang dari bercuti. Aku tidak sabar mendengar penjelasan Hisham.“Hello,assalamualaikum, Hisham..” Salamku tidak berbalas. Aku tahu ada orang yang mengangkat telefonnya. “Waalaikumussalam..ana..” Akhirnya Hisham membalas. Kami sama-sama terdiam sebentar.“Ana, kau apa khabar? Sihat?” Ujar Hisham perlahan, memecahkan suasana itu. “Emm…Sham,kau pergi tak bagitau aku,sham..” kataku dengan nada yang agak sebak.“Mama dan papa aku ajak aku holiday, so..masa tu kau still kat hospital..emm..” Aku seperti ingin menangis di situ mendengar kata-kata Hisham.“Sham, kenapa tak beritahu aku..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Hisham cepat memotong.“Ana, sorry, aku ada hal kejap ni, kena keluar…”“Sham, kenapa kau macam ni Sham??”“Ana, aku bizi sikit ni..Aku letak dulu ok..Oh ya, by the way, congratulation for your engagement.” Aku tergamam.“Hisham, please tunggu..Sham..please..” kataku agak kuat. Hisham Cuma diam sahaja. Hanya nafasnya sahaja yang kedengaran. Air mataku sudah mula mengalir lagi.“Sham, itu pilihan keluarga aku. Bukan kehendak aku. Sham..Sham, aku sukakan kau..Sejak kita mula-mula jumpa lagi..Azmi tu pilihan keluarga aku, Sham..” Tangisanku tak dapat dibendung lagi. Aku seolah-olah terdesak. Hisham diam sahaja.“Hisham, cepat sikit! Papa dah tunggu tu!” sayup-sayup suara mama Hisham kedengaran di telefon.“OK mama, coming!” Hisham membalas. Aku Cuma mendengar sahaja. “Ana, aku ada kerja ni..” Kata Hisham pantas. Aku sendiri tidak faham nada suaranya. Marahkah dia? Kecewakah dia? Bencikah dia pada aku?“Sham..” Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Hisham sudah pun meletakkan telefonnya. Aku jadi kelu untuk berkata apa-apa. Terketar-ketar bibirku menahan kesedihan. Dia bukan milikku lagi. Begitu cepat Hisham berubah.Aku sudah tidak mengira baik buruk atau kesopanan diriku lagi. Aku segera mendail nombor telefon Hisham sekali lagi.“Sham..kau dah tak sukakan aku Sham? Sebab mama dan papa kau tak sukakan aku?” Hisham tidak menjawab. Aku tahu dia masih mendengar.“Sebab aku tak layak untuk kau? Kau dah takde apa-apa perasaan pada aku lagi?” soalku lagi. Aku inginkan kepastian. Aku letih bermain dengan emosi sendiri.Hisham tidak menjawab. Dia terus meletakkan telefonnya.
Aku terkedu. Aku keliru dengan perasaan Hisham. Perasaan cinta yang aku bina padanya seolah-olah sudah hampir roboh. Mungkin benar apa yang dikatakan Izzah dan Hanif. Hisham menurut kata mama dan papanya. Dia anak yang baik. Anak yang taat. Bukan seperti aku. Aku ini anak derhaka yang sanggup melawan abahku demi untuk seorang lelaki yang aku sendiri tidak tahu sejauh mana kasihnya padaku. Mungkin aku yang bodoh.Aku terlalu lemah untuk berfikir tentang realiti hidupku kini. Izzah memapah aku ke bilik. Berjam-jam Izzah menasihatkan aku supaya menguatkan hati dan semangatku. Memang itu yang aku perlukan. Aku perlukan kata-kata semangat itu. Sesungguhnya bukan mudah untuk aku melupakan Hisham.

Read More...

Sunday, 30 September 2007

~CALON PILIHAN ABAH~



Part 19
Beribu-ribu kali rasanya Izzah memuji keayuanku dengan bajuku. Aku Cuma tersenyum.“Kak!! Comelnye akak pakai baju ni..Lembut, ayu habis! Meh Izzah solekkan akak” Aku mengikut sahaja kata-kata Izzah. Habis mukaku diconteng dengan alat-alat make-up. Emm…cantik juga..Pandai jugak Izzah ni make-up kan aku.. Aku tersenyum sendiri memandang cermin. Kepala aku masih sakit sedikit kerana menangis lagi semalam. Mukaku tidaklah pucat dengan hasil solekan Izzah itu.“Wahh!!bagaikan puteri!!!” jerit Izzah. Cuma aku dan Izzah sahaja yang ada di rumah. Zizi, Intan dan Semah semuanya sudah pulang ke Malaysia. Sepanjang hari itu aku berasa sungguh gembira. Aku berjaya melupakan segala masalah yang melanda hatiku.

Aku berjalan mengambil Ijazah MBBS dan BSc ku dengan penuh keyakinan. Abah, ana dah jadi doktor!!! Izzah tak putus-putus mengambil gambarku. Hisham ditempatkan agak jauh dariku di dewan graduasi. Sebaik sahaja selesai mengambil ijazah, kami bergambar beramai-ramai. Sesi fotografi tamat ketika sudah hampir petang.Aku sungguh berdebar di saat aku diperkenalkan pada mama dan papa Hisham. Gaya dan penampilan mereka nampak sungguh moden, berbeza dengan ibuku. Ketika aku bersalam dengan Auntie Zaleha, aku nampak Hisham mengenyitkan mata pada mama nya. “Ana, parents tak datang ke?” soal Auntie Zaleha.“Emm..tak Auntie..Mulanya nak datang, tapi ada masalah sikit” Aku terasa sebak mendengar soalan Auntie Zaleha itu. Dia mengusap-usap belakangku mengucapkan tahniah. Uncle Rahman pula tersenyum padaku. Mereka ramah denganku. Pelbagai soalan diajukan padaku. Lega hatiku dengan layanan baik mereka padaku. Auntie Zaleha dan Uncle Rahman sudah beralih ke Taman bersebelahan tempat sesi fotografi tadi. Cuma tinggal aku dan Hisham sahaja. “Ana, mama dan papa aku nampak dah sukakan kau..Lega aku..”kata Hisham sambil tersenyum penuh makna. Aku tunduk malu.“Kau ni Sham! Tak malu!” kataku malu-malu. Aku nampak Hisham tersenyum meleret.

Izzah datang ke arah kami sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang rapi itu. Hanif menurut di belakangnya. Aku gembira hari itu. Sungguh gembira. Malam itu aku masak masakan paling sedap buat Izzah dan aku. Kami makan penuh selera. Hisham tidak pula menelefonku. Mungkin kerana sibuk melayan papa dan mamanya. Malam itu, aku bermunajat kepada Allah, bersolat sunat hajat, tahajud, dan akhir sekali aku lakukan solat istikharah. Aku mohon bersungguh-sungguh dengan air mata yang tak henti-henti mengalir, agar Allah tunjukkan aku pilihan terbaik. Esoknya, aku bangun dengan kepala yang masih berat kerana menangis. Izzah masih tidur. Letih agaknya.

Aku keluar berjalan perlahan-lahan menghirup udara musim panas. Aku ingin ke Tasik Lough. Aku rindukan burung-burung swan di situ. Aku duduk di bangku di tepi tasik memandang air tasik yang tenang dan burung-burung yang berenang-renang. Aku kosongkan fikiranku. Biarlah Allah menentukan jodohku. Aku sudah letih bermain dengan perasaan sendiri. Sejam lebih juga aku di situ. Aku mula mengangkat kaki untuk pulang.Aku melalui simpang biasa berhampiran rumahku. Aku berjalan perlahan sambil merenung pohon-pohon merendang di tepi jalan. Aku berhenti untuk melintas jalan itu. Aku memegang kepalaku yang masih sakit sedikit. Sudah tidak ada kereta. Aku terus sahaja melintas. Tiba-tiba,“Ponn!!!!” Hon kereta yang kuat itu menyebabkan aku sungguh terkejut dan sepantas kilat aku berpusing dan berundur ke belakang.“pang!!” Aku terasa seperti terlanggar sesuatu ke kepalaku dengan kuat ketika aku berpusing ke belakang. Pandanganku mula gelap. Aku memegang tiang aku yang aku terlanggar tadi. Tak tertahan rasanya sakitku. Aku rasa badanku lemah dan terus rebah di situ.

Aku nampak abah memakai jubah putih yang selalu dipakainya untuk sembahyang Jumaat. Abah nampak muda dan tenang sekali air muka nya memandangku. Abah senyum padaku. Lama juga aku melihat wajah abah. Abah!!! Jeritku. Abah masih lagi tersenyum. Abah!! Ana rindukan abah!! Abah tersenyum lagi.“She’ll recover soon” aku terdengar suara itu.“Don’t worry too much OK? It’s just a minor trauma. She’s going to be OK.” Aku dapat dengar dengan jelas kata-kata itu. Aku mula membuka mataku. Aku nampak Dr. Kieran sedang tersenyum padaku. Izzah sedang memegang tanganku sambil tersenyum.“Alhamdulillah, akak dah sedar”“Hi Anna, so..how are you feeling?” ujar Dr Kieran sambil tersenyum. Aku mengangguk-angguk sahaja kepalaku dengan lemah. Tangan sebelah kiriku berbalut. Terasa sakit. Aku meraba-raba kepalaku. Juga berbalut sedikit di sebelah atas dahi kiriku. “You’re in ward 1A Anna. I’m your doctor today, not your reg. I’m not going to torture you with questions.”kata Dr. Kieran sambil tersengih. Aku juga turut tersengih mengingatkan yang aku ini selalu sahaja tidak lepas menjawab soalannya di wad. Dr Kieran beredar tidak lama selepas itu.


“Akak..macam mana boleh terlanggar tiang tu kak..Akak tak sedar dekat seharian tau. Dr Kieran kata akak shock. Sebab tu tak sedar. Injury akak sikit je tu.” Kata Izzah.“Entah la Izzah. Akak ni banyak sangat menangis. Kepala akak macam pening semalam. Tak perasan ada kereta datang. Memang akak meremang abis lah bila dia hon. Rasa macam jantung akak kena ragut aje” balasku dengan panjang lebar. Hari itu, aku dihujani pelawat. Doktor-doktor Malaysia dan pelajar-pelajar Malaysia yang tidak pulang bercuti semuanya datang melawatku. Pelbagai buah tangan yang aku dapat. Buah, cokelat, bunga…semua ada.. Tapi aku hairan..kenapa Hisham tak ada? Ke mana dia? Sepatutnya dia di sisi aku bersama Izzah yang setia menunggu aku sedar dari semalam. “Izzah, Hisham mana? Kenapa dia tak datang?” Izzah diam sahaja sambil menjungkit bahunya tanda tidak tahu. Kata Izzah, tadi ketika aku masih belum sedar, Hisham ada datang melawatku.
Keesokan harinya, aku sudah stabil dan boleh ketawa seperti biasa. Dr. Kieran datang berjumpaku. Izzah diminta beredar kerana dia mahu bercakap denganku. Dr. Kieran menjelaskan padaku kedudukan sebenar yang telah memberikan aku satu lagi dugaan besar. Dia menjelaskan bahawa kemalanganku tempoh hari tidak memberi kecederaan yang teruk. Tetapi, CT scan yang dilakukan ke atasku menunjukkan seperti ada ketumbuhan kecil di lapisan luar otakku. Aku terkejut dengan berita itu. Aku ceritakan pada Dr Kieran yang aku selalu juga sakit-sakit kepala. Aku sangkakan itu semua Cuma kerana aku selalu sangat menangis. Dia membenarkan aku keluar hospital hari itu, tetapi aku mesti datang ke hospital di bahagian pesakit luar minggu depan. Setelah Dr Kieran pergi, aku berbaring memandang siling. Entah apa aku fikirkan. Ya Allah..Kuatkan hamba-Mu ini. Aku berdoa agar ketumbuhan itu tidak merebak. Aku harap ia Cuma ketumbuhan sahaja, bukan kanser. Izzah masuk dan dia melihat sahaja wajah muramku tanpa berkata apa-apa.“Kak…” Izzah mula bersuara.

Aku tersenyum padanya. Aku jelaskan padanya apa yang diberitahu Dr Kieran tadi. Izzah menangis di hadapanku. Mungkin terlalu kasihan melihat aku. Air mata aku sudah kering. Mungkin ada baiknya aku begini. Mungkin aku akan pergi tinggalkan dunia ini..Mungkin itu yang terbaik untukku..Ya Allah..Bantulah aku ini…Petang itu, Dr Zaidi dan Isterinya, Kak Zu membawa aku pulang dengan kereta. Berkantung-kantung nasihat yang aku terima daripada Kak Zu supaya aku menjaga diri. Aku telah pun meminta Izzah merahsiakan tentang ketumbuhan itu. Setelah mengucapkan terima kasih pada Dr Zaidi dan Kak Zu, aku dan Izzah masuk ke rumah. Aku terus sahaja masuk ke bilik dan berbaring. Aku teringatkan emak. Siapalah yang akan menjaga jika aku tiada?? Azmi? Tapi Azmi..sudah kuputuskan pertunanganku… Seminggu berlalu begitu sahaja. Aku Cuma berehat di rumah. Izzah lah yang menjaga makan minumku selama seminggu itu.

Aku ke hospital semula hari Rabu itu. Satu lagi scan dibuat untuk mengesahkan ketumbuhan itu. 2 hari selepas itu Dr Kieran menelefonku dan menyampaikan kepadaku bahawa kemungkinan besar ketumbuhan itu bukan kanser. Tapi dia mahu melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan ketumbuhan itu. Entah bagaimana hendak kutanggung perbelanjaan pembedahan itu. Rawatan aku di hospital tempoh hari pun, mujur JPA sanggup membayarnya. Aku menarik nafas panjang. Aku segera mengambil air sembahyang dan bersujud syukur kerana aku tidak diberikan sesuatu yang lebih bahaya. Hisham hilang entah ke mana. Sudah hampir 2 minggu, yang aku tahu Cuma dia telah pergi bercuti bersama keluarganya. Sampai hati Hisham! Getus hatiku. Hari ini aku mengemaskan semua barang-barangku untuk ku bawa pulang. Berkotak-kotak juga. Aku perlu mengepos sebahagiannya melalui kapal laut sebelum aku pulang. Izzah bersusah payah menolongku. Hampir 2 hari barulah selesai kami mengemas. Bilikku kini kosong. Cuma ada perabot sahaja. Izzah tidur nyenyak di katilku keletihan. Aku mengusap-usap rambut Izzah. Kasihan dia. Mujur Allah kurniakan aku seorang sahabat yang baik untuk aku hadapi semua ini. Sudah lah letih dengan kerja sambilannya di asrama universiti itu, terpaksa pula menolong aku ini. Minggu depan kami akan pulang bersama ke Malaysia.

Read More...

Friday, 28 September 2007

~CALON PILIHAN ABAH~




Part 18
Malam itu seperti biasa aku bersembang dengan emak sebelum tidur. Selalunya kami bercerita tentang drama-drama di tv sambil emak mencuri-curi menasihatkan aku itu dan ini. Tapi malam itu, lain pula agenda emak.“Ana..Mak rasa..dah tiba masanya Ana nikah dengan Azmi…” Aku terkejut memandang emak. Tidak kusangka secepat ini emak mahu aku berumah tangga.“Azmi pun dah matang mak tengok. Dah mampu nak jaga Ana…Lagipun cuti ana dah nak habis..tinggal seminggu lebih aje lagi kan..Kalau boleh,..Nikah aje lah dulu sebelum ana balik sana..Kenduri kita boleh buat nanti..Senang sikit hati mak kalau ana dan menikah..Manalah tahu esok lusa mak pergi..” kata emak panjang..Aku sayu mendengar kata-kata emak. Dalam masa yang sama, terasa lemah diri ini memikirkan masa depan yang akan aku serahkan pada orang yang tidak kucintai.
Aku telah berfikir panjang semalam. Aku telah pun mengambil keputusan untuk memilih Hisham. Aku tekad.“Ana…Ana janganlah terkejut ye..Ana..2 tahun lepas, mak disahkan ada ketumbuhan buah dada…Tapi alhamdulillah, kata Azmi, ketumbuhan tu tak merebak…Mak dibedah tahun lepas, masa tu ana di Ireland..” Aku tergamam. “Mak…Apa mak cakap ni..mak tak bagitau ana pun..”kataku dengan air mata yang sudah bergenang di mata.“Mak tak nak ganggu ana belajar..Mak simpan aje..Ni ana dah habis belajar..Boleh lah mak ceritakan pada Ana..Mak takut umur mak tak panjang..Mana tahu, ketumbuhan tu datang semula..” Empangan air mata aku tak tertahan lagi lalu pecah mengalirkan titis demi titis air mata..Aku tak sanggup kehilangan emak!! Aku segera memeluk emak erat.“Mak…” itu sahaja yang terucap..Emak mengusap kepalaku. “Ana jangan tinggalkan mak ye..” Aku sebak.
Ujian apakah yang kau berika padaku ya Allah..Aku bagai hilang arah tujuan. Aku mengeratkan pelukanku. Mak..Mak jangan tinggalkan Ana..Mak..Ana sayang sangat-sangat pada mak..Mak.. Malam itu, aku berjanji yang aku akan pulang terus ke Malaysia. Aku tak akan tinggalkan emak. Aku lihat emak menangis gembira mendengar kata-kataku. Cuma tentang Azmi, aku minta agar emak jangan bertanya lagi. Tunggu lah hatiku tenang dahulu. Itu sahaja yang aku pinta pada emak. Emak Cuma mengangguk dengan senyuman kerana masih gembira dengan keputusanku untuk terus pulang ke Malaysia selepas graduasiku.Lusa aku akan berangkat ke Ireland. Aku melipat-lipat baju yang hendak kubawa. Semalam, Azmi menghadiahkan sepasang baju kurung berwarna merah jambu beserta tudung kepadaku. Dia meminta agar aku memakainya di hari graduasiku nanti. Aku Cuma tersenyum kelat menerima hadiah itu. Hatiku ini kurasakan tidak ada perasaan langsung padanya.
Sejak Hisham menelefonku minggu lepas, aku seolah-olah telah menetapkan fikiranku bahawa Hisham lah orangnya untukku.Malam sebelum aku bertolak ke Ireland, Izzah menelefonku. Rupa-rupanya dia masih lagi di Ireland. Dia sedang bekerja sambilan sekarang, sebelum pulang ke Malaysia. Aku sendiri tidak menyangka anak manja seperti Izzah itu boleh menangguhkan kepulangannya. Dia seolah-olah ingin merajuk denganku kerana tidak membalas emelnya. Aku sendiri terlupa tentang emelku dengan segala masalah yang melanda. Dia mendapat tahu tentang pemergian abahku dari Hisham rupanya. Aku sendiri tidak sabar-sabar hendak berjumpa dengannya untuk kuluahkan segala yang terbuku di hatiku ini. Cuma dia sahaja yang tahu segala masalahku.Sebelum aku berangkat, aku sempat menulis sekeping surat buat Azmi. Aku terangkan segalanya dalam surat itu. Di airport, aku lihat wajahnya gembira sekali menerima surat yang kuhulurkan. “Surat apa ni..ala..cakap aje lah lain kali..” kata Azmi sambil tersenyum malu-malu. Seketika aku terasa sungguh bersalah pada Azmi. Aku tak pasti apakah reaksinya setelah membaca suratku itu. Kasihan dia..Aku melambai-lambai emak, Azmi dan Abang Long dan Kakti. Abang Long dan Kak Ti, baru pulang beberapa jam sebelum aku berangkat. Sudah hampir sebulan aku di rumah, baru kini mereka mendapat cuti untuk pulang. Aku pula sudah hendak berangkat.“Jaga diri baik-baik..” pesan Azmi dengan senyuman yang tak putus-putus dari wajahnya. Sesungguhnya, aku berasa sangat bersalah dengan surat aku hulurkan tadi padanya. Ingin rasanya aku ambil semula surat itu dari genggamannya. Tak sanggup aku melihat wajah manis dengan senyuman itu bersedih. Apakan daya..segalanya sudah terlepas..Aku masuk ke balai pelepasan dengan hati yang diselubungi serba-salah yang teramat-sangat.
“Assalamualaikum,
Ke hadapan saudara Azmi, pertama sekali, Ana ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini Mi ambil berat tentang diri Ana dan emak. Sesungguhnya, jasa Mi itu tak terbalas dan akan ana kenang hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya.Mi, Ana ingin meminta maaf terlebih dahulu atas apa yang akan ana perkatakan ini. Ana terasa sungguh berat meluahkan ini pada Mi. Tapi, ana terpaksa lakukannya. Ana tak mahu Mi menaruh harapan terlalu tinggi. Mi..Sesungguhnya, pertunangan kita bukanlah dengan persetujuan Ana..Bukan ana marahkan Mi, Cuma ana rasa ana tak mampu meletakkan Mi di hati ana. Terus terang, ana tak mampu menerima Mi. Bukan Mi tidak sempurna, tapi Mi cukup segalanya. Cuma, soal hati ini, sukar untuk ana bicarakan. Ana doakan agar Mi akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari Ana. Lupakanlah Ana, Mi.. Ana minta agar kita putuskan sahaja ikatan ini..untuk kebaikan bersama. Mi, maafkan Ana..Cukup sekadar ini, Ana harap Mi tak marahkan Ana…Walau apa sekali pun, ana akan sentiasa ingat Mi sebagai seorang kawan yang sangat baik dan mengambil berat tentang ana. Segala jasa Mi takkan ana lupakan..
Ikhlas,
Nurul Hanaa Aisyah binti Anuar.

Aku telah masuk ke perut kapal terbang kini. Aku duduk selesa di tepi tingkap, memandang ke luar. Aku membuka beg sandangku untuk memeriksa barang-barangku. Manalah tahu, kalau tercicir apa-apa. Tiba-tiba aku ternampak kad berwarna biru lembut. Kad apa pula ini? Aku segera mengeluarkannya dan membaca tulisan hadapannya. ‘Buat tunang tersayang, Nurul Hanaa Aisyah’. Terasa seperti ingin mengalir air mataku. Aku membuka isi dalamnya. Kad ucapan tahniah untukku rupanya.
‘Assalamualaikum Ana,
Mi ingin ucapkan tahniah buat Ana atas kejayaan Ana. Mi tahu macam mana susahnya belajar nak menjadi seorang doctor. Mi doakan agar Ana akan gembira di hari graduasi nanti walaupun Mi tak dapat melihat Ana nanti. Mi pasti akan merindui Ana di sana. Pulang lah segera nanti ke Malaysia. Mi nak tengok gambar-gambar ana di sana ketika graduasi. Jaga diri Ana baik-baik. Jaga iman dan amal.’
Salam sayang,
Mohd. Azmi Idris.
Ada kad nama Azmi disertakannya sekali untuk aku hubungi jika ada sebarang masalah. Air mata aku menitis. Madu yang diberikan, tuba yang aku balas padanya. Baju merah jambu pemberiannya pun aku tinggalkan sahaja di rumah. Terasa diriku ini berdosa padanya. Ya Allah…Apakah semua ini..Ya Allah Ya Rabbi..Bantulah hamba-Mu ini..Kapal terbang sudah mula bergerak dan naik ke awan. Aku memejamkan mataku. Terasa berat kepalaku. Seribu satu perkara bermain di fikiranku. Aku melihat jari manis kananku yang telah kusarung cincin pemberian Hisham pagi tadi. Perlahan-lahan aku tanggalkan cinicin itu dari tanganku dan aku masukkan ke dalam beg. Berpuluh kali emak bertanya padaku kenapa tidak kupakai cincin pertunanganku. Aku Cuma diam dan akan menjawab yang aku masih belum bersedia. Bodohkah aku ini? Atau aku ini mementingkan diri sendiri? Atau aku ini memang dasar yang tak mengenang budi orang. Aku hamun diriku di dalam hati. Aku menutup mataku. Aku mahu tidur dan lupakan semuanya. Biarlah masa menentukan segalanya. Biarlah..Atau biar aku ini pergi sahaja dari dunia yang tak putus-putus mendatangkan aku dengan segala macam onak durinya sekarang ini. Terasa berdenyut-denyut kepalaku ini. Pening sekali. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir dan menangis. Makanan dalam kapal terbang itu tidak sedikit pun aku jamah.
Aku selamat tiba di London dan menukar kapal terbang Aer Lingus ke Cork, Ireland. Aku berharap Izzah menungguku di airport. Sudah kumaklumkan padanya jadual perjalananku. Aku telah melewatkan keberangkatanku ke Ireland kerana ingin lebih lama bersama emak. Jadi, majlis graduasiku Cuma lusa sahaja. Ketibaanku di Cork Airport disambut oleh Izzah. Aku terus memeluk Izzah erat. Mataku terpandang Hisham yang turut ada di situ bersama Hanif, teman serumahnya yang juga rakan sekelas Izzah. Wajah yang sangat kurindu itu aku tatap agak lama sebelum menunduk malu. Mungkin mereka dapat melihat riak-riak kesedihan masih bertapak di wajahku. Aku disambut dengan senyuman, bukan dengan gelak tawa gembira. Aku memandang Hisham yang nampak kecewa melihat jariku yang tidak bersarung cincin pemberiannya. Aku cuba senyum padanya. Dia senyum kembali padaku tapi tanpa lawak jenakanya seperti selalu. Hisham menjemputku dengan keretanya. Dia satu-satunya pelajar melayu yang mempunyai kereta di sini. Keluarganya orang berada. Dia pula anak kesayangannya ayahnya. Apa lagi, segala kemewahan dicurahkan pada Hisham. Di dalam kereta, Izzah dan Hanif bercerita pelbagai perkara kepadaku. Kak Tini, doctor senior itu sudah bersalin anaknya yang ketiga. Dr Ramli pula akan berkahwin minggu depan. Macam-macam lagi lah cerita komuniti Melayu di situ diceritakan kepadaku. Aku Cuma tersenyum dan sekali sekala tergelak kecil dengan telatah Hanif yang suka menyakat Izzah.
Setibanya di rumah, aku terus sahaja bercerita segala-galanya yang berlaku pada Izzah. Setiap satu perkara aku ceritakan pada Izzah. Tidak ada satu pun yang aku tinggalkan. Mata Izzah bergenang mendengar luahan hatiku.“Kak..Izzah tak dapat buat apa-apa..Cuma mampu mendengar aje..Izzah akan doakan setiap kali lepas semayang untuk akak ye..Akak jangan risau sangat. Insya-Allah..Allah akan beri yang terbaik untuk akak selepas diuji pelbagai dugaan ni kak..” Aku terasa sayu mendengar kata-kata Izzah. Aku Cuma mengangguk sahaja. “Kak..Izzah nak Tanya, akak dah buat istikharah ke untuk Azmi dan Hisham ni kak?” Aku terkejut mendengar soalan Izzah. Ya Allah!! Kenapa lah aku tak terfikir untuk bersolat istikharah?? Selama ini aku Cuma bersolat hajat setiap hari, berdoa agar Allah tenangkan hatiku dan menunjukkan aku pilihan terbaik.Esoknya aku duduk di rumah dan mengemas barang-barangku untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Sebahagiannya, seperti buku-buku ku yang berat itu akan aku pos melalui kapal laut sahaja. Aku membuka beg besarku. Terkejut aku melihat baju kurung merah jambu itu di dalam beg ku. Kotak merah cincin pertunanganku juga ada. Aku rasa semalam aku tinggalkan saja di atas katil di bilik. Ini mesti emak yang masukkan. Mak! Aku segera menelefon emak untuk memberitahu yang aku sudah pun selamat tiba di Ireland. Tak mengapalah, esok akan kupakai juga baju merah jambu ini sebagai memenuhi permintaan Azmi. Jasanya menjaga emak dan aku sepanjang ketiadaan abah ini terlalu besar. Hisham..aku tetap menyintaimu..Tapi, Azmi? Dia banyak berjasa padaku dan emak, dia juga pilihan arwah abah…

Read More...

Thursday, 27 September 2007

~CALON PILIHAN ABAH~


Part 17


Esoknya, Azmi datang tepat jam 2 petang. Dari bilik, ku lihat Azmi mendukung anak saudara perempuannya masuk ke rumah ku. Aku segera bersiap. Baju kurung ungu lembut kupadankan dengan tudung ungu bunga-bunga sama warna. Aku turun ke bawah sambil kepalaku menjengok-jengok memerhati Azmi dari atas.“Anak dara bersiap memang macam tu Mi..Kejap lagi turun lah dia tu..” kata emak.“Ana dah siap lah mak…”kataku dengan nada merajuk ketika menjejak ke anak tangga terakhir. Azmi tersenyum memandangku. “Ana, ni anak saudara Mi, Izzati. Anak adik Mi, Nora” kata Azmi. Izzati datang bersalam dan mencium tanganku. Aku tersenyum sambil mengusap kepala Izzati.“Ooo..Izzati ye..Nanti kakak ambik cokelat Ireland kat Izzati ye..” Izzati nampak gembira sekali dengan kata-kataku. “Bukan kakak..Maklong..”kata Azmi perlahan. Mujur emak tiada di situ. Aku menjeling Azmi tajam, dan terlihat wajahnya yang sedang tersenyum. Tidak kacak, tapi manis dan bersih wajahnya. Itu baru kali kedua aku memandang wajahnya sejak kami berjumpa di airport.


Di dalam kereta, aku lebih banyak berbual-bual dengan Izzati. Aku duduk di belakang. Aku biarkan Izzati duduk di depan. Izzati berpusing mengadap ke belakang dan berceloteh denganku sepanjang perjalanan pergi ke pejabat pengangkutan jalan raya. Azmi Cuma ketawa mendengar cerita-cerita anak saudaranya.Lama juga aku di pejabat itu, ramai pula orang berbaris. Dalam perjalanan pulang, Izzati sudah pun tertidur di pangkuanku di belakang. “Ana..Jadi ke buat houseman di Ireland?” soal Azmi. Lama aku terdiam sebelum menjawab soalannya.“Erm..tak tau lagi..Mungkin tak..kesian mak, tinggal sorang..tengoklah dulu macam mana” jawabku dengan nada kerisauan. “Ana fikirlah mana yang terbaik..Mi takde halangan..” kata Azmi mematikan bicara kami. Sepanjang 10 minit sebelum tiba di rumah itu, kami sama-sama diam. Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu kukatakan. Setibanya di rumah, puas emak mengajak Azmi singgah, tapi ditolak dengan alasan Izzati sudah tidur. Aku pula terus sahaja masuk ke rumah selepas membaringkan Izzati di tempat duduk belakang kereta. Malam itu, Azmi menelefonku lagi.“Ana..Mi sebenarnya nak cakap sesuatu..Mi harap Ana boleh pertimbangkan..” ujar Azmi perlahan.“Kalau boleh, Ana tak payah lah buat housemanship di Ireland. Ana buatlah di Alor Setar saja. Insya-Allah, kalau diizinkan…Mi ingin jaga Ana dan mak lepas ni..”


Kata-kata Azmi itu disusun molek-molek olehnya ku dengar. Suaranya matang menuturkan kata-kata itu. Aku terdiam mendengarnya.“Ana..Mi minta maaf..Bukan Mi menggesa Ana..Tapi Mi kasihankan mak Ana..Sejak arwah pakcik Nuar tak ada, dia tinggal seorang di rumah tu..Mujur anak-anak Mak Kiah pergi temankan Mak Ana malam-malam..” Aku diam lagi. Aku terbayang wajah sedih emak.“Ana, Mi tak kisah kalau Ana tak bersedia lagi untuk hidup dengan Mi, tapi Mi harap Ana tak usah lah tinggalkan makcik sendiri ye..” tutur Azmi lembut. Aku menelan air liur dengan kerongkong yang tersekat kerana sebak. Mak…“Emm..Insya-Allah” Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulutku. Aku terus saja memberi salam dan meletakkan telefon.Aku masuk ke bilik melihat emak yang sedang lena tidur. Aku pandang wajah emak lama. Emak tidur nyenyak sekali..Aku baring di sebelah emak, sambil menguis-nguis rambut emak yang sudah hampir penuh beruban itu. Mak..Ana janji takkan tinggalkan emak…


Belum sempat aku terlena, telefon berbunyi lagi. Aku segera bangun untuk mengangkat telefon di atas tangga. Siapa pula lah yang menelefon malam-malam buta ini..“Assalamualaikum Ana!!” Aku kenal benar suara ceria itu. Hisham! Aku rindu sungguh padanya!“Hisham! Kau ni…Lambatnya telefon aku!”“Ehh..excited sangat dapat cakap ngan aku, jangan la lupa jawab salam tu cik adik..” Aku tersengih lebar mendengar suara Hisham.“Waalaikumussalam..”“Ana, aku ada banyak cerita nak cerita kat kau lah..”“Sham..aku pun ada benda nak cerita pada kau..Sham..kau dengar aku cakap dulu boleh..?” soalku lemah. Malam itu, aku ceritakan segalanya pada Hisham. Segalanya..tentang pemergian abah, tentang perasaan aku, tentang emak, tentang housemanship ku…Tapi..tak ku sentuh sedikit pun tentang Azmi. Rasanya, tak perlu aku khabarkan tentang dia. Perasaanku sudah lama tercurah buat jejaka bernama Hisham ini. Kurasakan tak perlu untuk aku gemburkan tentang Azmi. Perasaanku bukan padanya.Aku berasa senang sekali mendengar segala nasihat yang diberikan Hisham. Sekali-sekala jenakanya membuatkan aku ketawa. Sesungguhnya aku gembira dan bahagia dengan Hisham.. Dia juga bersetuju supaya aku terus pulang ke Malaysia. Aku tahu dia bersedih dengan ketiadaanku nanti. Tapi, katanya, itulah yang terbaik buatku. Aku senang dengan kata-kata Hisham.Selesai sahaja bercakap dengan Hisham, aku terasa bagaikan pasti bahawa dia lah sebenarnya untukku. Aku bertekad akan bersetuju menerima Hisham. Kalau abah masih ada, pasti abah juga akan menyukai Hisham. Aku pasti abah juga mahu anaknya ini gembira. Aku pasti..

Read More...