Tuesday, 14 November 2006

Keberkatan


Dalam hidup ini manusia sering menginginkan kesempurnaan…Sebagai pelajar kita sering inginkan markah yg terbaik dan keputusan yang cemerlang..lantas kita akan berusaha bersungguh-sungguh,study hingga larut malam..sudahnya pukul 3pg baru kita terlelap..sedangkan pukul 4.50 dah masuk subuh…manalah ada manusia normal yg baru tidur pd pukul 3pg mampu bgn pada pukul 4.50pg..sudahnya pukul 6pg baru kite bgn sedangkan ketika itu subuh sudah pun suntuk…Usai solat kita akan tergesa2 bersiap coz ada class di hospital,pukul 7 pg dah kena kluar amik bas…


Lalu pagi itu berlalu dgn sgt singkat dan kita tak sempat utk mengaji ataupun membaca Ma'thurat…Ruginya kita pd hari itu…itu baru sebahagian drpd rentetan kehidupan pg seorang pelajar..syukurlah kerana dia masih lagi sempat bersolat..tp masih ada sebahagiannya yg tidak sempat bersolat pun kerana terlalu ngantuk dan terlewat bgn…Ini lah kesilapan kita…...kita seharusnya bijak mengatur masa dan mengutamakan yg lebih utama..Ini bukanlah bermakna kita tak perlu study dan hanya berdoa dan bertawakal…tapi usaha kita itu biar sedikit tapi penuh dgn keberkatan…Memanglah menuntut ilmu itu satu kewajipan dan juga sebahagian dari ibadah tp kita perlu bijak mengatur masa..jgnlah sampai ibadat solat yg wajib
itu kita kesampingkan…


Dalam proses pembelajaran..kuantiti tidak penting tetapi yg penting adalah kualiti..tidak guna kita study berjam-jam jika masa yg betul2 kita manfaatkan hanya 2jam…Disinilah pentingnya keberkatan…. Sedarlah setiap apa yg ada di muka bumi ini adalah milik Allah malah ilmu yg kita cari ini juga adalah milik Allah. Walau macmanana byk pun yg kita baca tp jika Allah tidak kurniakan kefahaman buat kita maka kita tak akan memperoleh apa2 pun dr apa yg kita study…


Oleh itu disamping berusaha kita kena sentiasa berdoa minta dimudahkan dan dikurniakan kefahaman …jika kita tak mampu utk stay up cari alternatif lain utk study..jgnlah kerana terlalu ghairah mendapat keputusan yg cemerlang kita menjejaskan hubungan kita dgn Allah..Bg yg mampu study hingga lewat malam manfaatkan masa dgn sebaiknya dan gunakan sebahagian waktu utk qiamulail…Mudah-mudahan kita sentiasa beroleh ketenangan dan keberkatan dari Allah SWT…Wallahualam.

Read More...

- Kerana DIA -

Aku lihat umi menangis.Umi mengesat air mata yang berjujuran perlahan…Gagang telefon umi letak.Umi pandang aku…kemudian beralih ke arah Muaz dan Mardhiah.

“Umi…nape?”aku cuba bertanya
Umi senyum.Tak de jawapan lagi.Umi tarik nafas perlahan.Aku tak paham.Sangat tak paham…sebagai budak yang berusia 10 tahun….otak aku seperti terhenti untuk cuba mengagak-agak atau meneka kenapa umi menangis.“Abi tepon ke umi????”
Tak der jawapan lagi.Aku mula diam.Teringat pesan abi…jangan desak orang dengan bertanya berkali-kali kerana itu pun sifat kurang sabar.

“Mizi,abi kamu syahid …”
Umi tidak meneruskan kata-kata.Hanya air mata yang mengalir.Aku terkebil-kebil.Beberapa minit kemudian ibu tenang…Ibu memelukku…adik-adik…kemudian umi berlalu.
“Umi nak hubungi opan ngan atuk.Mizi jage adik-adik.”

…Air mata ini sentiasa menitis bila terkenang masa dan saat itu.Skang pun dah tahun 2006.14 tahun berlalu.Memori ku tak cukup kuat untuk ingat setiap fakta detail mengapa apa dan siapa yang terlibat dalam sejarah itu.Yang kutahu…abi syahid di Palestin ketika mengikuti misi gerakan intifada’.Waktu itu Abi sedang melanjutkan pengajian di peringkat master di Al-Azhar.Kemudian Umi kater….Abi turut serta dalam gerakan bantuan mempertahan kan masjidil aqsa…tahun tu tahun 1992.Tak ramai orang Malaysia yang terlibat.Hanya sorang dua.Ntah…aku tak paham sangat masa tu…tak paham langsung.

Tp…aku merasa bannga kerana ustaz kater Abi seorang mujahid.Abi syahid kerana mempertahankan agama.Aku masih tak paham ape die mujahid masa tu.tp aku mmg yakin abi mmg hebat.Tegas dalam mendidik lembut dalam mengasihi.

Tapi sekarang lain…Aku dah paham aper itu jihad.Aper itu dakwah.Aper itu perjuangan.Tapi aku takut aku tenggelam.

Umi…umi mmg tabah.Selepas Abi pergi…Umi buat segalanya untuk kami.Sungguh sukar untuk dipercayai…umi seorang doctor mulanya.Umi berhenti kerana mahu mendidik anak-anak.Bukan permintaan abi.Setelah abi pergi…orang ramai sibuk mengata…kononnya umi kurang bijak membuat pilihan.Umi tak berpikir panjang.Bila dah tak da suami…kan susah nak cari makan.

Tapi umi tenang.Klu dulu sebelum umi letak jawatan umi istikharah…kini umi yakin dengan aper yang berlaku.Walau nasib nampak seperti tak menyebelahinya…umi tetap tenang.Umi pernah cakap…”Allah takkan kenakan hambanya.Sifat manusia…kononnya bersyukur bila bahagia.Namun bile ditimpa musibah…menyalahkan Allah kononnya tak sayangkan dia…Mizi raser patut atau tak???”

Umi saje cakap cam tu sebab aku la yang mula bersuara akan ketidak puasan hati kerana selalu dgr cakap-cakap orang.Masa tu aku cuma mampu geleng.Kurang bijak untuk memberi alasan.Namun aku tahu memang tak patut bersyukur kala gembira bila berduka tak ingat itu ujian semata.Ala….cam ustaz selalu cakap…as a servent patut tak klu kiter hanya berterima kasih bila raja bagi hadiah then salahkan raja bila hadiah tu rosak dek kelemahan kita yang tak reti nak jaga.Simplekan…

Skang aku dah besar.Dah masuk tahun 4 aku stady dalam bidang medic yang sememangnya jadi cita-citaku sejak kecil.Aku masih ingat….waktu di sekolah rendah,andai ditanya oleh guru akan cita-cita…ramailah antara kami akan bgtau yang cita-cita kami untuk jadi doctor.Bila ditanya mengapa…masing-masing memeberi jawapan…untuk membantu orang lain…..ringan kan beban orang…khidmat masyarakat…tapi bagiku…umi pesan sume kena letak lllahi taala.

Hehhehh….sebab kerana lurus,aku pernah dipanggil ckgu bahasa ku kerana isi karangan yang katanya kurang relevan.Masa tu kami dikehendaki membuat karangan Cita-citaku.Aku menulis kan cita-citaku sebagai doctor.dan antara sebab aku dipanggil adalah kerana kutulis tujuan untuk menjadi doctor adalah untuk jihad di jalanNya…Ckgu panggil dan ckgu tegur.Dia tak marah tapi isi tu pelik klu tulis dalam exam katernyer…
Hhehehheh.Lawak gak bile terigat masa dulu…

Tapi kini…aku cuba meletakkan seluruh hidup ini di jalan Allah.Aku cuba jejaki langkah para sahabat.Jejak Al-Banna yang berusaha demi agama…jejak Abi kerana Ilahi.

Umi kini berniaga kecil-kecilan.Hanya dengan menjual kuih..dia mampu menyekolah kan kami…Aku di negara mat saleh ni…Muaz di negara matahari terbit nu…dan Mardhiah di bumi anbia’.Hebatnya umi….jauh dilubuk hati….aku kagumi kehebatan umi…mujahidah Abi.Semuanya kerana keyakinan Umi pada Ilahi…semuanya ketakwaan Umi kepada-Nya.Semuanya kerana Dia….



....bersambung.... :P

Read More...

Saturday, 11 November 2006

NcHaT LuQmaN Al-HaKiM




"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (QS. 31:13)

Tiada kata seindah do'a dan nasehat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahasia kehidupan. Pada Anaknya Lukmanul Hakim memberi Nasehat, yang sarat makna dan rahasia kehidupan, semoga jadi panutan..

Wahai Anakku yang kusayangi,..Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Wahai anakku yang kusayangi .. Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insyaf dan sadar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

Wahai anakku yang kusayangi ...Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu' kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

Wahai anakku yang kusayangi... Seandainya orang tuamu marah kepadamu (karena kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

Wahai anakku yang kusayangi ... Jauhkanlah dirimu dari berhutang karena sesungguhnya berhutang itu bisa menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Wahai anakku yang kusayangi ..selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak durhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

Wahai anakku yang kusayangi ...Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya karena tidak dipercaya orang dan seseorang yang telah bejat akhlaknya akan senantiasa melamunkan hal-hal yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

Wahai anakku yang kusayangi ..Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai tetangga yang jahat.

Wahai anakku yang kusayangi ...Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

Wahai anakku yang kusayangi ...makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Copy&PaSte By Abg MaCho

Read More...

salam hari rayer...salam umah terbuker...

Assalamulaikum...
hehehe...akhirnye berjaya gak blajar gane nak wat post.satu mender yg sgt le sy tak gemar..
tak der haper nak dikongsi....just...rayer sebulan...so selamat ari rayer.time kasih yg wat umah terbuka...time kasih yang menjemput...
yg penting....dalam mengharungi hari2 cenggini...yg penuh ngn aktiviti...diselit pergaulan n keje2 agama n ukhwah...moga semuanyer dalam berkat n rahmat.
syukur....cz kiter masih dapat makan....kdg2 lebih,sampi tak terlarat nak telan.
syukur lagik cz kiter masih raser gembira wlw kdg2 dlm kesedihan cz masih ader org kawan kiter...
syukur gak lagik...kiter masih diberi senang wlwpun kdg2 raser dalam kesusahan...
syukur yg tak terhingga kerana Bos still bg kiter peluang although kiter slalu lepak n dalam kelalaian...
hehheheh...so nak haper lagik.sume dah ader.just tengok diri koreksi peribadi....okeh.....baca...dengar...tengok...n fikir.hanyer yang hebat berusaha utk jd hebat.
ONLY d' STRONG SURVIVE...wallahua'lam

Read More...